SEJARAH KEMUNCULAN KOMET HALLEY
TAHUN 11 SEBELUM MASIHI (B.C)
TIDAK DAPAT DINAFIKAN KEMUNCULAN KOMET HALLEY PADA TAHUN 11 SEBELUM MASIHI (B.C) DIANGGAP AMAT BERMAKNA KERANA KEHADIRANNYA KALI INI BERISIKO KERANA TERLALU HAMPIR DENGAN BUMI DAN MENJADI TERLALU HEBAT. CATATAT DARI ORANG CINA YANG TERPERINCI MENGENAI LALUAN KOMET HALLEY INI DI ANTARA BINTANG-BINTANG. IA PERTAMA KALI DIKESAN PADA WAKTU PAGI DALAM AKHIR BULAN OGOS. ORANG CINA MENULISKAN BAHAWA KOMET HALLEY BERGERAK KE TIMUR PADA KADAR LEBIH DARIPADA 6O SEHARI MELALUI BINTANG CASTOR DAN BINTANG POLLUX (BURUJ GEMINI), BURUJ CANIS MINOR, DAN BURUJ URSA MAJOR. 'EKOR' KOMET HALLEY KELIHATAN MEMANJANG MELEWATI BINTANG POLARIS (BURUJ URSA MINOR) DAN SETERUSNYA UMPAMA MEREGANG LEBIH DARIPADA 100O APABILA KOMET HALLEY MELALUI HAMPIR DENGAN BUMI PADA AWAL BULAN SEPTEMBER. SELEPAS ITU, KOMET HALLEY BERTUKAR MENJADI OBJEK WAKTU PETANG APABILA IA BERGERAK KE TENGGARA MELEPASI BINTANG COR CAROLI DAN BINTANG ARCTURUS.
PADA MASA ITU, KOMET HALLEY MENGHAMPIRI JARAK 'TERDEKAT' DENGAN MATAHARI DALAM ORBITNYA YANG BERLAKU DALAM BULAN OKTOBER. WALAUPUN DENGAN PANTAS MENJAUHI BUMI, KOMET HALLEY MENJADI SEMAKIN KABUR DARI MAGNITUD 0 KE MAGNITUD +3 SEBAGAIMANA BULAN SEPTEMBER BERTUKAR MEMASUKI BULAN OKTOBER. KOMET HALLEY DILIHAT BUAT KALI TERAKHIR PADA OKTOBER 21 BILA IA BERADA DI BURUJ SCORPIUS DI UTARA BINTANG ANTARES DAN HILANG DALAM KEMERAHAN SENJA.
BERIKUT ADALAH MAKLUMAT KEDUDUKAN KOMET HALLEY:
TARIKH - KEDUDUKAN (R.A DAN DEC) - MAGNITUD
~ OGOS 27 - 06h23m +26.6O - +4.7
~ SEPT 06 - 08h40m +39.1O - +1.8
~ SEPT 11 - 13h39m +26.5O - +0.9
~ SEPT 21 - 16h22m -06.0O - +2.4
~ OKT 01 - 16h39m -11.9O - +2.9
~ OKT 11 - 16h36m -14.4O - +3.4
~ OKT 21 - 16h27m -16.1O - +3.5
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM atau KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment