Wednesday, February 19, 2014

MENGENALI BURUJ - LEO MINOR

BURUJ LEO MINOR
SINGA KECIL (THE LITTLE LION)



KATEGORI:
BURUJ

SINGKATAN:
LMI

DESKRIPSI:
(UPDATE)

KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ LEO MINOR TERLETAK DI +23O UTARA DAN +41O UTARA SERTA 9h22m DAN 11h05m. BURUJ LEO MINOR BERADA DI HEMISFERA UTARA DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +90O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -45O SELATAN. BURUJ LEO MINOR MEMPUNYAI KELUASAN 232 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 64 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ LEO MINOR IALAH:
~  DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ URSA MAJOR DAN BURUJ LEO
~  DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ LEO
~  DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ LYNX DAN BURUJ CANCER
~  DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT PULA BURUJ URSA MAJOR

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:

BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DALAM BURUJ LEO MINOR:
~  BINTANG BETA MERUPAKAN SEBUAH BINTANG BINARI YANG RAPAT (CLOSE) DENGAN KOMPANINYA (COMPANION) YANG MENGORBIT SETIAP 39 TAHUN. KOMPANI BERMAGNITUD +7.60. "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE -P.A) KEDUA BINTANG IALAH 223O DAN "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP) ADALAH 0.4".



BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ LEO MINOR.
~  BINTANG R LEO MINORIS ADALAH SATU BINTANG VARIABLE YANG BERUBAH MAGNITUD DARI +6.30 HINGGA KE MAGNITUD +13.00 DALAM JANGKA MASA 372.2 HARI. IA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "MIRA-TYPE VARIABLE".

PEMERHATIAN:
BURUJ LEO MINOR DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~  DALAM BULAN JANUARI PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~  DALAM BULAN FEBRUARI PADA PUKUL 11 MALAM
~  DALAM BULAN MAC PADA PUKUL 10 MALAM
~  DALAM BULAN APRIL PADA PUKUL 9 MALAM
~  DALAM BULAN MEI PADA PUKUL 8 MALAM

OBJEK 'DEEPSKY':



BURUJ LEO MINOR MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEPSKY' YANG MENARIK.
~  NGC3003 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG DAPAT DILIHAT HANYA PADA SISINYA (EDGE-ON). IANYA AGAK BESAR TETAPI AMAT KABUR (FAINT). NGC3003 BERMAGNITUD +11.90 DENGAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) +14.00. IA BERADA 80 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI.  



~  NGC3395 MERUPAKAN SALAH SATU DARI DUA GALAKSI (GALAXY) YANG BERTEMBUNG (INTERACTING) DENGAN NGC3396. MEREKA IALAH GALAKSI YANG KECIL TETAPI CERAH. NAMUN, IA MENGGAMBARKAN 'HUBUNGAN' ANTARA KEDUA GALAKSI. NGC3395 BERMAGNITUD +12.10 DENGAN KECERAHAN +12.90. NGC3396 LEBIH KECIL DAN LEBIH KABUR DARI NGC3395. NGC3396 BERMAGNITUD +12.10 DENGAN KECERAHAN +13.40.



~  NGC3504 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG AGAK GANJIL. 'LENGAN BERPUTAR' (SPIRAL ARMS) MENYALUTI KESELURUHAN GALAKSI DAN MEMBENTUK SATU 'LINGKARAN' DI LUARAN YANG KABUR (FAINT OUTER RING). TERDAPAT SATU SUPERNOVA SN2001ac DI DALAM 'LENGAN' BERPUTAR INI. NGC3504 BERMAGNITUD +11.00 DENGAN KECERAHAN +12.80.



~  NGC3414 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG BERADA 85 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI. IA BERMAGNITUD +10.90 DENGAN KECERAHAN +13.30.



~  NGC3277 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG AMAT CERAH DAN PADAT. IA MEMPUNYAI NUKLEUS YANG MENONJOL DI 'PUSAT' NGC3277.



~  NGC3432 JUGA MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG JUGA DIKENALI SEBAGAI "THE KNITTING NEEDLE NEBULA". IA KELIHATAN PADA 'SISI' (EDGE-ON) DARI BUMI DENGAN JARAK 42 JUTA TAHUN CAHAYA. NGC3432 BERMAGNITUD +11.67 DAN IANYA KELIHATAN MENARIK.



~  NGC3294 JUGA SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG MEMPUNYAI 'PUSAT' YANG CERAH DAN JUGA 'LENGAN' BERPUTAR (SPIRAL ARMS). NGC3294 BERMAGNITUD +11.20.



~  NGC2859 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERBENTUK MEMANJANG (LENTICULAR) YANG MEMPUNYAI 'LINGKARAN' LUAR (OUTER RING). IA JUGA MEMPUNYAI GARIS YANG MENONJOL DENGAN KAWASAN TENGAH YANG CERAH. CAKERA LUAR KELIHATAN BERCANTUMAN. NGC2859 BERADA 85 JUTA TAHUN CAHAYA DAN IA BERMAGNITUD +11.80.



~  NGC3344 MERUPAKAN JUGA SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG TERGOLONG DALAM 'VIRGO SUPERCLUSTER'. IA MEMPERLIHATKAN 'LINGKARAN' (RINGS) DAN 'LENGAN BERPUTAR' (SPIRAL ARMS) YANG AGAK 'LONGGAR' (LOOSE). TERDAPAT 'LINGKARAN' DALAM (INNER RING) DAN 'LINGKARAN' LUAR (OUTER RING) DENGAN 'LENGAN UTAMA' BERPUTAR KELUAR (OUTWARD) DARI 'LINGKARAN' DALAM DAN SEDIKIT MEMBUJUR. NGC3344 BERMAGNITUD +10.50 DENGAN KECERAHAN +13.40 DAN IA BERADA 22.5 JUTA TAHUN CAHAYA.



~  NGC3486 JUGA SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) DENGAN 'LINGKARAN' DALAM YANG MEMPUNYAI 'LENGAN' (ARMS) YANG AGAK 'LONGGAR'. TERDAPAT GARIS SEMPADAN YANG KURANG BERCAHAYA DENGAN NUKLEUS YANG AKTIF. 'LENGAN' DI BAHAGIAN LUAR KELIHATAN AGAK 'LEMAH'. NGC3486 BERADA 27.4 JUTAN TAHUN CAHAYA DARI BUMI DENGAN MAGNITUD +10.50 SERTA KECERAHAN +14.30. IA KELIHATAN MENGHADAP (FACE-ON) BUMI.



HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ LEO MINOR MENGHASILKAN SATU HUJAN METEOR IAITU:
~  HUJAN METEOR LEONIS MINORIDS (METEOR SHOWER) YANG BERLAKU ANTARA OKTOBER 19 HINGGA OKTOBER 27. KEMUNCAK (PEAK) HUJAN METEOR INI BERLAKU PADA OKTOBER 23. 'KADAR KEGUGURAN SEJAM' (ZENITH HOURLY RATE - ZHR) AMAT RENDAH IAITU HANYA 2 - 3 METEOR SEJAM. HUJAN METEOR INI DIKAITKAN DENGAN KOMET C/1739 KI (ZANOTTI). IA MERUPAKAN SATU HUJAN METEOR 'MINOR'.


SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                     CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                           atau
                     KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM


"IT MAKES YOU RESPECT HOW TIME WAS MEASURED IN THE CENTURIES BEFORE THE INVENTION OF THE CALENDAR WATCH".

No comments:

Post a Comment