BURUJ LIBRA
DACING (THE SCALES)
BURUJ
SINGKATAN:
LIB
DESKRIPSI:
BURUJ LIBRA DIGAMBARKAN SEBAGAI SEBUAH DACING ATAU SKALA PENGUKUR..
BURUJ LIBRA TERLETAK DI -1O SELATAN DAN -30O SELATAN SERTA 14h20m DAN 16h03m. BURUJ LIBRA BERADA DI HEMISFERA SELATAN DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +65O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -90O SELATAN. BURUJ LIBRA MEMPUNYAI KELUASAN 538 DARJAH (o) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 29 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ LIBRA IALAH:
~ DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ OPHIUCHUS DAN BURUJ SCORPIUS
~ DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ LUPUS DAN BURUJ CENTAURUS
~ DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ VIRGO DAN BURUJ HYDRA
~ DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT BURUJ VIRGO DAN BURUJ SERPENS CAPUT
BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ LIBRA:
~ BINTANG ALPHA2 LIBRAE DAN BINTANG ALPHA1 LIBRAE MEMBENTUK SATU BINARI YANG 'LUAS' (WIDE BINARY). BINTANG BINARI INI MEMPUNYAI WARNA YANG AMAT BERBEZA ANTARA KEDUA-DUANYA. BINTANG ALPHA2 LIBRAE YANG MERUPAKAN BINTANG UTAMA (PRIMARY STAR) MEMPUNYAI MAGNITUD +2.9 BERWARNA KUNING. MANAKALA, BINTANG ALPHA1 LIBRAE (BINTANG KOMPANI) BERMAGNITUD +5.3 DENGAN WARNA BIRU PUCAT (PALE BLUE). "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA-DUA BINTANG INI ADALAH 314O DAN "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP) ADALAH 231". JARAK YANG LUAS INI MENJADIKAN IA SEBUAH BINARI 'LUAS'.
~ BINTANG IOTA LIBRAE MERUPAKAN SEBUAH BINARI SISTEM BERGANDA (MULTIPLE SYSTEM BINARY). DENGAN MAGNITUD +3.5. MANAKALA, BINTANG KOMPANI BERMAGNITUD +8.2. IANYA BERWARNA JINGGA DAN MERUPAKAN BINTANG 'KERDIL' (DWARF STAR) YANG AGAK RUMIT UNTUK DICERAP DAN DIPISAHKAN DARI BINTANG WASAT JIKA MENGGUNAKAN TELESKOP BERKUASA RENDAH. P.A KEDUA-DUA BINTANG ADALAH PADA 225O DAN SEP IALAH PADA 5.8".
~ BINTANG STRUVE 1962 PULA MERUPAKAN SEBUAH BINARI 'TETAP' (FIXED BINARY) YANG MEMERLUKAN KETELITIAN UNTUK MEMISAHKANNYA DISEBABKAN BINTANG KOMPANI BERMAGNITUD +6.6 BERBANDING DENGAN BINTANG STRUVE 1962 YANG BERMAGNITUD +6.5. P.A KEDUA-DUA BINTANG ADALAH PADA 188O MANAKALA, SEP PULA IALAH PADA 11.9". BINARI INI JUGA MERUPAKAN SEBUAH 'BINARI TETAP' (FIXED BINARY) KERANA TERLALU SEDIKIT PERGERAKAN DI ANTARA KEDUA-DUA BINTANG TERSEBUT. KEDUA-DUA BINTANG MEMPUNYAI MAGNITUD YANG HAMPIR SAMA.
BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ LIBRA:
~ BINTANG DELTA LIBRA DIKELASKAN DALAN KATEGORI "ALGOL-TYPE VARIABLE" DAN MAGNITUD BINTANG DELTA BERUBAH DARI +4.90 KE MAGNITUD +5.90 SETIAP 2.3 HARI.
~ BINTANG 48 LIBRAE (JUGA DIKENALI SEBAGAI FX LIBRAE) ADALAH SEBUAH BINTANG VARIABLE YANG DIKELASKAN DALAM KATEGORI "SEMI-REGULAR VARIABLE". IA BERUBAH MAGNITUD DARI +3.20 KE MAGNITUD +3.90 DALAM JANGKA MASA PURATA 232.9 HARI.
PEMERHATIAN:
BURUJ LIBRA DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~ DALAM BULAN MAC PADA JAM 12 TENGAH MALAM
~ DALAM BULAN APRIL PADA JAM 11 MALAM
~ DALAM BULAN MEI PADA JAM 10 MALAM
~ DALAM BULAN JUN PADA JAM 9 MALAM
~ DALAM BULAN JULAI PADA JAM 8 MALAM
BURUJ LIBRA MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEP SKY' YANG MENARIK.
~ NGC5897
~ NGC5792
~ NGC5812
~ NGC5878
~ NGC5728
~ NGC5890
~ NGC5885
~ NGC5885
HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ LIBRA MENGHASILKAN HUJAN METEOR IAITU:
~ HUJAN METEOR MAY LIBRIDS (MAY LIBRIDS METEOR SHOWER) BERLAKU ANTARA 1 MEI HINGGA 9 MEI. KEMUNCAK (PEAK) HUJAN METEOR BERLAKU PADA 6 MEI. KADAR KEGUGURAN SEJAM (ZENITH HOURLY RATE) HUJAN METEOR INI HANYA ANTARA 2 HINGGA 6 METEOR SEJAM. RADIAN (RADIANT) HUJAN METEOR MAY LIBRIDS ADALAH DI 233O DAN -18O. IA BUKANLAH MERUPAKAN SUATU HUJAN METEOR YANG MENARIK.
SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment