SEJARAH KEMUNCULAN KOMET HALLEY
TAHUN 86 SEBELUM MASIHI (B.C)
KOMET HALLEY MUNCUL LAGI PADA MUSIM PANAS DALAM TAHUN 86 SEBELUM MASIHI (B.C). KOMET HALLEY TELAH KELIHATAN PADA SEBELAH PAGI SEBELUM MINGGU KETIGA DALAM BULAN JULAI. IANYA TERLALU KABUR TETAPI TELAH DAPAT DICERAP SECARA TIDAK SENGAJA. KOMET HALLEY BERADA PADA KEDUDUKAN TERTINGGI DI UTARA IAITU PADA +41O DALAM BURUJ AURIGA ANTARA AKHIR BULAN JULAI DAN AWAL BULAN OGOS DENGAN PENAMPILAN YANG CUKUP MENARIK DI UFUK TIMUR-LAUT DI WAKTU PAGI. PENAMPILAN INI HANYA UNTUK MASA YANG SINGKAT SAHAJA SEBELUM KOMET HALLEY MUNCUL PULA SEBAGAI OBJEK PADA WAKTU PETANG. IA MENJADI TIDAK SESUAI UNTUK DICERAP DENGAN KEDUDUKANNYA YANG RENDAH DI UFUK BARAT MENYEBABKANNYA 'HILANG' DALAM KESAMARAN SENJA.
BERIKUT ADALAH MAKLUMAT TENTANG KEDUDUKAN KOMET HALLEY:
TARIKH - KEDUDUKAN (R.A DAN DEC.) - MAGNITUD
~ JULAI 23 - 08h03m +38.7O - +1.9
~ JULAI 28 - 10h24m +33.1O - +1.4
~ OGOS 02 - 12h08m +19.7O - +1.5
~ OGOS 12 - 13h24m +02.8O - +2.4
~ OGOS 22 - 13h42m - 03.8O - +2.4
~ SEPT 01 - 13h47m - 07.2O - +3.4
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM atau KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment