BURUJ CANIS MAJOR
ANJING PEMBURU (THE GREAT HUNTING DOG)
BURUJ
SINGKATAN:
CMA
DESKRIPSI:
BURUJ CANIS MAJOR DIGAMBARKAN SEBAGAI SEEKOR ANJING PEMBURU.
BURUJ CANIS MAJOR TERLETAK DI -10O SELATAN DAN -33O SELATAN SERTA 6h10m DAN 7h30m. BURUJ CANIS MAJOR BERADA DI HEMISFERA SELATAN DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +60O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -90O SELATAN. BURUJ CANIS MAJOR MEMPUNYAI KELUASAN 380 DARJAH (o) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 43 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ CANIS MAJOR IALAH:
~ DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ PUPPIS
~ DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ PUPPIS DAN BURUJ COLUMBA
~ DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ LEPUS DAN BURUJ COLUMBA
~ DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT BURUJ MONOCEROS
BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ CANIS MAJOR:
~ BINTANG SIRIUS B (ALPHA B CANIS MAJORIS) MEMBENTUK SATU BINARI DI MANA BINTANG KOMPANINYA (COMPANION) MENGORBIT SETIAP 50.09 TAHUN. "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA-DUA BINTANG INI ADALAH 150O DAN "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP) ADALAH 4.6".
~ BINTANG MU CANIS MAJORIS MERUPAKAN SEBUAH BINARI SISTEM BERGANDA (MULTIPLE SYSTEM BINARY). DENGAN BINTANG KOMPANI B BERADA PADA P.A 340O DENGAN SEP PADA 3". BINTANG KOMPANI C PULA BERADA PADA P.A 299O DENGAN SEP PADA 88.5". MANAKALA, BINTANG KOMPANI D BERADA PADA P.A 61O DENGAN SEP PADA 101". BINARI INI ADALAH SEBUAH BINARI 'TETAP' (FIXED BINARY) DI MANA KEDUDUKAN BINTANG-BINTANG KOMPANI KEKAL DI POSISI TERSEBUT.
~ BINTANG h3945 PULA MERUPAKAN SEBUAH BINARI YANG MENARIK DAN CANTIK DENGAN BINTANG UTAMA (PRIMARY STAR) BERWARNA EMAS (GOLD). MANAKALA, BINTANG KOMPANI PULA BERWARNA BIRU (BLUE). BINARI INI AMAT SUKAR UNTUK DICERAP. IANYA AMAT MENGUJAKAN APABILA DAPAT DICERAP DISEBABKAN WARNA-WARNA GABUNGAN YANG AMAT MENARIK. BINTANG h3945 BERMAGNITUD +5.0, MANAKALA, BINTANG KOMPANI PULA BERMAGNITUD +6.1. P.A KEDUA-DUA BINTANG INI ADALAH PADA 55O DENGAN SEP PULA PADA 26.6".
BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ CANIS MAJOR:
~ BINTANG BETA CANIS MAJORIS DIKELASKAN DALAN KATEGORI "BETA CEPHEID-TYPE VARIABLE" DAN MAGNITUD BINTANG BETA BERUBAH DARI +1.93 KE MAGNITUD +2.00 DALAM JANGKA MASA 6 JAM 2.6 SAAT. JENIS BINTANG VARIABLE DALAM KELAS INI MENGALAMI PERUBAHAN MAGNITUD DALAM JULAT YANG AMAT KECIL. IANYA TIDAK DAPAT DIKESAN DENGAN MATA KASAR..
~ BINTANG IOTA CANIS MAJORIS DIKELASKAN DALAN KATEGORI "BETA CEPHEID-TYPE VARIABLE" DAN MAGNITUD BINTANG IOTA BERUBAH DARI +4.37 KE MAGNITUD +4.41 DALAM JANGKA MASA 1 JAM 55 MINIT.
~ BINTANG XI1 CANIS MAJORIS DIKELASKAN DALAN KATEGORI "BETA CEPHEID-TYPE VARIABLE" DAN MAGNITUD BINTANG XI1 BERUBAH DARI +3.87 KE MAGNITUD +3.91 SETIAP 5 JAM.
PEMERHATIAN:
BURUJ CANIS MAJOR DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~ DALAM BULAN NOVEMBER PADA JAM 12 TENGAH MALAM
~ DALAM BULAN DISEMBER PADA JAM 11 MALAM
~ DALAM BULAN JANUARI PADA JAM 10 MALAM
~ DALAM BULAN FEBRUARI PADA JAM 9 MALAM
~ DALAM BULAN MAC PADA JAM 8 MALAM
BURUJ CANIS MAJOR MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEP SKY' YANG MENARIK.
~ M41 (NGC2287)
~ NGC2359 (THE THOR'S HELMET)
~ NGC2354
~ NGC2367
~ NGC2362
~ NGC2808
~ NGC2207 DAN IC2163
HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ CANIS MAJOR TIDAK MENGHASILKAN HUJAN METEOR.
SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment