BURUJ TAURUS
LEMBU JANTAN (THE BULL)
BURUJ
SINGKATAN:
TAU
DESKRIPSI:
BURUJ TAURUS DIGAMBARKAN SEBAGAI SEEKOR LEMBU JANTAN.
BURUJ TAURUS TERLETAK DI -1O SELATAN DAN +31O UTARA SERTA 3h22m DAN 6h01m. BURUJ TAURUS BERADA DI HEMISFERA UTARA DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +90O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -65O SELATAN. BURUJ TAURUS MEMPUNYAI KELUASAN 797 DARJAH (o) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 17 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ TAURUS IALAH:
~ DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ ORION DAN BURUJ GEMINI
~ DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ ORION DAN BURUJ ERIDANUS
~ DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ ARIES DAN BURUJ CETUS
~ DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT BURUJ PERSEUS DAN BURUJ AURIGA
BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ TAURUS:
~ BINTANG THETA2 TAURII DAN BINTANG THETA1 TAURII MEMBENTUK SATU BINARI 'TETAP' (FIXED BINARY) YANG 'LUAS' (WIDE BINARY). BINTANG THETA2 YANG MERUPAKAN BINTANG UTAMA (PRIMARY STAR) MEMPUNYAI MAGNITUD +3.4. MANAKALA, BINTANG THETA1 (BINTANG KOMPANI) BERMAGNITUD +3.8. "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA-DUA BINTANG INI ADALAH 346O DAN "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP) ADALAH 337". JARAK YANG LUAS INI MENJADIKAN IA SEBUAH BINARI 'LUAS'.
~ BINTANG IOTA LIBRAE MERUPAKAN SEBUAH BINARI SISTEM BERGANDA (MULTIPLE SYSTEM BINARY). DENGAN MAGNITUD +3.5. MANAKALA, BINTANG KOMPANI BERMAGNITUD +8.2. IANYA BERWARNA JINGGA DAN MERUPAKAN BINTANG 'KERDIL' (DWARF STAR) YANG AGAK RUMIT UNTUK DICERAP DAN DIPISAHKAN DARI BINTANG WASAT JIKA MENGGUNAKAN TELESKOP BERKUASA RENDAH. P.A KEDUA-DUA BINTANG ADALAH PADA 225O DAN SEP IALAH PADA 5.8".
~ BINTANG STRUVE 1962 PULA MERUPAKAN SEBUAH BINARI 'TETAP' (FIXED BINARY) YANG MEMERLUKAN KETELITIAN UNTUK MEMISAHKANNYA DISEBABKAN BINTANG KOMPANI BERMAGNITUD +6.6 BERBANDING DENGAN BINTANG STRUVE 1962 YANG BERMAGNITUD +6.5. P.A KEDUA-DUA BINTANG ADALAH PADA 188O MANAKALA, SEP PULA IALAH PADA 11.9". BINARI INI JUGA MERUPAKAN SEBUAH 'BINARI TETAP' (FIXED BINARY) KERANA TERLALU SEDIKIT PERGERAKAN DI ANTARA KEDUA-DUA BINTANG TERSEBUT. KEDUA-DUA BINTANG MEMPUNYAI MAGNITUD YANG HAMPIR SAMA.
BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ TAURUS:
~ BINTANG ALPHA TAURII DIKELASKAN DALAN KATEGORI "Lb-TYPE VARIABLE" DAN MAGNITUD BINTANG ALPHA BERUBAH DARI +0.75 KE MAGNITUD +0.95. NAMUN, JANGKAMASA PERUBAHAN INI TIDAK MENENTU DI MANA TIADA MASA TERTENTU SEPERTI MANA BINTANG VARIABLE YANG LAIN BERUBAH DALAM MASA BEBERAPA HARI. PERUBAHAN MAGNITUD BINTANG ALPHA INI AMAT KECIL HINGGA MATA KASAR TIDAK DAPAT MENGESANNYA. CARA YANG DIGUNAKAN ADALAH DENGAN "PHOTOELECTRIC PHOTOMETRY".
~ BINTANG ZETA TAURII DIKELASKAN DALAN KATEGORI "GAMMACAS TYPE VARIABLE" DAN MAGNITUD BINTANG ZETA BERUBAH DARI +2.88 KE MAGNITUD +3.17 DALAM JANGKA MASA 133 HARI.
~ BINTANG LAMBDA TAURII DIKELASKAN DALAN KATEGORI "ECLIPSING TYPE VARIABLE" DAN MAGNITUD BINTANG LAMBDA BERUBAH DARI +3.30 KE MAGNITUD +3.80 SETIAP 3.95 HARI.
~ BINTANG BU TAURII ( JUGA DIKENALI SEBAGAI PLEIONE) ADALAH SEBUAH BINTANG VARIABLE YANG DIKELASKAN DALAM KATEGORI "GAMMACAS TYPE VARIABLE". IA BERUBAH MAGNITUD DARI +4.77 KE MAGNITUD +5.50 DALAM JANGKA MASA YANG TIDAK MENENTU.
~ BINTANG R TAURII ADALAH SEBUAH BINTANG VARIABLE YANG DIKELASKAN DALAM KATEGORI "MIRA TYPE VARIABLE". IA BERUBAH MAGNITUD DARI +7.60 KE MAGNITUD +15.80 DALAM JANGKA MASA 320.9 HARI.
PEMERHATIAN:
BURUJ TAURUS DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~ DALAM BULAN OKTOBER PADA JAM 12 TENGAH MALAM
~ DALAM BULAN NOVEMBER PADA JAM 11 MALAM
~ DALAM BULAN DISEMBER PADA JAM 10 MALAM
~ DALAM BULAN JANUARI PADA JAM 9 MALAM
~ DALAM BULAN FEBRUARI PADA JAM 8 MALAM
BURUJ TAURUS MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEP SKY' YANG MENARIK.
~ MI ATAU DIKENALI JUGA SEBAGAI NGC1952
~ M45 (THE PLEIADES)
~ NGC1555 (HIND'S VARIABLE NEBULA)
~ NGC1647
~ NGC1746
~ NGC1514
~ NGC1587 DAN NGC1589
~ THE HYADES
HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ TAURUS MENGHASILKAN HUJAN METEOR IAITU:
~ HUJAN METEOR TAURIDS (TAURIDS METEOR SHOWER) BERLAKU ANTARA 1 MEI HINGGA 9 MEI. KEMUNCAK (PEAK) HUJAN METEOR BERLAKU PADA 6 MEI. KADAR KEGUGURAN SEJAM (ZENITH HOURLY RATE) HUJAN METEOR INI HANYA ANTARA 2 HINGGA 6 METEOR SEJAM. RADIAN (RADIANT) HUJAN METEOR MAY LIBRIDS ADALAH DI 233O DAN -18O. IA BUKANLAH MERUPAKAN SUATU HUJAN METEOR YANG MENARIK.
~ HUJAN METEOR BETA TAURIDS (BETA TAURIDS METEOR SHOWER)
SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment