Wednesday, February 26, 2014

OBJEK DI LANGIT - SIRI 3

SEJARAH KEMUNCULAN KOMET HALLEY

TAHUN 163 SEBELUM MASIHI (B.C)

BERIKUT ADALAH MAKLUMAT KEDUDUKAN KOMET HALLEY:

TARIKH - KEDUDUKAN (R.A DAN DEC) - MAGNITUD
~  JAN 12 - 16h26m    -23.9O                  - +4.7
~  FEB 06 - 14h33m    -24.6O                  - +4.9
~  FEB 16 - 13h25m    -21.8O                  - +5.1
~  FEB 26 - 12h19m    -16.8O                  - +5.5

CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM      atau      KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

MENGENALI BULAN - SIRI 33

KAWAH CLAVIUS




KATEGORI:
KAWAH

LOKASI:
KAWAH CLAVIUS TRELETAK DI SUKU BARAT-DAYA PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT KAWAH CLAVIUS IALAH 14.4O BARAT DAN 58.4O SELATAN.

KELUASAN:
KAWAH CLAVIUS MEMPUNYAI KELUASAN DIAMETER 231 KM. KAWAH CLAVIUS MEMPUNYAI KEDALAMAN 2,100 METER.



ERA PEMBENTUKAN:
KAWAH CLAVIUS TERBENTUK PADA ERA TYPICAL NECTARIAN IAITU LEBIH KURANG -3.92 BILION TAHUN HINGGA -3.85 BILION TAHUN DAHULU.

CIRI-CIRI:
(UPDATE)

PEMERHATIAN:
KAWAH CLAVIUS MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DILIHAT SEHARI SELEPAS SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA KE SUKU TERAKHIR (LAST QUARTER).



PERALATAN:
UNTUK MENCERAP KAWAH CLAVIUS, PERALATAN YANG SESUAI ADALAH TEROPONG BERKUASA 10x.

PENEROKAAN:
TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI KAWAH CLAVIUS.

PENGHORMATAN:
KAWAH CLAVIUS DINAMAKAN SEMPENA CHRISTOPH KLAU ATAU CHRISTOPHORUS CLAVIUS IAITU SEORANG AHLI MATEMATIKS DAN AHLI ASTRONOMI BANGSA GERMAN PADA KURUN KE 16 MASIHI. BELIAU DILAHIRKAN DI BAMBERG, GERMAN PADA 25hb MAC 1537 DAN MENINGGAL DUNIA DI ROME, ITALI PADA 6hb FEBRUARI 1612.




SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                           CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                               atau
                           KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM


"PEOPLE WHO GROW UP WITHOUT APPRECIATING THE BEAUTY OF THE NIGHT SKY SIMPLY BECAUSE NO ONE TOLD THEM HOW TO SEE IT".

MENGENALI BURUJ - DRACO

BURUJ DRACO
NAGA (THE DRAGON)



KATEGORI:
BURUJ

SINGKATAN:
DRA

DESKRIPSI:
BURUJ DRACO DIGAMBARKAN SEBAGAI SEEKOR NAGA (DRAGON).

KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ DRACO TERLETAK DI +48O UTARA DAN +87O UTARA SERTA 9h25m DAN 20h58m. BURUJ DRACO BERADA DI HEMISFERA UTARA DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +90O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -15O SELATAN. BURUJ DRACO MEMPUNYAI KELUASAN 1083 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 8 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ DRACO IALAH:
~  DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ CEPHEUS DAN BURUJ CYGNUS
~  DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ LYRA, BURUJ HERCULES DAN BURUJ BOOTES
~  DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ URSA MAJOR DAN BURUJ CAMELOPARDALIS
~  DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT PULA BURUJ URSA MINOR

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)

BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ DRACO:
~  BINTANG MU MERUPAKAN SATU BINARI YANG AGAK HAMPIR (CLOSE BINARY) DENGAN KOMPANI (COMPANION) YANG MENGORBITNYA SETIAP 482 TAHUN SERTA  BERMAGNITUD +11.60. "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA BINTANG IALAH 14O DENGAN "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP) ADALAH 1.91".
~  BINTANG NU MERUPAKAN BINTANG BINARI TETAP (FIXED BINARY STAR) YANG MENGAGUNGKAN DENGAN KEDUA-DUA BINTANG MEMPUNYAI MAGNITUD YANG SAMA IAITU +4.9; P.A PADA 312O DAN SEP PADA 61.6". KEDUDUKANNYA DI 'KEPALA' NAGA.
~  BINTANG PSI MEMPUNYAI BINTANG KOMPANI YANG BERMAGNITUD +6.1; P.A PADA 15O DAN SEP PADA 30.3".
~  BINTANG OMICRON PULA MERUPAKAN SEBUAH BINTANG BINARI YANG UNIK. KEDUA-DUA BINTANG MEMPUNYAI WARNA YANG BERBEZA DENGAN BINTANG OMICRON BERWARNA JINGGA, MANAKALA BINTANG KOMPANI BERWARNA BIRU. BERMAGNITUD +7.5; PADA P.A 326O SERTA SEP PADA 34.2".



BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BINTANG VARIABLE DI DALAM BURUJ DRACO.
~  BINTANG R DRACONIS ADALAH SATU BINTANG VARIABLE YANG BERUBAH MAGNITUD DARI +6.70 HINGGA KE MAGNITUD +13.20 DALAM JANGKA MASA 245.6 HARI. IA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "MIRA TYPE VARIABLE".

PEMERHATIAN:
BURUJ DRACO DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~  DALAM BULAN APRIL PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~  DALAM BULAN MEI PADA PUKUL 11 MALAM
~  DALAM BULAN JUN PADA PUKUL 10 MALAM
~  DALAM BULAN JULAI PADA PUKUL 9 MALAM
~  DALAM BULAN OGOS PADA PUKUL 8 MALAM

OBJEK 'DEEPSKY':
BURUJ DRACO MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEPSKY' YANG MENARIK.
~  M102 ATAU NGC5866 ADALAH SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) DENGAN KEDUDUKANNYA DARI BUMI HANYA DAPAT DILIHAT DARI ARAH SISI (EDGE-ON). NAMUN, IA MASIH MENARIK KERANA TERDAPAT LORONG DEBU (DUST LANE) YANG DAPAT DILIHAT DENGAN 'PUSAT' YANG CERAH DAN BERCAHAYA. M102 BERMAGNITUD +9.90 DENGAN KECERAHAN (SURFACE BRIGHTNESS) +12.20.




~  NGC5907 JUGA SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) BERKEDUDUKAN SISI (EDGE-ON) DAN HAMPIR RATA (FLAT). TERDAPAT JUGA LORONG DEBU (DUST LANE) PADA NGC5907  DAN IA BERMAGNITUD +10.30 DENGAN KECERAHAN +13.30.



~  NGC5985 SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG AGAK KABUR (FAINT). BENTUKNYA YANG BUJUR (ELLIPTICAL) TETAPI AGAK MENARIK JIKA DICERAP DALAM KEADAAN YANG BAIK DAN SESUAI. NGC5985 BERMAGNITUD +11.10 DENGAN KECERAHAN +14.00. IA BERADA 120 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI. NGC5985 BERADA DI KIRI, NGC5982 DI TENGAH DAN NGC5981 DI KANAN (GAMBAR BAWAH).



~  NGC5982 BERADA DI ANTARA 'DEEPSKY' NGC5985 DAN NGC5981. KETIGA-TIGA OBJEK INI MERUPAKAN GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) DALAM BURUJ DRACO. IA BERBENTUK BUJUR (ELLIPTICAL) DENGAN MAGNITUD +11.10 SERTA KECERAHAN +12.90. NGC5982 BERADA 130 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI.



~  NGC5981 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG BERADA BERHAMPIRAN DENGAN NGC5985 DAN NGC5982. IA BERBENTUK MEMANJANG (EDGE-ON) DARI PANDANGAN BUMI. NGC5981 BERMAGNITUD +13.00 DENGAN KECERAHAN +13.10. JARAKNYA DARI BUMI ADALAH 100 JUTA TAHUN CAHAYA.



~  NGC6543 MERUPAKAN SEBUAH NEBULA PLANETARI (PLANETARY NEBULA) YANG JUGA DIKENALI SEBAGAI 'THE CATS EYE NEBULA' IA BERADA ANTARA 1,500 HINGGA 8,000 TAHUN CAHAYA. DI 'PUSAT' NGC6543, TERDAPAT BINTANG YANG TERANG DAN 'PANAS', YANG MENERANGI NEBULA TERSEBUT. IA BERMAGNITUD +8.30 DENGAN KECERAHAN +5.00.



~  NGC6503 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG BERMAGNITUD +10.20 DENGAN KECERAHAN +13.10. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'AT THE EDGE OF THE ABYSS'. IA DIPANGGIL SEDEMIKIAN KERANA KEDUDUKANNYA YANG BERADA DI PINGGIR KAWASAN YANG TIDAK ADA GALAKSI LAIN. NGC6503 BERADA 17 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI.



~  NGC4236 JUGA MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG BERMAGNITUD +9.60 DENGAN KECERAHAN +15.00. IA BERADA 11.7 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI DAN MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA KUMPULAN GALAKSI DALAM M81.



~  NGC4125 JUGA SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG BERBENTUK BUJUR (ELLIPTICAL). IA BERMAGNITUD +9.70 DENGAN KECERAHAN +12.90.



~  'TADPOLE GALAXY' MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG TER'GANGGU' (DISRUPTED) DAN MENGHASILKAN SEBUAH BENTUK YANG UNIK DAN BERBENTUK SEPERTI SEEKOR 'BERUDU' (TADPOLE). TERDAPAT SATU KLUSTER YANG BESAR BERWARNA BIRU CERAH YANG MEMBENTUK 'KEPALA' SERTA 'EKOR' BINTANG YANG PANJANGNYA 280,000 TAHUN CAHAYA. GALAKSI INI BERMAGNITUD +14.4 DAN BERADA 420 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI. 'TADPOLE GALAXY' ADALAH PERLANGGARAN ANTARA DUA GALAKSI DI MANA SEMASA KEDUA-DUA GALAKSI BERSELISIH, GELOMBANG DARI KEJADIAN ITU TELAH MENYEBABKAN TERHASILNYA 'EKOR' DARIPADA BINTANG-BINTANG, GAS-GAS DAN JUGA DEBU-DEBU.



HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ DRACO MENGHASILKAN HUJAN METEOR (METEOR SHOWER) SEKALI DALAM SETAHUN.
~  HUJAN METEOR DRACONIDS (METEOR SHOWER) YANG DIKAITKAN DENGAN KOMET GIACOBINI-ZINNER. KEMUNCAK (PEAK) HUJAN METEOR INI BERLAKU PADA OKTOBER 8 DENGAN 'KADAR KEGUGURAN SEJAM' (ZENITH HOURLY RATE - ZHR) ANTARA 30 - 40 METEOR SEJAM. 'RADIAN' HUJAN METEOR INI ADALAH BERHAMPIRAN DENGAN BINTANG ETAMIN/ELTAMIN (BINTANG GAMMA).

SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                  CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                  atau
                  KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM


"THE STARS SURROUND US. AT NIGHT THEY ARE EVERY WHERE, DOTTING THE SKY; IN THE DAYTIME, ONE OUR SUN, DOMINATES, ITS BRILLIANT LIGHT WASHING THE OTHERS AWAY UNTIL TWILIGHT YIELDS TO DARKNESS".

Wednesday, February 19, 2014

OBJEK DI LANGIT - SIRI 2

SEJARAH KEMUNCULAN KOMET HALLEY

TAHUN 239 SEBELUM MASIHI (B.C)

BERIKUT ADALAH MAKLUMAT KEDUDUKAN KOMET HALLEY:

TARIKH  - KEDUDUKAN (R.A DAN DEC) - MAGNITUD
~  MEI 21  - 03h01m     +29.8O                - +2.5
~  MEI 31  - 05h29M     +43.6O                - +1.3
~  JUN 05  - 08h04m     +41.4O                - +0.9
~  JUN 10  - 09h52m     +29.6O                - +0.5
~  JUN 20  - 11h09m     +13.5O                - +2.1
~  JUN 30  - 11h33m     +06.5O                - +3.5

CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM         atau        KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

MENGENALI BULAN - SIRI 32

KAWAH HIPPARCHUS




KATEGORI:
KAWASAN LAPANG BERTEBING (WALLED PLAIN)

LOKASI:
KAWAH HIPPARCHUS TERLETAK DI SUKU TENGGARA PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT KAWAH HIPPARCHUS IALAH 4.8O TIMUR DAN 5.5O SELATAN. IA BERADA DI DALAM 'PTOLEMAEUS CRATER REGION'.

KELUASAN:
KAWAH HIPPARCHUS MEMPUNYAI KELUASAN DIAMETER 150 KM. KAWAH HIPPARCHUS MEMPUNYAI KEDALAMAN 3,300 METER.



ERA PEMBENTUKAN:
KAWAH HIPPARCHUS TERBENTUK PADA ERA PRE-NECTARIAN IAITU LEBIH KURANG -4.55 BILION TAHUN HINGGA -3.92 BILION TAHUN DAHULU.

CIRI-CIRI:
(UPDATE)

PEMERHATIAN:
KAWAH HIPPARCHUS MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DILIHAT PADA SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA 6 HARI SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).


PERALATAN:
UNTUK MENCERAP KAWAH HIPPARCHUS, PERALATAN YANG PALING SESUAI ADALAH TEROPONG BERKUASA 10x.

PENEROKAAN:
TIADA PENEROKAAN DILAKUKAN DI KAWAH HIPPARCHUS.

PENGHORMATAN:
KAWAH HIPPARCHUS DINAMAKAN SEMPENA HIPPARQUE IAITU SEORANG AHLI ASTRONOMI, AHLI MATEMATIKS DAN AHLI GEOGRAFI YUNANI (GREEK) PADA KURUN KE 2 SEBELUM MASIHI (B.C). BELIAU DILAHIRKAN DI NICAEA, TURKI PADA TAHUN 190 B.C DAN MENINGGAL DUNIA PADA TAHUN 125 B.C DI RODHES, GREECE.




SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                     CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                      atau
                     KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM


"ON A CLEAR NIGHT ANYONE - NOVICE, AMATEUR, OR PROFESSIONAL ASTRONEMER - CAN GAZE UPWARD AS THE STARRY SKY OVERHEAD AND SEE THE STARS AS OUR ANCESTORS SAW THEM".

MENGENALI BURUJ - LEO MINOR

BURUJ LEO MINOR
SINGA KECIL (THE LITTLE LION)



KATEGORI:
BURUJ

SINGKATAN:
LMI

DESKRIPSI:
(UPDATE)

KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ LEO MINOR TERLETAK DI +23O UTARA DAN +41O UTARA SERTA 9h22m DAN 11h05m. BURUJ LEO MINOR BERADA DI HEMISFERA UTARA DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +90O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -45O SELATAN. BURUJ LEO MINOR MEMPUNYAI KELUASAN 232 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 64 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ LEO MINOR IALAH:
~  DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ URSA MAJOR DAN BURUJ LEO
~  DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ LEO
~  DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ LYNX DAN BURUJ CANCER
~  DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT PULA BURUJ URSA MAJOR

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:

BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DALAM BURUJ LEO MINOR:
~  BINTANG BETA MERUPAKAN SEBUAH BINTANG BINARI YANG RAPAT (CLOSE) DENGAN KOMPANINYA (COMPANION) YANG MENGORBIT SETIAP 39 TAHUN. KOMPANI BERMAGNITUD +7.60. "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE -P.A) KEDUA BINTANG IALAH 223O DAN "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP) ADALAH 0.4".



BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ LEO MINOR.
~  BINTANG R LEO MINORIS ADALAH SATU BINTANG VARIABLE YANG BERUBAH MAGNITUD DARI +6.30 HINGGA KE MAGNITUD +13.00 DALAM JANGKA MASA 372.2 HARI. IA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "MIRA-TYPE VARIABLE".

PEMERHATIAN:
BURUJ LEO MINOR DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~  DALAM BULAN JANUARI PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~  DALAM BULAN FEBRUARI PADA PUKUL 11 MALAM
~  DALAM BULAN MAC PADA PUKUL 10 MALAM
~  DALAM BULAN APRIL PADA PUKUL 9 MALAM
~  DALAM BULAN MEI PADA PUKUL 8 MALAM

OBJEK 'DEEPSKY':



BURUJ LEO MINOR MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEPSKY' YANG MENARIK.
~  NGC3003 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG DAPAT DILIHAT HANYA PADA SISINYA (EDGE-ON). IANYA AGAK BESAR TETAPI AMAT KABUR (FAINT). NGC3003 BERMAGNITUD +11.90 DENGAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) +14.00. IA BERADA 80 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI.  



~  NGC3395 MERUPAKAN SALAH SATU DARI DUA GALAKSI (GALAXY) YANG BERTEMBUNG (INTERACTING) DENGAN NGC3396. MEREKA IALAH GALAKSI YANG KECIL TETAPI CERAH. NAMUN, IA MENGGAMBARKAN 'HUBUNGAN' ANTARA KEDUA GALAKSI. NGC3395 BERMAGNITUD +12.10 DENGAN KECERAHAN +12.90. NGC3396 LEBIH KECIL DAN LEBIH KABUR DARI NGC3395. NGC3396 BERMAGNITUD +12.10 DENGAN KECERAHAN +13.40.



~  NGC3504 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG AGAK GANJIL. 'LENGAN BERPUTAR' (SPIRAL ARMS) MENYALUTI KESELURUHAN GALAKSI DAN MEMBENTUK SATU 'LINGKARAN' DI LUARAN YANG KABUR (FAINT OUTER RING). TERDAPAT SATU SUPERNOVA SN2001ac DI DALAM 'LENGAN' BERPUTAR INI. NGC3504 BERMAGNITUD +11.00 DENGAN KECERAHAN +12.80.



~  NGC3414 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG BERADA 85 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI. IA BERMAGNITUD +10.90 DENGAN KECERAHAN +13.30.



~  NGC3277 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG AMAT CERAH DAN PADAT. IA MEMPUNYAI NUKLEUS YANG MENONJOL DI 'PUSAT' NGC3277.



~  NGC3432 JUGA MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG JUGA DIKENALI SEBAGAI "THE KNITTING NEEDLE NEBULA". IA KELIHATAN PADA 'SISI' (EDGE-ON) DARI BUMI DENGAN JARAK 42 JUTA TAHUN CAHAYA. NGC3432 BERMAGNITUD +11.67 DAN IANYA KELIHATAN MENARIK.



~  NGC3294 JUGA SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG MEMPUNYAI 'PUSAT' YANG CERAH DAN JUGA 'LENGAN' BERPUTAR (SPIRAL ARMS). NGC3294 BERMAGNITUD +11.20.



~  NGC2859 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERBENTUK MEMANJANG (LENTICULAR) YANG MEMPUNYAI 'LINGKARAN' LUAR (OUTER RING). IA JUGA MEMPUNYAI GARIS YANG MENONJOL DENGAN KAWASAN TENGAH YANG CERAH. CAKERA LUAR KELIHATAN BERCANTUMAN. NGC2859 BERADA 85 JUTA TAHUN CAHAYA DAN IA BERMAGNITUD +11.80.



~  NGC3344 MERUPAKAN JUGA SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG TERGOLONG DALAM 'VIRGO SUPERCLUSTER'. IA MEMPERLIHATKAN 'LINGKARAN' (RINGS) DAN 'LENGAN BERPUTAR' (SPIRAL ARMS) YANG AGAK 'LONGGAR' (LOOSE). TERDAPAT 'LINGKARAN' DALAM (INNER RING) DAN 'LINGKARAN' LUAR (OUTER RING) DENGAN 'LENGAN UTAMA' BERPUTAR KELUAR (OUTWARD) DARI 'LINGKARAN' DALAM DAN SEDIKIT MEMBUJUR. NGC3344 BERMAGNITUD +10.50 DENGAN KECERAHAN +13.40 DAN IA BERADA 22.5 JUTA TAHUN CAHAYA.



~  NGC3486 JUGA SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) DENGAN 'LINGKARAN' DALAM YANG MEMPUNYAI 'LENGAN' (ARMS) YANG AGAK 'LONGGAR'. TERDAPAT GARIS SEMPADAN YANG KURANG BERCAHAYA DENGAN NUKLEUS YANG AKTIF. 'LENGAN' DI BAHAGIAN LUAR KELIHATAN AGAK 'LEMAH'. NGC3486 BERADA 27.4 JUTAN TAHUN CAHAYA DARI BUMI DENGAN MAGNITUD +10.50 SERTA KECERAHAN +14.30. IA KELIHATAN MENGHADAP (FACE-ON) BUMI.



HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ LEO MINOR MENGHASILKAN SATU HUJAN METEOR IAITU:
~  HUJAN METEOR LEONIS MINORIDS (METEOR SHOWER) YANG BERLAKU ANTARA OKTOBER 19 HINGGA OKTOBER 27. KEMUNCAK (PEAK) HUJAN METEOR INI BERLAKU PADA OKTOBER 23. 'KADAR KEGUGURAN SEJAM' (ZENITH HOURLY RATE - ZHR) AMAT RENDAH IAITU HANYA 2 - 3 METEOR SEJAM. HUJAN METEOR INI DIKAITKAN DENGAN KOMET C/1739 KI (ZANOTTI). IA MERUPAKAN SATU HUJAN METEOR 'MINOR'.


SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                     CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                           atau
                     KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM


"IT MAKES YOU RESPECT HOW TIME WAS MEASURED IN THE CENTURIES BEFORE THE INVENTION OF THE CALENDAR WATCH".

Friday, February 14, 2014

RENUNGAN JUMAAT

"ALLAH-LAH YANG TELAH MENCIPTAKAN LANGIT DAN BUMI DAN MENURUNKAN AIR HUJAN DARI LANGIT, KEMUDIAN DIA MENGELUARKAN DENGAN AIR HUJAN ITU BERBAGAI BUAH-BUAHAN MENJADI REZEKI UNTUKMU; DAN DIA TELAH MENUNDUKKAN BAHTERA BAGIMU SUPAYA BAHTERA ITU BELAYAR DI LAUTAN DENGAN KEHENDAKNYA, DAN DIA TELAH MENUNDUKKAN (PULA) BAGIMU SUNGAI-SUNGAI. DAN DIA TELAH MENUNDUKKAN (PULA) BAGIMU MATAHARI DAN BULAN YANG TERUS-MENERUS BEREDAR (DALAM ORBITNYA); DAN TELAH MENUNDUKKAN BAGIMU MALAM DAN SIANG. DAN DIA TELAH MEMBERIKAN KEPADAMU (KEPERLUANMU) DARI SEGALA APA YANG KAMU MOHONKAN KEPADANYA. DAN JIKA KAMU MENGHITUNG NIKMAT ALLAH, TIDAKLAH DAPAT KAMU MENGHINGGAKANNYA. SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU, SANGAT ZALIM DAN SANGAT MENGINGKARI (NIKMAT ALLAH). .."

        SURAH IBRAHIM, JUZUK 13, AYAT 32 HINGGA 34


JIKA KITA MENJAGA ALLAH, ALLAH AKAN MENJAGA KITA. INGAT, SEGALA NIKMAT DAN REZEKI YANG KITA TERIMA ADALAH DATANGNYA DARI ALLAH. ALLAH TIDAK MEMINTA APA-APA SEBAGAI BALASAN SELAIN DARIPADA KITA MELAKUKAN APA YANG TELAH DIPERINTAHKANNYA UNTUK KITA MENGERJAKAN DAN MENJALANKAN KEHIDUPAN KITA BERLANDASKAN SEGALA YANG TELAH DIAJARKAN OLEH NABI S.A.W. SETIAP MASA, KITA MELIHAT MANUSIA MELAKUKAN KESALAHAN DAN DOSA. APAKAH MEREKA TIDAK TAKUT KEPADA SEKSAAN ALLAH? CUBA KITA PERHATI DAN LIHAT DISEKELILING KITA. BERAPA ORANGKAH YANG BENAR-BENAR MENGIKUT PANDUAN YANG TELAH DISAMPAIKAN OLEH NABI S.A.W? ADALAH KITA TERMASUK SALAH SEORANG DARIPADANYA? ATAU KITA JUGA SAMA SEPERTI MANUSIA YANG MELANGGAR PERINTAH ALLAH DENGAN MELAKUKAN KESALAHAN DAN DOSA TERHADAP MANUSIA YANG LAIN? SAMA-SAMA KITA MERENUNG DAN MELIHAT DIRI KITA DARI DALAM HATI DAN JIWA KITA. MARI KITA JAGA ALLAH, AGAR ALLAH AKAN JAGA KITA. 

Monday, February 10, 2014

OBJEK DI LANGIT - SIRI 1

MESSIER 1
M1 (NGC 1952


BURUJ:
TAURUS

KELAS:
NEBULA PULSAR
(PULSAR NEBULA)

LOKASI:
05h 34m 31s
+22o 00' 52"

JARAK:
6,500 TAHUN CAHAYA

SAIZ:
7.0'  x  4.8' (arcminute)

MAGNITUD:
+8.4

INFO:
M1 MERUPAKAN OBJEK PERTAMA DI KATALOG DI DALAM 'KATALOG MESSIER' (MESSIER CATALOGUE).  IA DIPANGGIL SEBAGAI "CRAB NEBULA"  YANG MERUPAKAN SEBUAH REJA ATAU SAKI-BAKI TINGGALAN LETUSAN SEBUAH 'SUPERNOVA'. IANYA TELAH DICERAP OLEH AHLI ASTRONOMI CINA DAN JUGA ARAB DI AWAL TAHUN 1731. M1 TELAH DICERAP BUAT PERTAMA KALI PADA TAHUN 1731 OLEH JOHN BEVIS.  MANAKALA, CHARLES MESSIER  TELAH MENCERAP M1 PADA TAHUN 1758 DAN MEMULAKAN KATALOG MESSIER. PADA ABAD YANG BERIKUTNYA, DALAM TAHUN 1844, WILLIAM PARSONS TELAH MEMBUAT LUKISAN KASAR M1 DAN MENAMAKAN SEBAGAI "CRAB NEBULA" BERDASARKAN STRUKTUR JALUR-JALUR DI DALAM NEBULA YANG MENYERUPAI STRUKTUR SEEKOR KETAM. M1 ADALAH SEBUAH NEBULA YANG BESAR, BUJUR DENGAN TOMPOKAN-TOMPOKAN CAHAYA DAN JALUR-JALUR YANG KELIHATAN JELAS. DI 'TERAS' M1 ADALAH PULSAR IAITU TINGGALAN BINTANG YANG ASLI DENGAN DIAMETER 30 km DAN MENGELUARKAN DENYUTAN  SINAR SETIAP 33 MILLI SAAT (MILLISECONDS).







CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM

KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM