SEJARAH KEMUNCULAN KOMET HALLEY
TAHUN 141 SELEPAS MASIHI (A.D)
KEMUNCULAN KOMET HALLEY PADA TAHUN 141 SELEPAS MASIHI (A.D) MEMBERI KELEBIHAN KEPADA PEMERHATI-PEMERHATI DI HEMISFERA UTARA. KOMET HALLEY MENGHAMPIRI BUMI DALAM JARAK YANG AGAK DEKAT MENYEBABKAN IA KELIHATAN BEGITU CERAH DAN 'EKOR'NYA MERENTANGI PULUHAN DARJAH (O). TEMPUH PEMERHATIAN ADALAH DARI MAC 27 HINGGA AKHIR BULAN MEI.
ORANG CINA MENYATAKAN BAHAWA KOMET HALLEY MUNCUL PADA KALI PERTAMA DI WAKTU PAGI DI SEBELAH TIMUR LANGIT DENGAN 'EKOR' BERWARNA BIRU-KEPUTIHAN SEPANJANG LEBIH KURANG 10O MENGHALA KE BARAT-DAYA. PERGERAKAN KOMET HALLEY MERENTASI LANGIT AGAK SUKAR DICERAP ATAU DILIHAT PADA PERMULAANNYA, TETAPI IANYA MENJADI SEMAKIN JELAS APABILA MENJELANG BULAN APRIL. APABILA BUMI DAN KOMET HALLEY MELINTASI ANTARA SATU SAMA LAIN LEBIH KURANG DALAM MINGGU KETIGA BULAN APRIL. KOMET HALLEY BERGERAK LEBIH DARIPADA 90O DALAM MASA BEBERAPA MALAM YANG BERIKUTNYA DAN BERUBAH MENJADI OBJEK YANG MUNCUL PADA WAKTU PETANG PULA.
REKOD MENUNJUKKAN BAHAWA PADA APRIL 22, KOMET HALLEY MUNCUL DI WAKTU SENJA DAN MELINTASI PLEIADES DAN HYADES DI DALAM BURUJ TAURUS DI SEBELAH BARAT-LAUT. MALAM BERIKUTNYA, KOMET HALLEY BERADA DI SEBELAH BARAT BURUJ GEMINI DAN KEMUNGKINAN 'BERSINAR' MELEBIHI OBJEK-OBJEK LAIN DI LANGIT DI WAKTU MALAM. WALAUPUN TIADA TARIKH TERTENTU DICATATKAN, PENCATAT PERISTIWA (THE CHRONICLER) MEMBUAT RUJUKAN DENGAN APA YANG DIANGGAP SESUATU YANG SANGAT BESAR TENTANG 'EKOR' KOMET HALLEY.
ORANG CINA MEMBUAT KESIMPULAN BAHAWA "KOMET HALLEY MULA 'HILANG' DARI PANDANGAN APABILA IA BERADA DI KALANGAN BINTANG-BINTANG DI 'KEPALA' BURUJ LEO." AHLI ASTRONOMI SEBELAH TIMUR TIDAK TERAGAK-AGAK MERUJUK KEPADA EKLIPTIK (GARISAN PERJALANAN MATAHARI) DAN GARIS BURUJ BINTANG DENGAN KOMET HALLEY MENGIKUT LALUAN KE SELATAN DARI BINTANG-BINTANG TERSEBUT SEBELUM IANYA MENJADI AGAK KABUR DAN 'MENGHILANG' PADA AKHIR BULAN MEI.
BERIKUT ADALAH MAKLUMAT KEDUDUKAN KOMET HALLEY:
TARIKH - KEDUDUKAN (R.A DAN DEC) - MAGNITUD
~ MAC 23 - 23h41m +06.7O - +3.3
~ APR 02 - 23h39m +08.9O - +2.1
~ APR 12 - 00h02m +16.3O - +0.3
~ APR 17 - 00h54m +27.8O - -0.5
~ APR 22 - 04h53m +46.5O - -1.2
~ APR 27 - 08h52m +27.9O - +0.1
~ MEI 02 - 09h47m +16.4O - +1.4
~ MEI 12 - 10h19m +08.5O - +3.2
~ MEI 22 - 10h32m +05.3O - +4.5
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM atau KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment