Monday, February 10, 2014

OBJEK DI LANGIT - SIRI 1

MESSIER 1
M1 (NGC 1952


BURUJ:
TAURUS

KELAS:
NEBULA PULSAR
(PULSAR NEBULA)

LOKASI:
05h 34m 31s
+22o 00' 52"

JARAK:
6,500 TAHUN CAHAYA

SAIZ:
7.0'  x  4.8' (arcminute)

MAGNITUD:
+8.4

INFO:
M1 MERUPAKAN OBJEK PERTAMA DI KATALOG DI DALAM 'KATALOG MESSIER' (MESSIER CATALOGUE).  IA DIPANGGIL SEBAGAI "CRAB NEBULA"  YANG MERUPAKAN SEBUAH REJA ATAU SAKI-BAKI TINGGALAN LETUSAN SEBUAH 'SUPERNOVA'. IANYA TELAH DICERAP OLEH AHLI ASTRONOMI CINA DAN JUGA ARAB DI AWAL TAHUN 1731. M1 TELAH DICERAP BUAT PERTAMA KALI PADA TAHUN 1731 OLEH JOHN BEVIS.  MANAKALA, CHARLES MESSIER  TELAH MENCERAP M1 PADA TAHUN 1758 DAN MEMULAKAN KATALOG MESSIER. PADA ABAD YANG BERIKUTNYA, DALAM TAHUN 1844, WILLIAM PARSONS TELAH MEMBUAT LUKISAN KASAR M1 DAN MENAMAKAN SEBAGAI "CRAB NEBULA" BERDASARKAN STRUKTUR JALUR-JALUR DI DALAM NEBULA YANG MENYERUPAI STRUKTUR SEEKOR KETAM. M1 ADALAH SEBUAH NEBULA YANG BESAR, BUJUR DENGAN TOMPOKAN-TOMPOKAN CAHAYA DAN JALUR-JALUR YANG KELIHATAN JELAS. DI 'TERAS' M1 ADALAH PULSAR IAITU TINGGALAN BINTANG YANG ASLI DENGAN DIAMETER 30 km DAN MENGELUARKAN DENYUTAN  SINAR SETIAP 33 MILLI SAAT (MILLISECONDS).







CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM

KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

No comments:

Post a Comment