Saturday, February 1, 2014

RENUNGAN JUMAAT

"DAN KEPUNYAAN ALLAH-LAH APA YANG GHAIB DI LANGIT DAN DI BUMI DAN KEPADA-NYA LAH DIKEMBALIKAN URUSAN-URUSAN SEMUANYA. MAKA SEMBAHLAH DIA, DAN BERTAWAKALLAH KEPADA-NYA. DAN SEKALI-KALI TUHAN -MU TIDAK LALAI DARI APA YANG KAMU KERJAKAN..."

                    SURAH HUUD, JUZUK 12, AYAT 123


SEKIRANYA KITA MENJAGA ALLAH, MAKA ALLAH AKAN MENJAGA KITA. SEMASA NABI MUHAMMAD S.A.W MELAKUKAN ISRAQ, BAGINDA TELAH DIPERLIHATKAN SEORANG MANUSIA SEDANG MEMIKUL KAYU API YANG BANYAK. TETAPI, IA MASIH MENAMBAH-NAMBAH KAYU API YANG LAIN KE ATAS BEBANAN YANG SEDIA ADA SEHINGGA MANUSIA ITU TERHOYONG-HAYANG. MAKA, NABI BERTANYA KEPADA MALAIKAT. JAWAB MALAIKAT, "ITULAH ORANG YANG TELAH MEMPUNYAI BANYAK TANGGUNGJAWAB, TETAPI IA MASIH MENGAMBIL TANGGUNGJAWAB YANG LAIN PULA". PERSOALANNYA, MENGAPA PERLU KITA MELAKUKAN SESUATU PERKARA YANG LAIN SEHINGGAKAN PERKARA YANG SEDANG KITA LAKUKAN MASIH BELUM SELESAI? OLEH ITU PASTIKAN KITA MENURUT PERINTAH ALLAH DENGAN SEPENUH HATI DAN DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB. KALAU KITA MENJAGA ALLAH, ALLAH AKAN MENJAGA KITA. INSYA-ALLAH.

No comments:

Post a Comment