BERUANG KECIL (THE LITTLE BEAR)
KATEGORI:
BURUJ
SINGKATAN:
UMI
DESKRIPSI DAN MITOS:
(UPDATE)
KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ URSA MINOR TERLETAK DI +66O UTARA DAN +90O UTARA. BURUJ URSA MINOR BERADA DI HEMISFERA UTARA DAN BINTANG POLARIS ADALAH TITIK (POINT) SEBAGAI BINTANG 'UTARA' (POLE STAR). IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +90O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -10O SELATAN. BURUJ URSA MINOR MEMPUNYAI KELUASAN 256 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 56 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ URSA MINOR IALAH:
~ DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ CEPHEUS DAN BURUJ DRACO
~ DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ DRACO
~ DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ CAMELOPARDALIS
~ DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT PULA BURUJ CEPHEUS
BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)
BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ URSA MINOR:
~ BINTANG ALPHA MERUPAKAN SATU BINARI YANG MEMPUNYAI BINTANG KOMPANI (COMPANION) YANG AGAK KABUR (FAINT) BERMAGNITUD +9.1. "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA-DUA BINTANG IALAH 218O DENGAN "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP) ADALAH 18.4".
BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ URSA MINOR.
~ BINTANG ALPHA DIKELASKAN DALAM KATEGORI "CEPHEID TYPE VARIABLE" DAN MAGNITUD BINTANG ALPHA BERUBAH DARI MAGNITUD +1.92 KE MAGNITUD +2.07 DALAM JANGKA MASA 3 HARI, 28 JAM, 16 MINIT DAN 28.8 SAAT.
~ BINTANG GAMMA PULA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "DELTA SCUTI TYPE VARIABLE". MAGNITUD BINTANG GAMMA BERUBAH DARI +3.04 KE +3.09 DALAM JANGKA MASA 3 JAM 26 MINIT.
~ BINTANG EPSILON PULA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "EA TYPE VARIABLE" DAN MAGNITUD BINTANG EPSILON BERUBAH DARI +4.19 KE +4.23 SETIAP 39.48 HARI.
PEMERHATIAN:
BURUJ URSA MINOR DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~ DALAM BULAN MAC PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~ DALAM BULAN APRIL PADA PUKUL 11 MALAM
~ DALAM BULAN MEI PADA PUKUL 10 MALAM
~ DALAM BULAN JUN PADA PUKUL 9 MALAM
~ DALAM BULAN JULAI PADA PUKUL 8 MALAM
OBJEK 'DEEPSKY':
BURUJ URSA MINOR MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEPSKY' YANG MENARIK.
~ NGC6217 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG BERADA 67 JUTA TAHUN CAHAYA. NGC6217 BERMAGNITUD +11.20 DENGAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) +13.20. NGC6217 KELIHATAN AMAT MENARIK.
~ NGC5832 JUGA MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG AGAK KABUR (FAINT). NGC5832 BERMAGNITUD +12.10 DENGAN KECERAHAN +14.20.
~ NGC6048 PULA MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI YANG BERBENTUK BUJUR (ELLIPTICAL) DENGAN MAGNITUD +12.30 DAN KECERAHAN +13.70.
~ NGC6251 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BUJUR (ELLIPTICAL GALAXY) YANG MEMPUNYAI 'PUSAT' YANG CERAH. TERDAPAT 'LOHONG HITAM' (BLACK HOLE) BERHAMPIRAN DENGAN 'PUSAT' NGC6251. IA BERBENTUK BUJUR DENGAN CAKERA (DISK) YANG MELENGKUNG DAN TERDAPAT GAS 'PLASMA' YANG BESAR KELUAR DARI 'PUSAT' NGC6251 BERSUDUT TEPAT DENGAN CAKERA MELENGKUNG. IA BERADA 340 JUTA TAHUN CAHAYA DAN BERMAGNITUD +14.3. NGC6251 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI "RADIO AKTIF".
HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ URSA MINOR MENGHASILKAN HUJAN METEOR SEKALI DALAM MASA SETAHUN.
~ HUJAN METEOR URSIDS TERJADI ANTARA DISEMBER 17 HINGGA DISEMBER 25 DI MANA KEMUNCAK (PEAK) HUJAN METEOR BERLAKU PADA DISEMBER 22 SETIAP TAHUN. 'RADIAN' HUJAN METEOR BERHAMPIRAN DENGAN BINTANG BETA URSAE MINORIS DENGAN 'KADAR KEGUGURAN SEJAM' (ZENITH HOURLY RATE - ZHR) IALAH 10 METEOR. HUJAN METEOR URSIDS BERKAITAN DENGAN KOMET 8P/TUTTLE.
SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
"PEOPLE WHO GROW UP WITHOUT APPRECIATING THE BEAUTY OF THE NIGHT SKY SIMPLY BECAUSE NO ONE TOLD THEM HOW TO SEE IT."
No comments:
Post a Comment