BURUJ BOOTES
PENGEMBALA BIRI-BIRI (THE HERDSMAN)
KATEGORI:
BURUJ
SINGKATAN:
BOO
DESKRIPSI:
BURUJ BOOTES DIGAMBARKAN SEBAGAI SEORANG PENGEMBALA.BIRI-BIRI. TERDAPAT BEBERAPA EKOR BIRI-BIRI YANG BERADA DI SEKELILING PENGEMBALA TERSEBUT.
KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ BOOTES TERLETAK DI +7O UTARA DAN +54O UTARA SERTA 13h35m DAN 15h50m. BURUJ BOOTES BERADA DI HEMISFERA UTARA DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +90O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -50O SELATAN. BURUJ BOOTES MEMPUNYAI KELUASAN 907 DARJAH (o) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 13 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ BOOTES IALAH:
~ DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ HERCULES, BURUJ CORONA BOREALIS DAN
BURUJ SERPENS CAPUT
~ DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ VIRGO
~ DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ CANES VENATICI DAN BURUJ COMA
BERENICES
~ DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT BURUJ DRACO DAN BURUJ URSA MAJOR
BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)
BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ BOOTES:
~ BINTANG ZETA BOOTIS MEMBENTUK SATU BINARI YANG PANTAS (FAST BINARY) DI MANA BINTANG KOMPANINYA (COMPANION) MENGORBIT SETIAP 123.4 TAHUN. "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA-DUA BINTANG INI ADALAH 301O DAN "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP) ADALAH 0.9".
~ BINTANG EPSILON BOOTIS MERUPAKAN SEBUAH BINARI TETAP (FIXED BINARY). DENGAN BINTANG KOMPANI BERADA PADA P.A 339O DENGAN SEP PADA 2.8". BINTANG EPSILON BERMAGNITUD +2.5, MANAKALA BINTANG KOMPANI BERMAGNITUD +4.9. IA MERUPAKAN SEBUAH BINARI YANG SUNGGUH MENARIK. BINTANG EPSILON BERWARNA KUNING TERANG (BRIGHT YELLOW) DAN BINTANG KOMPANI PULA BERWARNA BIRU-KEHIJAUAN (BLUE-GREEN).
~ BINTANG KAPPA BOOTIS JUGA MERUPAKAN SEBUAH BINARI YANG MENARIK DAN CANTIK DENGAN BINTANG UTAMA (PRIMARY STAR) BERWARNA KUNING (YELLOW). MANAKALA, BINTANG KOMPANI PULA BERWARNA BIRU GELAP (DEEP BLUE). BINARI INI MEMPUNYAI WARNA YANG BERBEZA. P.A KEDUA-DUA BINTANG INI ADALAH PADA 235O DENGAN SEP PULA PADA 13.4".
~ BINTANG IOTA BOOTIS MERUPAKAN SEBUAH BINARI DENGAN BINTANG KOMPANI BERADA PADA P.A 33O DENGAN SEP PADA 38.5". BINTANG IOTA BERMAGNITUD +4.9, MANAKALA BINTANG KOMPANI BERMAGNITUD +7.5. IA MERUPAKAN SEBUAH BINARI YANG BERADA BERHAMPIRAN DENGAN BINTANG KAPPA BOOTIS.
~ BINTANG MU BOOTIS MERUPAKAN SEBUAH BINARI SISTEM BERGANDA (MULTIPLE SYSTEM BINARY). BINTANG MU BERMAGNITUD +4.3 DENGAN BINTANG KOMPANI B PULA BERMAGNITUD +7.0. KEDUA-DUA BINTANG BERADA PADA P.A 171O DENGAN SEP PADA 108". BINTANG KOMPANI B PULA MEMPUNYAI BINTANG KOMPANI C YANG BERMAGNITUD +7.6. BINTANG B DAN BINTANG C BERADA PADA P.A 7O DENGAN SEP PADA 2.1".
~ BINTANG PI BOOTIS MERUPAKAN SEBUAH BINARI YANG CUKUP MEMPESONAKAN DENGAN BINTANG PI BERMAGNITUD +4.9 DAN BINTING KOMPANI BERMAGNITUD +5.8 BERWARNA BIRU-KEPUTIHAN (BLUE-WHITE). KEDUA-DUA BINTANG BERADA PADA PA 108O DENGAN SEP PADA 5.6".
~ BINTANG XI BOOTIS YANG BERMAGNITUD +4.7 MERUPAKAN SEBUAH BINARI DENGAN BINTANG KOMPANI BERMAGNITUD +7.0 MENGORBIT SETIAP 151 TAHUN. KEDUA-DUA BINTANG BERADA PADA P.A 321O DENGAN SEP PADA 6.8". BINTANG XI BERWARNA KUNING (YELLOW), MANAKALA BINTANG KOMPANI BERWARNA PUTIH-KEMERAH JAMBUAN (WHITE-PINK).
BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ BOOTES:
~ BINTANG DELTA BOOTIS DIKELASKAN DALAN KATEGORI "BETA CEPHEID-TYPE VARIABLE" DAN MAGNITUD BINTANG BETA BERUBAH DARI +1.93 KE MAGNITUD +2.00 DALAM JANGKA MASA 6 JAM 2.6 SAAT. JENIS BINTANG VARIABLE DALAM KELAS INI MENGALAMI PERUBAHAN MAGNITUD DALAM JULAT YANG AMAT KECIL. IANYA TIDAK DAPAT DIKESAN DENGAN MATA KASAR..
~ BINTANG IOTA CANIS MAJORIS DIKELASKAN DALAN KATEGORI "BETA CEPHEID-TYPE VARIABLE" DAN MAGNITUD BINTANG IOTA BERUBAH DARI +4.37 KE MAGNITUD +4.41 DALAM JANGKA MASA 1 JAM 55 MINIT.
~ BINTANG XI1 CANIS MAJORIS DIKELASKAN DALAN KATEGORI "BETA CEPHEID-TYPE VARIABLE" DAN MAGNITUD BINTANG XI1 BERUBAH DARI +3.87 KE MAGNITUD +3.91 SETIAP 5 JAM.
PEMERHATIAN:
BURUJ BOOTES DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~ DALAM BULAN MAC PADA JAM 12 TENGAH MALAM
~ DALAM BULAN APRIL PADA JAM 11 MALAM
~ DALAM BULAN MEI PADA JAM 10 MALAM
~ DALAM BULAN JUN PADA JAM 9 MALAM
~ DALAM BULAN JULAI PADA JAM 8 MALAM
OBJEK 'DEEP SKY':
BURUJ BOOTES MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEP SKY' YANG MENARIK.
~ NGC5248
~ NGC5466
~ NGC5557
~ NGC5676
~ NGC5689
HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ BOOTES MENGHASILKAN HUJAN METEOR (METEOR SHOWER):
~ JANUARY BOOTIDS
~ JUNE BOOTIDS
~ QUADRANTIDS
SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment