"DAN KAMI TELAH MENGHAMPARKAN BUMI DAN MENJADIKAN PADANYA GUNUNG-GUNUNG DAN KAMI TUMBUHKAN PADANYA SEGALA SESUATU MENURUT UKURAN. DAN KAMI TELAH MENJADIKAN UNTUKMU DI BUMI KEPERLUAN-KEPERLUAN HIDUP, DAN (KAMI MENCIPTAKAN PULA) MAKHLUK-MAKHLUK YANG KAMU SEKALI-KALI BUKAN PEMBERI REZEKI KEPADANYA. DAN TIDAK ADA SESUATUPUN MELAINKAN PADA SISI KAMI-LAH KHAZANAHNYA; DAN KAMI TIDAK MENURUNKANNYA MELAINKAN DENGAN UKURAN YANG TERTENTU."
SURAH AL HIJR (JUZUK 14), AYAT 19 HINGGA 21.
JIKA KITA JAGA ALLAH, ALLAH AKAN JAGA KITA. ALLAH TELAH MENCIPTAKAN MALAIKAT, JIN DAN IBLIS, TUMBUH-TUMBUHAN, HAIWAN, MANUSIA DAN SEGALA-SEGALANYA UNTUK TUJUAN MENGABDIKAN DIRI KEPADA ALLAH. MALAIKAT TURUT PATUH KEPADA SEGALA PERINTAH-PERINTAH ALLAH TANPA SEBARANG BANTAHAN. TUMBUHAN DAN HAIWAN DIKURNIAKAN OTAK TETAPI TERBATAS KEPADA SEGALA PERINTAH DAN ARAHAN ALLAH. JIN DAN IBLIS PULA TELAH BERSUMPAH KEPADA ALLAH AKAN MELAKUKAN KEROSAKAN DI ATAS MUKA BUMI INI DAN ALLAH TELAH BERSUMPAH BAHAWA SESIAPA YANG MENURUT IBLIS DAN KUNCU-KUNCUNYA AKAN DICAMPAKAN KE DALAM NERAKA JAHANAM. DAN KITA, MAKHLUK BERNAMA MANUSIA, DIBERIKAN OTAK DAN AKAL FIKIRAN, MEMBOLEHKAN MANUSIA BERFIKIR DAN MEMBUAT PILIHAN ANTARA BENAR ATAU SALAH, PAHALA ATAU DOSA, MENGIKUT AJARAN NABI S.A.W ATAU KUFUR KEPADA ALLAH. MANUSIA DIPERTANGGUNGJAWABKAN ATAS SEGALA KELAKUAN DAN PERLAKUAN SEMASA HIDUP MEREKA. MAKA, JADILAH KITA MANUSIA YANG MENURUT SEGALA AJARAN YANG DIBAWA DAN DIWAHYUKAN KEPADA NABI S.A.W. SELAGI KITA MENJAGA ALLAH, ALLAH AKAN MENJAGA KITA.
No comments:
Post a Comment