BURUJ LYRA
ALAT MUZIK KECAPI (THE HARP)
KATEGORI:
BURUJ
SINGKATAN:
LYR
DESKRIPSI:
(UPDATE)
KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ LYRA TERLETAK DI +26O UTARA DAN +47O UTARA SERTA 18h15m DAN 19h30m. BURUJ LYRA BERADA DI HEMISFERA UTARA DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +90O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -40O SELATAN. BURUJ LYRA MEMPUNYAI KELUASAN 286 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 52 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ LYRA IALAH:
~ DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ CYGNUS
~ DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ VULPECULA DAN BURUJ HERCULES
~ DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ HERCULES
~ DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT BURUJ DRACO
BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)
BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ LYRA:
~ BINTANG DELTA2 DAN BINTANG DELTA1 MEMBENTUK SATU BINARI YANG LUAS (WIDE BINARY) DENGAN WARNA YANG BERBEZA. BINTANG DELTA2 BERWARNA JINGGA DAN BINTANG DELTA1 BERWARNA BIRU. BINTANG DELTA2 ADALAH BINTANG UTAMA (PRIMARY STAR). BINTANG DELTA1 BERMAGNITUD +5.60.
~ BINTANG BETA YANG MERUPAKAN BINTANG BINARI BERBILANG SISTEM (MULTIPLE BINARY SYSTEM) DENGAN KOMPANINYA (COMPANIONS) B, E DAN F. KOMPANI B BERMAGNITUD +5.60. "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE -P.A) BINTANG INI ADALAH 149O DAN "JARAK DIPISAHAN" (SEPARATION - SEP) IALAH 46". KOMPANI E PULA BERMAGNITUD +9.90; P.A PADA 318O DENGAN SEP PADA 67". MANAKALA, KOMPANI F BERMAGNITUD +9.90; P.A PADA 19O DENGAN SEP PADA 85".
~ BINTANG ZETA YANG MERUPAKAN BINTANG BINARI BERBILANG SISTEM (MULTIPLE BINARY SYSTEM) DENGAN KOMPANI D BERMAGNITUD +5.90. MANAKALA, KOMPANI YANG LAIN BERMAGNITUD +14.00. KOMPANI D BERADA PADA P.A 150O DAN SEP PADA 43.7".
~ BINTANG EPSILON1 DAN BINTANG EPSILON2 ADALAH BINTANG BINARI YANG TERKENAL DENGAN BINTANG 'BERGANDA-GANDA' (DOUBLE-DOUBLE) KERANA SETIAP BINTANG EPSILON (EPSILON1 DAN EPSILON2) MEMPUNYAI KOMPANI YANG TERSENDIRI, WALAUPUN BINTANG EPSILON INI ADALAH BINTANG BINARI. SEMUA BINTANG EPSILON INI BERMAGNITUD +5. BINTANG EPSILON2 BERADA PADA P.A 173O DENGAN SEP PADA 208".
~ BINTANG EPSILON1A DAN BINTANG EPSILON1B ADALAH BINTANG BINARI YANG PERLAHAN SEMASA MENGORBIT SETIAP 1165 TAHUN. KOMPANINYA BERMAGNITUD +6.1; P.A PADA 350O DENGAN SEP PADA 2.6".
~ BINTANG EPSILON2A DAN BINTANG EPSILON2B ADALAH BINTANG BINARI YANG LEBIH PANTAS SEMASA MENGORBIT SETIAP 585 TAHUN. KOMPANINYA BERMAGNITUD +5.50; P.A PADA 83.5O DENGAN SEP PADA 2.3".
BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ LYRA.
~ BINTANG ALPHA DIKELASKAN DALAM KATEGORI "DELTA SCUTI TYPE VARIABLE" DAN MAGNITUD BINTANG ALPHA BERUBAH DARI MAGNITUD -0.02 KE MAGNITUD +0.07 SETIAP 4 JAM 33.6 MINIT.
~ BINTANG BETA PULA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "ECLIPSING BINARY" ATAU "EB TYPE VARIABLE". MAGNITUD BINTANG BETA BERUBAH DARI +3.25 KE +4.40 DALAM JANGKA MASA12 JAM 22 MINIT.
~ BINTANG RR LYRAE ADALAH SATU BINTANG VARIABLE YANG BERUBAH MAGNITUD DARI +7.10 HINGGA KE +8.10 DALAM JANGKA MASA 13 JAM 36 MINIT. IA DIKELASKAN DALAM "RR LYRAE VARIABLE".
PEMERHATIAN:
BURUJ LYRA DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~ DALAM BULAN MEI PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~ DALAM BULAN JUN PADA PUKUL 11 MALAM
~ DALAM BULAN JULAI PADA PUKUL 10 MALAM
~ DALAM BULAN OGOS PADA PUKUL 9 MALAM
~ DALAM BULAN SEPTEMBER PADA PUKUL 8 MALAM
OBJEK 'DEEPSKY':
BURUJ LYRA MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEPSKY' YANG MENARIK.
~ MESSIER 56 (M56) ATAU NGC6779 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER). M56 SANGAT PADAT DAN IANYA BERMAGNITUD +8.30 DENGAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) +12.00. IA BERADA 32,000 TAHUN CAHAYA DARI BUMI.
~ M57 ATAU NGC6720 JUGA DIKENALI SEBAGAI "THE RING NEBULA" MERUPAKAN NEBULA YANG PALING CANTIK DALAM KATEGORI NEBULA PLANETARI (PLANETARY NEBULA) DI LANGIT. M57 BERMAGNITUD +9.40 DENGAN KECERAHAN +9.30. M57 BERADA 2,300 TAHUN CAHAYA DARI BUMI.
~ NGC6791 ADALAH SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG JUGA MERUPAKAN KLUSTER TERBUKA YANG TERTUA DAN TERBESAR MENGANDUNGI RIBUAN BINTANG. NGC6791 BERADA 13,300 TAHUN CAHAYA DAN IA BERUSIA 8 JUTA TAHUN. NGC6791 BERMAGNITUD +9.50 DENGAN KECERAHAN +15.26.
HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ LYRA MENGHASILKAN HUJAN METEOR SEBANYAK TIGA KALI SETAHUN.
~ HUJAN METEOR LYRIDS (METEOR SHOWER) YANG BERLAKU ANTARA APRIL 16 HINGGA APRIL 25 SETIAP TAHUN. KEMUNCAK (PEAK) HUJAN METEOR INI BERLAKU PADA APRIL 22. 'KADAR KEGUGURAN SEJAM' (ZENITH HOURLY RATE - ZHR) IALAH 5 HINGGA 20 METEOR SEJAM MALAH BOLEH MENCAPAI 100 METEOR SEJAM. 'RADIAN' HUJAN METEOR LYRIDS IALAH BERHAMPIRAN DENGAN BINTANG ALPHA LYRAE (VEGA). HUJAN METEOR INI DIKAITKAN DENGAN KOMET C/1861 G1 THATCHER.
~ HUJAN METEOR JUN LYRIDS (METEOR SHOWER) PULA BERLAKU ANTARA JUN 10 HINGGA JUN 21 DENGAN KEMUNCAK (PEAK) HUJAN METEOR BERLAKU PADA JUN 15 SETIAP TAHUN. 'ZHR' HANYA 8 METEOR SEJAM. HUJAN METEOR INI MENGHASILKAN METEOR BERWARNA BIRU DAN PUTIH. 'RADIAN' HUJAN METEOR INI IALAH RA = 278O SERTA DEC = +35O. HUJAN METEOR 'MINOR'.
~ HUJAN METEOR ALPHA LYRIDS (METEOR SHOWER) YANG BERLAKU ANTARA JULAI 9 HINGGA JULAI 20. KEMUNCAK (PEAK) HUJAN METEOR BERLAKU PADA JULAI 14. 'ZHR' AMAT RENDAH IAITU 1 - 2 METEOR SEJAM. HUJAN METEOR ALPHA LYRIDS MENGHASILKAN METEOR BERWARNA PUTIH. 'RADIAN' HUJAN METEOR INI IALAH RA = 280O SERTA DEC = +38O. HUJAN METEOR 'MINOR'.
PENGHORMATAN:
SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
"IT IS CLEAR THAT WE NEED TO INSTILL A SENSE OF JOY IN LEARNING SCIENCE. I HAVE BEEN STUDYING ASTRONOMY BECAUSE I WAS CURIOUS ABOUT THE UNIVERSE AND THE ULTIMATE PUZZLE OF EXISTENCE."
No comments:
Post a Comment