"MENGAPA KAMU TIDAK PERCAYA AKAN KEBESARAN ALLAH? PADAHAL DIA SESUNGGUHNYA TELAH MENCIPTAKAN KAMU DALAM BEBERAPA TINGKATAN KEJADIAN. TIDAKKAH KAMU PERHATIKAN BAGAIMANA ALLAH TELAH MENCIPTAKAN TUJUH LANGIT BERTINGKAT-TINGKAT? DAN ALLAH MENCIPTAKAN PADANYA BULAN SEBAGAI CAHAYA DAN MENJADIKAN MATAHARI SEBAGAI PELITA? DAN ALLAH MENUMBUHKAN KAMU DARI TANAH DENGAN SEBAIK-BAIKNYA, KEMUDIAN DIA MENGEMBALIKAN KAMU KE DALAM TANAH DAN MENGELUARKAN KAMU (DARIPADANYA PADA HARI KIAMAT) DENGAN SEBENAR-BENARNYA. DAN ALLAH MENJADIKAN BUMI UNTUKMU SEBAGAI HAMPARAN, SUPAYA KAMU MENJALANI JALAN-JALAN YANG LUAS DI BUMI ITU..."
SURAH NUH (NABI NUH), JUZUK 29, AYAT 13 HINGGA 20
KITA JAGA ALLAH, ALLAH JAGA KITA. MASIH LAGI KITA MENJAGA ALLAH? MENGAPA KITA MENJAGA ALLAH DAN RASUL? BANYAK YANG PERLU KITA TANYA PADA DIRI KITA SENDIRI. SIAPA KITA DAN APA TUJUAN KITA DIJADIKAN? BUMI YANG KITA DIAMI INI TELAH MELALUI BERBAGAI DEFINASI. PADA AWAL KEHIDUPAN MANUSIA, BUMI DIANGGAP SEBAGAI SEBUAH DATARAN YANG LUAS. SEKIRANYA SESEORANG BELAYAR DILAUTAN, IA AKAN SAMPAI KE HUJUNG DUNIA SEBELUM IA JATUH DI PENGHUJUNG DUNIA. TIADA SIAPA YANG MENYANGKA BAHAWA BUMI INI BERBENTUK 'BULAT'. AKHIRNYA BAHARULAH MANUSIA MENGETAHUI BAHAWA BUMI INI 'BULAT'. NAMUN, SEMASA PERISTIWA NABI S.A.W NAIK KE LANGIT MENEMUI ALLAH DALAM PERISTIWA ISRA' DAN MI'RAJ, DALAM PERJALANAN MELALUI LAPISAN LANGIT TERSEBUT, NABI MUHAMMAD S.A.W TELAH BERTANYA KEPADA MALAIKAT JIBRIL MENGENAI SUATU BENDA KELIHATAN SEPERTI SEBIJI LIMAU BERWARNA JINGGA, MAKA JAWAB MALAIKAT JIBRIL; ITULAH BUMI. MAKA BUMI SEBENARNYA BERBENTUK TIDAKLAH 'BULAT' TETAPI IANYA AGAK 'BUJUR' SEPERTI SEBIJI BUAH LIMAU. NABI S.A.W TELAH MELIHAT BUMI LEBIH 1435 TAHUN DAHULU SEBELUM MANUSIA MENEROKA ANGKASA LEPAS LEBIH KURANG 50 TAHUN DAHULU. KITA JAGA ALLAH, ALLAH AKAN JAGA KITA.
No comments:
Post a Comment