Wednesday, February 26, 2014

MENGENALI BURUJ - DRACO

BURUJ DRACO
NAGA (THE DRAGON)



KATEGORI:
BURUJ

SINGKATAN:
DRA

DESKRIPSI:
BURUJ DRACO DIGAMBARKAN SEBAGAI SEEKOR NAGA (DRAGON).

KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ DRACO TERLETAK DI +48O UTARA DAN +87O UTARA SERTA 9h25m DAN 20h58m. BURUJ DRACO BERADA DI HEMISFERA UTARA DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +90O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -15O SELATAN. BURUJ DRACO MEMPUNYAI KELUASAN 1083 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 8 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ DRACO IALAH:
~  DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ CEPHEUS DAN BURUJ CYGNUS
~  DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ LYRA, BURUJ HERCULES DAN BURUJ BOOTES
~  DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ URSA MAJOR DAN BURUJ CAMELOPARDALIS
~  DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT PULA BURUJ URSA MINOR

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)

BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ DRACO:
~  BINTANG MU MERUPAKAN SATU BINARI YANG AGAK HAMPIR (CLOSE BINARY) DENGAN KOMPANI (COMPANION) YANG MENGORBITNYA SETIAP 482 TAHUN SERTA  BERMAGNITUD +11.60. "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA BINTANG IALAH 14O DENGAN "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP) ADALAH 1.91".
~  BINTANG NU MERUPAKAN BINTANG BINARI TETAP (FIXED BINARY STAR) YANG MENGAGUNGKAN DENGAN KEDUA-DUA BINTANG MEMPUNYAI MAGNITUD YANG SAMA IAITU +4.9; P.A PADA 312O DAN SEP PADA 61.6". KEDUDUKANNYA DI 'KEPALA' NAGA.
~  BINTANG PSI MEMPUNYAI BINTANG KOMPANI YANG BERMAGNITUD +6.1; P.A PADA 15O DAN SEP PADA 30.3".
~  BINTANG OMICRON PULA MERUPAKAN SEBUAH BINTANG BINARI YANG UNIK. KEDUA-DUA BINTANG MEMPUNYAI WARNA YANG BERBEZA DENGAN BINTANG OMICRON BERWARNA JINGGA, MANAKALA BINTANG KOMPANI BERWARNA BIRU. BERMAGNITUD +7.5; PADA P.A 326O SERTA SEP PADA 34.2".



BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BINTANG VARIABLE DI DALAM BURUJ DRACO.
~  BINTANG R DRACONIS ADALAH SATU BINTANG VARIABLE YANG BERUBAH MAGNITUD DARI +6.70 HINGGA KE MAGNITUD +13.20 DALAM JANGKA MASA 245.6 HARI. IA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "MIRA TYPE VARIABLE".

PEMERHATIAN:
BURUJ DRACO DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~  DALAM BULAN APRIL PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~  DALAM BULAN MEI PADA PUKUL 11 MALAM
~  DALAM BULAN JUN PADA PUKUL 10 MALAM
~  DALAM BULAN JULAI PADA PUKUL 9 MALAM
~  DALAM BULAN OGOS PADA PUKUL 8 MALAM

OBJEK 'DEEPSKY':
BURUJ DRACO MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEPSKY' YANG MENARIK.
~  M102 ATAU NGC5866 ADALAH SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) DENGAN KEDUDUKANNYA DARI BUMI HANYA DAPAT DILIHAT DARI ARAH SISI (EDGE-ON). NAMUN, IA MASIH MENARIK KERANA TERDAPAT LORONG DEBU (DUST LANE) YANG DAPAT DILIHAT DENGAN 'PUSAT' YANG CERAH DAN BERCAHAYA. M102 BERMAGNITUD +9.90 DENGAN KECERAHAN (SURFACE BRIGHTNESS) +12.20.




~  NGC5907 JUGA SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) BERKEDUDUKAN SISI (EDGE-ON) DAN HAMPIR RATA (FLAT). TERDAPAT JUGA LORONG DEBU (DUST LANE) PADA NGC5907  DAN IA BERMAGNITUD +10.30 DENGAN KECERAHAN +13.30.



~  NGC5985 SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG AGAK KABUR (FAINT). BENTUKNYA YANG BUJUR (ELLIPTICAL) TETAPI AGAK MENARIK JIKA DICERAP DALAM KEADAAN YANG BAIK DAN SESUAI. NGC5985 BERMAGNITUD +11.10 DENGAN KECERAHAN +14.00. IA BERADA 120 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI. NGC5985 BERADA DI KIRI, NGC5982 DI TENGAH DAN NGC5981 DI KANAN (GAMBAR BAWAH).



~  NGC5982 BERADA DI ANTARA 'DEEPSKY' NGC5985 DAN NGC5981. KETIGA-TIGA OBJEK INI MERUPAKAN GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) DALAM BURUJ DRACO. IA BERBENTUK BUJUR (ELLIPTICAL) DENGAN MAGNITUD +11.10 SERTA KECERAHAN +12.90. NGC5982 BERADA 130 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI.



~  NGC5981 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG BERADA BERHAMPIRAN DENGAN NGC5985 DAN NGC5982. IA BERBENTUK MEMANJANG (EDGE-ON) DARI PANDANGAN BUMI. NGC5981 BERMAGNITUD +13.00 DENGAN KECERAHAN +13.10. JARAKNYA DARI BUMI ADALAH 100 JUTA TAHUN CAHAYA.



~  NGC6543 MERUPAKAN SEBUAH NEBULA PLANETARI (PLANETARY NEBULA) YANG JUGA DIKENALI SEBAGAI 'THE CATS EYE NEBULA' IA BERADA ANTARA 1,500 HINGGA 8,000 TAHUN CAHAYA. DI 'PUSAT' NGC6543, TERDAPAT BINTANG YANG TERANG DAN 'PANAS', YANG MENERANGI NEBULA TERSEBUT. IA BERMAGNITUD +8.30 DENGAN KECERAHAN +5.00.



~  NGC6503 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG BERMAGNITUD +10.20 DENGAN KECERAHAN +13.10. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'AT THE EDGE OF THE ABYSS'. IA DIPANGGIL SEDEMIKIAN KERANA KEDUDUKANNYA YANG BERADA DI PINGGIR KAWASAN YANG TIDAK ADA GALAKSI LAIN. NGC6503 BERADA 17 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI.



~  NGC4236 JUGA MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG BERMAGNITUD +9.60 DENGAN KECERAHAN +15.00. IA BERADA 11.7 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI DAN MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA KUMPULAN GALAKSI DALAM M81.



~  NGC4125 JUGA SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG BERBENTUK BUJUR (ELLIPTICAL). IA BERMAGNITUD +9.70 DENGAN KECERAHAN +12.90.



~  'TADPOLE GALAXY' MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG TER'GANGGU' (DISRUPTED) DAN MENGHASILKAN SEBUAH BENTUK YANG UNIK DAN BERBENTUK SEPERTI SEEKOR 'BERUDU' (TADPOLE). TERDAPAT SATU KLUSTER YANG BESAR BERWARNA BIRU CERAH YANG MEMBENTUK 'KEPALA' SERTA 'EKOR' BINTANG YANG PANJANGNYA 280,000 TAHUN CAHAYA. GALAKSI INI BERMAGNITUD +14.4 DAN BERADA 420 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI. 'TADPOLE GALAXY' ADALAH PERLANGGARAN ANTARA DUA GALAKSI DI MANA SEMASA KEDUA-DUA GALAKSI BERSELISIH, GELOMBANG DARI KEJADIAN ITU TELAH MENYEBABKAN TERHASILNYA 'EKOR' DARIPADA BINTANG-BINTANG, GAS-GAS DAN JUGA DEBU-DEBU.



HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ DRACO MENGHASILKAN HUJAN METEOR (METEOR SHOWER) SEKALI DALAM SETAHUN.
~  HUJAN METEOR DRACONIDS (METEOR SHOWER) YANG DIKAITKAN DENGAN KOMET GIACOBINI-ZINNER. KEMUNCAK (PEAK) HUJAN METEOR INI BERLAKU PADA OKTOBER 8 DENGAN 'KADAR KEGUGURAN SEJAM' (ZENITH HOURLY RATE - ZHR) ANTARA 30 - 40 METEOR SEJAM. 'RADIAN' HUJAN METEOR INI ADALAH BERHAMPIRAN DENGAN BINTANG ETAMIN/ELTAMIN (BINTANG GAMMA).

SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                  CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                  atau
                  KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM


"THE STARS SURROUND US. AT NIGHT THEY ARE EVERY WHERE, DOTTING THE SKY; IN THE DAYTIME, ONE OUR SUN, DOMINATES, ITS BRILLIANT LIGHT WASHING THE OTHERS AWAY UNTIL TWILIGHT YIELDS TO DARKNESS".

No comments:

Post a Comment