Tuesday, February 4, 2014

MENGENALI BULAN - SIRI 30

KAWAH CYRILLUS




KATEGORI:
KAWAH (CRATER)

LOKASI:
KAWAH CYRILLUS TERLETAK DI SUKU TENGGARA PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT KAWAH CYRILLUS IALAH 24.0O TIMUR DAN 13.2O SELATAN. IA BERADA DI KAWASAN "THEOPHILUS CRATER NORTH-WEST REGION" DI PINGGIR BARAT-LAUT MARE NECTARIS. KAWAH CYRILLUS MEMBENTUK RANGKAIAN DENGAN KAWAH THEOPHILUS DAN KAWAH CATHARINA.  


KELUASAN:
KAWAH CYRILLUS MEMPUNYAI KELUASAN DIAMETER 100 KM.

ERA PEMBENTUKAN:
KAWAH CYRILLUS TERBENTUK PADA ERA NECTARIAN IAITU -3.92 BILION TAHUN HINGGA -3.85 TAHUN BILION TAHUN DAHULU.

CIRI-CIRI:
(UPDATE)

PEMERHATIAN:
KAWAH CYRILLUS MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DILIHAT PADA HARI KE 5 SELEPAS BULAN BAHARU (NEW MOON) HINGGA 4 HARI SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).



PERALATAN:
UNTUK MELIHAT KAWAH CYRILLUS, TELESKOP 'REFRACTOR' BERKUASA 50 mm DIPERLUKAN.

PENEROKAAN:
TIADA PENEROKAAN DILAKUKAN DI KAWAH CYRILLUS.

PENGHORMATAN:
KAWAH CYRILLUS DINAMAKAN SEMPENA SAINT CYRILLE IAITU SEORANG AHLI FALSAFAH YUNANI KURUN KE 5. CYRILLE DILAHIRKAN DI ALEXANDRIE DALAM TAHUN 376 DAN MENINGGAL DUNIA JUGA DI ALEXANDRIE DALAM TAHUN 444.




SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                         CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                              atau
                         KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM


"IT IS FUN TO WATCH ORION RISE A BIT EARLIER EACH NIGHT AND TO TRACK ITS MOTION ACROSS THE SKY. AND IT IS COMFORTING TO SEE NEW CONSTELLATIONS COME INTO VIEW AND KNOW IT MEANS A NEW SEASON IS ON THE WAY."

No comments:

Post a Comment