BURUJ CARINA
KAYU PADA DASAR KAPAL (THE KEEL)
KATEGORI:
BURUJ
SINGKATAN:
CAR
DESKRIPSI:
BURUJ CARINA DIGAMBARKAN SEBAGAI KAYU PADA DASAR KAPAL (THE KEEL).
KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ CARINA TERLETAK DI -51O SELATAN DAN -76O SELATAN SERTA 6h05m DAN 11h20m. BURUJ CARINA BERADA DI HEMISFERA SELATAN DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +20O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -90O SELATAN. BURUJ CARINA MEMPUNYAI KELUASAN 494 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 34 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ CARINA IALAH:
~ DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ MUSCA
~ DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ VOLANS DAN BURUJ CHAMAELEON
~ DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ PICTOR
~ DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT PULA BURUJ VELA DAN BURUJ PUPPIS
BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)
BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DALAM BURUJ CARINA:
~ BINTANG UPSILON MERUPAKAN SATU BINARI YANG MUDAH DIRUNGKAI DAN IANYA SANGAT MENARIK DENGAN KEDUA-DUA BINTANG BERWARNA PUTIH. BINTANG KOMPANI (COMPANION) NYA YANG BERMAGNITUD +6.0. "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA-DUA BINTANG BERADA PADA 127O DAN "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP) ADALAH 5.0".
BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ CARINA:
~ BINTANG CHI DIKELASKAN DALAM KATEGORI "CEPHEID TYPE VARIABLE" DAN MAGNITUD BINTANG CHI BERUBAH DARI MAGNITUD +3.46 KE MAGNITUD +4.75 SETIAP 2 JAM 25 MINIT.
~ BINTANG R CARINAE PULA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "MIRA TYPE VARIABLE". MAGNITUD BINTANG R CARINAE BERUBAH DARI +3.90 KE +10.0 DALAM TEMPOH MASA 308.71 HARI. BINTANG R CARINAE ADALAH BINTANG 'RED GIANT' (GERGASI MERAH)
~ BINTANG ZZ CARINAE ADALAH SATU BINTANG "CEPHEID TYPE VARIABLE" YANG TIDAK MENENTU KESERAGAMAN PERUBAHAN MAGNITUDNYA. IA DAPAT DIPERHATIKAN DENGAN MATA KASAR DALAM PERUBAHAN MAGNITUD DENGAN KETARA APABILA MAGNITUDNYA +3.30 PERLAHAN-LAHAN MENJADI +4.00 DALAM JANGKA MASA 3 MINGGU DAN KEMUDIAN IA KEMBALI KE MAGNITUD +3.30 DALAM TEMPOH MASA 7 HARI SAHAJA. PROSES INI BERLAKU BERULANG-ULANG.
PEMERHATIAN:
BURUJ CARINA DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~ DALAM BULAN DISEMBER PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~ DALAM BULAN JANUARI PADA PUKUL 11 MALAM
~ DALAM BULAN FEBRUARI PADA PUKUL 10 MALAM
~ DALAM BULAN MAC PADA PUKUL 9 MALAM
~ DALAM BULAN APRIL PADA PUKUL 8 MALAM
OBJEK 'DEEPSKY':
BURUJ CARINA MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEPSKY' YANG MENARIK.
~ NGC2516 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG MENARIK DENGAN SERATUS BIJI BINTANG. TERDAPAT SEBIJI BINTANG 'RED GIANT' (GERGASI MERAH) BERADA DI 'PUSAT' NGC2516 DAN IA BERADA 1,200 TAHUN CAHAYA. NGC2516 BERMAGNITUD +3.80 DENGAN KECERAHAN (SURFACE BRIGHTNESS) +10.15.
~ NGC3372 ATAU DIKENALI JUGA SEBAGAI "THE KEYHOLE NEBULA". IA MERUPAKAN SEBUAH NEBULA YANG HAMPIR KEHABISAN GASNYA (DIFFUSE NEBULA). WALAUPUN BEGITU, IANYA SANGAT CANTIK DAN KOMPLEK. IA MENDAPAT NAMANYA MELALUI KAWASAN 'GELAP' YANG SECARA TIDAK LANGSUNG MEMISAHKAN NEBULA INI KEPADA BEBERAPA KAWASAN 'PULAU' KECIL. KAWASAN 'GELAP' INI DILABELKAN SEBAGAI 'KEYHOLE' KERANA BENTUKNYA MENYERUPAI 'LUBANG KUNCI'. NGC3372 BERMAGNITUD +3.00 DENGAN KECERAHAN +13.14.
~ NGC3532 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG BEGITU MENGASYIKKAN DENGAN BILANGAN BINTANG SEBANYAK LEBIH DARIPADA 400 UNTUK MEMBENTUK KLUSTER YANG CERAH DENGAN KECEMERLAPAN BINTANG BERWARNA PUTIH ('A' STAR). NGC3532 BERMAGNITUD +1.90 DENGAN KECERAHAN +11.64.
~ NGC3293 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG JUGA DIKENALI SEBAGAI "THE GEM CLUSTER". IA MENGANDUNGI LEBIH DARIPADA 50 BIJI BINTANG DAN TERLETAK 8,400 TAHUN CAHAYA DARI BUMI. NGC3293 BERMAGNITUD +4.70 DENGAN KECERAHAN +12.45.
~ NGC3114 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG TERLETAK BERHAMPIRAN DENGAN 'CARINA COMPLEX'. IA SUKAR MENENTUKAN SAIZ KLUSTER TERSEBUT KERANA BERADA HAMPIR DENGAN 'CAKERA' BIMA SAKTI (MILKY WAY) YANG MENGANDUNGI BINTANG-BINTANG YANG BERSELERAKAN. NGC3114 BERMAGNITUD +4.20 DENGAN KECERAHAN +11.66. IA DAPAT DILIHAT DENGAN MATA KASAR.
~ NGC2808 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) YANG MENGANDUNGI LEBIH DARIPADA SEJUTA BINTANG. IA TERLETAK 31,300 TAHUN CAHAYA DAN IA TERKANDUNG DALAM BIMA SAKTI (MILKY WAY). NGC2808 BERMAGNITUD +6.30 DENGAN KECERAHAN +11.74. IA BERUSIA 12.5 BILION TAHUN.
~ NGC3324 MERUPAKAN SEBUAH NEBULA YANG DIKENALI SEBAGAI "GABRIELA MISTRAL NEBULA" KERANA BENTUKNYA MENYERUPAI PENYAIR DAN PEMENANG HADIAH 'NOBEL PRIZE' DARI CHILE. IA MERUPAKAN 'IRREGULAR HAZE NEBULA' (NEBULA KABUS TIDAK SEBENTUK) YANG TERLETAK DI KAWASAN 'THE GREAT ETA CARINAE COMPLEX'. NGC3324 BERMAGNITUD +6.70.
HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ CARINA MENGHASILKAN HUJAN METEOR (METEOR SHOWER) SEBANYAK DUA KALI SETAHUN.
~ HUJAN METEOR ALPHA CARINIDS (METEOR SHOWER) YANG BERLAKU ANTARA JANUARI 24 HINGGA FEBRUARI 9. KEMUNCAK (PEAK) HUJAN METEOR INI BERLAKU PADA JANUARI 30. 'KADAR KEGUGURAN SEJAM' (ZENITH HOURLY RATE - ZHR) AMAT RENDAH IAITU HANYA 2 METEOR SEJAM. 'RADIAN' HUJAN METEOR INI BERHAMPIRAN DENGAN BINTANG ALPHA CARINAE.
~ HUJAN METEOR ETA CARINIDS (METEOR SHOWER) PULA BERLAKU ANTARA JANUARI 14 HINGGA JANUARI 27. KEMUNCAK (PEAK) HUJAN METEOR INI BERLAKU PADA JANUARI 21. ZHR HUJAN METEOR INI JUGA RENDAH IAITU 2 - 3 METEOR SEJAM. 'RADIAN' HUJAN METEOR INI ADALAH BERHAMPIRAN DENGAN BINTANG ETA CARINAE IAITU RA = 160O DAN DEC = -59O.
SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
"IT IS FUN TO WATCH 'ORION' RISE A BIT EARLIER EACH NIGHT AND TO TRACK ITS MOTION ACROSS THE SKY. AND IT IS COMFORTING TO SEE NEW CONSTELLATIONS COME INTO VIEW AND KNOW IT MEANS A NEW SEASON IS ON THE WAY".
No comments:
Post a Comment