KATEGORI:
BANJARAN GUNUNG (MOUNTAIN RANGE / MONTES)
LOKASI:
MONTES APENNINUS TERLETAK DI SUKUAN BARAT-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT MONTES APENNINUS IALAH 3.0O BARAT DAN 20.0O UTARA. IA TERLETAK DI TENGGARA MARE IMBRIUM DALAM KAWASAN DIPANGGIL "MONTES APENNINUS REGION".
KELUASAN:
MONTES APENNINUS MEMPUNYAI BANJARAN YANG PANJANGNYA 978 KM. IA MEMPUNYAI KETINGGIAN MENCAPAI 5,400 METER. TERDAPAT GUNUNG-GUNUNG DI SEPANJANG BANJARAN MONTES APENNINUS. IA TERDIRI DARIPADA GUNUNG HUYGENS SETINGGI 5,400 METER, GUNUNG HADLEY (4,800 METER), GUNUNG BRADLEY (4,200 METER), GUNUNG HADLEY DELTA (3,500 METER), GUNUNG WOLFF (3,500 METER) DAN GUNUNG AMPERE (3,000 METER).
ERA PEMBENTUKAN:
MONTES APENNINUS TERBENTUK PADA ERA IMBRIUM IAITU -3.85 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.
CIRI-CIRI:
(UPDATE)
PEMERHATIAN:
MONTES APENNINUS MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DILIHAT PADA SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA 6 HARI SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON)
PERALATAN:
UNTUK MENCERAP MONTES APENNINUS, TEROPONG BERKUASA 10x DIPERLUKAN.
PENEROKAAN:
APOLLO 15 TELAH MELAKUKAN PENDARATAN DI MONTES APENNINUS. PENDARATAN DILAKUKAN DI BAHAGIAN BARAT-DAYA GUNUNG HADLEY DELTA DI SEBUAH LEMBAH (VALLEY).
PENGHORMATAN:
MONTES APENNINUS DINAMAKAN SEMPENA GUNUNG APENNINE DI ITALI.
SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
"MODERN LIFE TENDS TO ISOLATE US FROM NATURAL CYCLES. WE DON'T HAVE THE LUXURY OF RISING WITH THE SUN; THE CLOCK STIRS US TO ACTION INSTEAD. MEASURED TIME COMES BETWEEN US AND THE CYCLE OF EARTH AND SUN"
No comments:
Post a Comment