MONS PENCK
GUNUNG PENCK
KATEGORI:
GUNUNG (MOUNTAIN / MONS)
LOKASI:
MONS PENCK TERLETAK DI SUKUAN TENGGARA PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT MONS PENCK IALAH 21.74O TIMUR SERTA 10.00O SELATAN. IA BERADA DI BAHAGIAN THEOPHILUS CRATER REGION.
KELUASAN:
MONS PENCK MERUPAKAN SEBUAH GUNUNG DENGAN KETINGGIAN 4,000 METER. IA MEMPUNYAI DIAMETER SELUAS 30 KM.
ERA PEMBENTUKAN:
MONS PENCK TERBENTUK PADA ERA PRE-IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -4.55 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.85 BILION TAHUN DAHULU.
CIRI-CIRI:
MONS PENCK MERUPAKAN SEBUAH PUNCAK YANG BERADA DI KAWASAN TANJUNG YANG BERGUNUNG TERLETAK DI BAHAGIAN BARAT-DAYA SINUS ASPERITATIS. IA KELIHATAN SEAKAN-AKAN MEMBENTUK SUATU TEBING ATAU PINGGIRAN YANG TINGGI. IA BERSEMPADANAN DENGAN KAWAH KANT C DI BAHAGIAN UTARA.
PEMERHATIAN:
MONS PENCK MEMPUNYAI FORMASI YANG AGAK MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KE 5 SELEPAS BULAN BAHARU (NEW MOON) HINGGA EMPAT HARI SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).
PERALATAN:
UNTUK MENCERAP MONS PENCK, TELESKOP JENIS 'REFRACTOR' BERKUASA 50 mm DIPERLUKAN.
PENEROKAAN:
TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI MONS PENCK.
PENGHORMATAN:
MONS PENCK DINAMAKAN SEMPENA ALBRECHT PENCK IAITU SEORANG AHLI GEOGRAFI JERMAN PADA KURUN KE 20 MASIHI. BELIAU DILAHIRKAN DI LEIPZIG, JERMAN PADA 1858 DAN MENINGGAL DUNIA DI PRAGUE PADA 1945. ALBRECHT PENCK TELAH MENJADI PROFESOR DI UNIVERSITY OF VIENNA DAN KEMUDIAN DI UNIVERSITY OF BERLIN. BELIAU MENJADI PENGARAH 'INSTITUTE OF OCEANOGRAPHY' DI BERLIN. IA MENGARANG DAN MENULIS BUKU 'THE THEORY OF 4 LARGE GLACIATION' DALAM TAHUN 1909. PENCK TELAH BEKERJA DI BEBERAPA BUAH NEGARA.
SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment