MONS BRADLEY
GUNUNG BRADLEY
KATEGORI:
GUNUNG (MOUNTAIN / MONS)
LOKASI:
MONS BRADLEY TERLETAK DI SUKUAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT MONS BRADLEY IALAH 0.38O TIMUR SERTA 21.72O UTARA. IA BERADA DI BAHAGIAN BANJARAN MONTES APENNINUS REGION.
KELUASAN:
MONS BRADLEY MERUPAKAN SEBUAH GUNUNG DENGAN KETINGGIAN 4,200 METER. IA MEMPUNYAI DIAMETER SELUAS 30 KM.
ERA PEMBENTUKAN:
MONS BRADLEY TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.
CIRI-CIRI:
MONS BRADLEY MERUPAKAN SEBUAH PUNCAK YANG BERADA DI BANJARAN MONTES APENNINUS. IA TERLETAK DI BAHAGIAN TENGAH BANJARAN MONTES APENNINUS YANG MENJAJAR DARI BARAT-DAYA KE TIMUR-LAUT. IA MENGHADAP KAWAH CONON DI SEBELAH TIMUR.
PEMERHATIAN:
MONS BRADLEY MEMPUNYAI FORMASI YANG CUKUP MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA ENAM HARI SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).
PERALATAN:
UNTUK MENCERAP MONS BRADLEY, TELESKOP JENIS 'REFRACTOR' BERKUASA 50 mm DIPERLUKAN.
PENEROKAAN:
TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI MONS BRADLEY.
PENGHORMATAN:
MONS BRADLEY DINAMAKAN SEMPENA JAMES BRADLEY IAITU SEORANG AHLI ASTRONOMI ENGLISH PADA KURUN KE 18 MASIHI. BELIAU DILAHIRKAN DI SHERBORNE, ENGLAND PADA MAC, 1692 DAN MENINGGAL DUNIA DI CHALFORD, ENGLAND PADA 13 JULAI, 1762. JAMES BRADLEY TELAH MENEMUI 'THE ABERRATION OF LIGHT' DALAM TAHUN 1725 - 1728 DAN JUGA 'THE NUTATION OF EARTH AXIS' DALAM TAHUN 1728 -1748. BELIAU TELAH MENJADI PENGARAH "THE OBSERVATORY OF GREENWICH ROYAL ASTRONOMER" (BALAI CERAP DAN PEMERHATIAN DI RAJA ASTRONOMI GREENWICH).
SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment