"... KAUM 'AAD PUN TELAH MENDUSTAKAN (PULA). MAKA ALANGKAH DAHSYATNYA AZAB-KU DAN ANCAMAN-ANCAMAN-KU. SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENGHEMBUSKAN KEPADA MEREKA ANGIN YANG SANGAT KENCANG PADA HARI NAHAS YANG TERUS MENERUS, YANG MENGGELIMPANGKAN MANUSIA SEAKAN-AKAN MEREKA POKOK KURMA YANG TUMBANG. MAKA BETAPAKAH DAHSYATNYA AZAB-KU DAN ANCAMAN-ANCAMAN-KU. DAN SESUNGGUHNYA TELAH KAMI MUDAHKAN AL-QURAN UNTUK PELAJARAN, MAKA ADAKAH ORANG YANG MENGAMBIL PELAJARAN?
SURAH AL QAMAR (BULAN), JUZUK 27, AYAT 18 HINGGA 22
Friday, May 29, 2015
Tuesday, May 26, 2015
MENGENALI BULAN - SIRI 96
MONS HADLEY DELTA
GUNUNG HADLEY DELTA
KATEGORI:
GUNUNG (MOUNTAIN / MONS)
LOKASI:
MONS HADLEY DELTA TERLETAK DI SUKUAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT MONS HADLEY DELTA IALAH 3.70O TIMUR SERTA 25.72O UTARA. IA BERADA DI BAHAGIAN MONTES APENNINUS REGION..
KELUASAN:
MONS HADLEY DELTA MERUPAKAN SEBUAH GUNUNG DENGAN KETINGGIAN 3,900 METER. IA MEMPUNYAI DIAMETER SELUAS 20 KM.
ERA PEMBENTUKAN:
MONS HADLEY DELTA TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.
CIRI-CIRI:
MONS HADLEY DELTA MERUPAKAN SEBUAH PUNCAK YANG BERADA DI KAWASAN YANG BERGUNUNG TERLETAK DI BANJARAN MONTES APENNINUS. IA TERLETAK DI SELATAN KAWASAN PENDARATAN KAPAL ANGKASA APOLLO 15.
PEMERHATIAN:
MONS HADLEY DELTA MEMPUNYAI FORMASI YANG CUKUP MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA HARI KE ENAM SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).
PERALATAN:
UNTUK MENCERAP MONS HADLEY DELTA, TELESKOP JENIS 'REFRACTOR' BERKUASA 50 mm DIPERLUKAN.
PENEROKAAN:
TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI MONS HADLEY DELTA.
PENGHORMATAN:
MONS HADLEY DELTA DINAMAKAN SEMPENA JOHN HADLEY IAITU SEORANG AHLI MATHEMATIK DAN AHLI FIZIK ENGLAND. IA DILAHIRKAN DI BLOOMSBURY, LONDON PADA 16 APRIL, 1682 DAN MENINGGAL DUNIA DI EAST BARNET, HERTFORDSHIRE PADA 14 FEBRUARI, 1744. IA MERUPAKAN SEORANG PEMBUAT ALATAN ASTRONOMI DAN MENCIPTA 'QUADRANT' DENGAN PANTULAN. BELIAU MENJADI AHLI KELAB 'THE ROYAL SOCIETY OF LONDON' DALAM TAHUN 1717.
SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
MENGENALI BURUJ - BOOTES
BURUJ BOOTES
PENGEMBALA BIRI-BIRI (THE HERDSMAN)
KATEGORI:
BURUJ
SINGKATAN:
BOO
DESKRIPSI:
BURUJ BOOTES DIGAMBARKAN SEBAGAI SEORANG PENGEMBALA.BIRI-BIRI. TERDAPAT BEBERAPA EKOR BIRI-BIRI YANG BERADA DI SEKELILING PENGEMBALA TERSEBUT.
KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ BOOTES TERLETAK DI +7O UTARA DAN +54O UTARA SERTA 13h35m DAN 15h50m. BURUJ BOOTES BERADA DI HEMISFERA UTARA DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +90O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -50O SELATAN. BURUJ BOOTES MEMPUNYAI KELUASAN 907 DARJAH (o) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 13 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ BOOTES IALAH:
~ DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ HERCULES, BURUJ CORONA BOREALIS DAN
BURUJ SERPENS CAPUT
~ DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ VIRGO
~ DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ CANES VENATICI DAN BURUJ COMA
BERENICES
~ DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT BURUJ DRACO DAN BURUJ URSA MAJOR
BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)
BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ BOOTES:
~ BINTANG ZETA BOOTIS MEMBENTUK SATU BINARI YANG PANTAS (FAST BINARY) DI MANA BINTANG KOMPANINYA (COMPANION) MENGORBIT SETIAP 123.4 TAHUN. "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA-DUA BINTANG INI ADALAH 301O DAN "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP) ADALAH 0.9".
~ BINTANG EPSILON BOOTIS MERUPAKAN SEBUAH BINARI TETAP (FIXED BINARY). DENGAN BINTANG KOMPANI BERADA PADA P.A 339O DENGAN SEP PADA 2.8". BINTANG EPSILON BERMAGNITUD +2.5, MANAKALA BINTANG KOMPANI BERMAGNITUD +4.9. IA MERUPAKAN SEBUAH BINARI YANG SUNGGUH MENARIK. BINTANG EPSILON BERWARNA KUNING TERANG (BRIGHT YELLOW) DAN BINTANG KOMPANI PULA BERWARNA BIRU-KEHIJAUAN (BLUE-GREEN).
~ BINTANG KAPPA BOOTIS JUGA MERUPAKAN SEBUAH BINARI YANG MENARIK DAN CANTIK DENGAN BINTANG UTAMA (PRIMARY STAR) BERWARNA KUNING (YELLOW). MANAKALA, BINTANG KOMPANI PULA BERWARNA BIRU GELAP (DEEP BLUE). BINARI INI MEMPUNYAI WARNA YANG BERBEZA. P.A KEDUA-DUA BINTANG INI ADALAH PADA 235O DENGAN SEP PULA PADA 13.4".
~ BINTANG IOTA BOOTIS MERUPAKAN SEBUAH BINARI DENGAN BINTANG KOMPANI BERADA PADA P.A 33O DENGAN SEP PADA 38.5". BINTANG IOTA BERMAGNITUD +4.9, MANAKALA BINTANG KOMPANI BERMAGNITUD +7.5. IA MERUPAKAN SEBUAH BINARI YANG BERADA BERHAMPIRAN DENGAN BINTANG KAPPA BOOTIS.
~ BINTANG MU BOOTIS MERUPAKAN SEBUAH BINARI SISTEM BERGANDA (MULTIPLE SYSTEM BINARY). BINTANG MU BERMAGNITUD +4.3 DENGAN BINTANG KOMPANI B PULA BERMAGNITUD +7.0. KEDUA-DUA BINTANG BERADA PADA P.A 171O DENGAN SEP PADA 108". BINTANG KOMPANI B PULA MEMPUNYAI BINTANG KOMPANI C YANG BERMAGNITUD +7.6. BINTANG B DAN BINTANG C BERADA PADA P.A 7O DENGAN SEP PADA 2.1".
~ BINTANG PI BOOTIS MERUPAKAN SEBUAH BINARI YANG CUKUP MEMPESONAKAN DENGAN BINTANG PI BERMAGNITUD +4.9 DAN BINTING KOMPANI BERMAGNITUD +5.8 BERWARNA BIRU-KEPUTIHAN (BLUE-WHITE). KEDUA-DUA BINTANG BERADA PADA PA 108O DENGAN SEP PADA 5.6".
~ BINTANG XI BOOTIS YANG BERMAGNITUD +4.7 MERUPAKAN SEBUAH BINARI DENGAN BINTANG KOMPANI BERMAGNITUD +7.0 MENGORBIT SETIAP 151 TAHUN. KEDUA-DUA BINTANG BERADA PADA P.A 321O DENGAN SEP PADA 6.8". BINTANG XI BERWARNA KUNING (YELLOW), MANAKALA BINTANG KOMPANI BERWARNA PUTIH-KEMERAH JAMBUAN (WHITE-PINK).
BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ BOOTES:
~ BINTANG DELTA BOOTIS DIKELASKAN DALAN KATEGORI "BETA CEPHEID-TYPE VARIABLE" DAN MAGNITUD BINTANG BETA BERUBAH DARI +1.93 KE MAGNITUD +2.00 DALAM JANGKA MASA 6 JAM 2.6 SAAT. JENIS BINTANG VARIABLE DALAM KELAS INI MENGALAMI PERUBAHAN MAGNITUD DALAM JULAT YANG AMAT KECIL. IANYA TIDAK DAPAT DIKESAN DENGAN MATA KASAR..
~ BINTANG IOTA CANIS MAJORIS DIKELASKAN DALAN KATEGORI "BETA CEPHEID-TYPE VARIABLE" DAN MAGNITUD BINTANG IOTA BERUBAH DARI +4.37 KE MAGNITUD +4.41 DALAM JANGKA MASA 1 JAM 55 MINIT.
~ BINTANG XI1 CANIS MAJORIS DIKELASKAN DALAN KATEGORI "BETA CEPHEID-TYPE VARIABLE" DAN MAGNITUD BINTANG XI1 BERUBAH DARI +3.87 KE MAGNITUD +3.91 SETIAP 5 JAM.
PEMERHATIAN:
BURUJ BOOTES DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~ DALAM BULAN MAC PADA JAM 12 TENGAH MALAM
~ DALAM BULAN APRIL PADA JAM 11 MALAM
~ DALAM BULAN MEI PADA JAM 10 MALAM
~ DALAM BULAN JUN PADA JAM 9 MALAM
~ DALAM BULAN JULAI PADA JAM 8 MALAM
OBJEK 'DEEP SKY':
BURUJ BOOTES MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEP SKY' YANG MENARIK.
~ NGC5248
~ NGC5466
~ NGC5557
~ NGC5676
~ NGC5689
HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ BOOTES MENGHASILKAN HUJAN METEOR (METEOR SHOWER):
~ JANUARY BOOTIDS
~ JUNE BOOTIDS
~ QUADRANTIDS
SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
Friday, May 22, 2015
RENUNGAN JUMAAT
"... SEBELUM MEREKA, TELAH MENDUSTAKAN (PULA) KAUM NUH MAKA MEREKA MENDUSTAKAN HAMBA KAMI (NUH) DAN MENGATAKAN: "DIA SEORANG GILA DAN DIA SUDAH PERNAH DIBERI ANCAMAN". MAKA DIA MENGADU KEPADA TUHANNYA: "BAHAWASANYA AKU INI ADALAH ORANG YANG DIKALAHKAN, OLEH SEBAB ITU MENANGKANLAH (AKU)". MAKA KAMI BUKAKAN PINTU-PINTU LANGIT DENGAN (MENURUNKAN) AIR YANG TERCURAH. DAN KAMI JADIKAN BUMI MEMANCARKAN MATA AIR-MATA AIR MAKA BERTEMULAH AIR-AIR ITU UNTUK SUATU URUSAN YANG SUNGGUH TELAH DITETAPKAN. DAN KAMI ANGKUT NUH KE ATAS (BAHTERA) YANG TERBUAT DARI PAPAN DAN PAKU, YANG BELAYAR DENGAN PEMELIHARAAN KAMI SEBAGAI BALASAN BAGI ORANG-ORANG YANG DIINGKARI (NUH). DAN SESUNGGUHNYA TELAH KAMI JADIKAN KAPAL ITU SEBAGAI PELAJARAN, MAKA ADAKAH ORANG YANG MAHU MENGAMBIL PELAJARAN? ..."
SURAH AL QAMAR (BULAN), JUZUK 27, AYAT 9 HINGGA AYAT 15
SURAH AL QAMAR (BULAN), JUZUK 27, AYAT 9 HINGGA AYAT 15
Tuesday, May 19, 2015
MENGENALI BULAN - SIRI 95
MONS WOLFF
GUNUNG WOLFF
KATEGORI:
GUNUNG (MOUNTAIN / MONS)
LOKASI:
MONS WOLFF TERLETAK DI SUKUAN BARAT-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT MONS WOLFF IALAH 6.80O BARAT SERTA 16.87O UTARA. IA BERADA DI BAHAGIAN TENGGARA MARE IMBRIUM..
KELUASAN:
MONS WOLFF MERUPAKAN SEBUAH GUNUNG DENGAN KETINGGIAN 3,800 METER. IA MEMPUNYAI DIAMETER SELUAS 35 KM.
ERA PEMBENTUKAN:
MONS WOLFF TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.
CIRI-CIRI:
MONS WOLFF MERUPAKAN SEBUAH PUNCAK YANG BERADA DI KAWASAN SELATAN YANG BERGUNUNG TERLETAK DI BANJARAN MONTES APENNINUS. IA KELIHATAN SEAKAN-AKAN MEMBENTUK SUATU GUNUNG YANG SEMPIT YANG MUNCUL DARI KAWASAN MARE IMBRIUM DENGAN STRUKTUR YANG MENJALAR DARI BARAT- DAYA MENUJU KE TIMUR-LAUT MERENTASI PELBAGAI RANGKAIAN PERMUKAAN BULAN.
PEMERHATIAN:
MONS WOLFF MEMPUNYAI FORMASI YANG CUKUP MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA HARI PERTAMA SELEPAS SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA KE SUKU TERAKHIR (LAST QUARTER).
PERALATAN:
UNTUK MENCERAP MONS WOLFF, TELESKOP JENIS 'REFRACTOR' BERKUASA 50 mm DIPERLUKAN.
PENEROKAAN:
TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI MONS WOLFF.
PENGHORMATAN:
MONS WOLFF DINAMAKAN SEMPENA CHRISTIAN VON WOLFF IAITU SEORANG AHLI PHILOSOFI DAN AHLI MATHEMATIK JERMAN PADA KURUN KE 18 MASIHI. BELIAU DILAHIRKAN DI BRESLAU, POLAND PADA 24 JANUARI, 1679 DAN MENINGGAL DUNIA DI HALLE, JERMAN PADA 9 APRIL, 1754. CHRISTIAN VON WOLFF TELAH MENJADI PENGAJAR (TUTOR) KEPADA KANT DAN IA JUGA TELAH MEMPOPULARKAN TEORI "THE LEIBNIZ THEORIES". BELIAU MERUPAKAN PENGARANG BUKU "THE FIRST PHILOSOPHY" DALAM TAHUN 1729.
SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
MENGENALI BURUJ - CANIS MAJOR
BURUJ CANIS MAJOR
ANJING PEMBURU (THE GREAT HUNTING DOG)
BURUJ
SINGKATAN:
CMA
DESKRIPSI:
BURUJ CANIS MAJOR DIGAMBARKAN SEBAGAI SEEKOR ANJING PEMBURU.
BURUJ CANIS MAJOR TERLETAK DI -10O SELATAN DAN -33O SELATAN SERTA 6h10m DAN 7h30m. BURUJ CANIS MAJOR BERADA DI HEMISFERA SELATAN DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +60O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -90O SELATAN. BURUJ CANIS MAJOR MEMPUNYAI KELUASAN 380 DARJAH (o) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 43 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ CANIS MAJOR IALAH:
~ DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ PUPPIS
~ DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ PUPPIS DAN BURUJ COLUMBA
~ DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ LEPUS DAN BURUJ COLUMBA
~ DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT BURUJ MONOCEROS
BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ CANIS MAJOR:
~ BINTANG SIRIUS B (ALPHA B CANIS MAJORIS) MEMBENTUK SATU BINARI DI MANA BINTANG KOMPANINYA (COMPANION) MENGORBIT SETIAP 50.09 TAHUN. "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA-DUA BINTANG INI ADALAH 150O DAN "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP) ADALAH 4.6".
~ BINTANG MU CANIS MAJORIS MERUPAKAN SEBUAH BINARI SISTEM BERGANDA (MULTIPLE SYSTEM BINARY). DENGAN BINTANG KOMPANI B BERADA PADA P.A 340O DENGAN SEP PADA 3". BINTANG KOMPANI C PULA BERADA PADA P.A 299O DENGAN SEP PADA 88.5". MANAKALA, BINTANG KOMPANI D BERADA PADA P.A 61O DENGAN SEP PADA 101". BINARI INI ADALAH SEBUAH BINARI 'TETAP' (FIXED BINARY) DI MANA KEDUDUKAN BINTANG-BINTANG KOMPANI KEKAL DI POSISI TERSEBUT.
~ BINTANG h3945 PULA MERUPAKAN SEBUAH BINARI YANG MENARIK DAN CANTIK DENGAN BINTANG UTAMA (PRIMARY STAR) BERWARNA EMAS (GOLD). MANAKALA, BINTANG KOMPANI PULA BERWARNA BIRU (BLUE). BINARI INI AMAT SUKAR UNTUK DICERAP. IANYA AMAT MENGUJAKAN APABILA DAPAT DICERAP DISEBABKAN WARNA-WARNA GABUNGAN YANG AMAT MENARIK. BINTANG h3945 BERMAGNITUD +5.0, MANAKALA, BINTANG KOMPANI PULA BERMAGNITUD +6.1. P.A KEDUA-DUA BINTANG INI ADALAH PADA 55O DENGAN SEP PULA PADA 26.6".
BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ CANIS MAJOR:
~ BINTANG BETA CANIS MAJORIS DIKELASKAN DALAN KATEGORI "BETA CEPHEID-TYPE VARIABLE" DAN MAGNITUD BINTANG BETA BERUBAH DARI +1.93 KE MAGNITUD +2.00 DALAM JANGKA MASA 6 JAM 2.6 SAAT. JENIS BINTANG VARIABLE DALAM KELAS INI MENGALAMI PERUBAHAN MAGNITUD DALAM JULAT YANG AMAT KECIL. IANYA TIDAK DAPAT DIKESAN DENGAN MATA KASAR..
~ BINTANG IOTA CANIS MAJORIS DIKELASKAN DALAN KATEGORI "BETA CEPHEID-TYPE VARIABLE" DAN MAGNITUD BINTANG IOTA BERUBAH DARI +4.37 KE MAGNITUD +4.41 DALAM JANGKA MASA 1 JAM 55 MINIT.
~ BINTANG XI1 CANIS MAJORIS DIKELASKAN DALAN KATEGORI "BETA CEPHEID-TYPE VARIABLE" DAN MAGNITUD BINTANG XI1 BERUBAH DARI +3.87 KE MAGNITUD +3.91 SETIAP 5 JAM.
PEMERHATIAN:
BURUJ CANIS MAJOR DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~ DALAM BULAN NOVEMBER PADA JAM 12 TENGAH MALAM
~ DALAM BULAN DISEMBER PADA JAM 11 MALAM
~ DALAM BULAN JANUARI PADA JAM 10 MALAM
~ DALAM BULAN FEBRUARI PADA JAM 9 MALAM
~ DALAM BULAN MAC PADA JAM 8 MALAM
BURUJ CANIS MAJOR MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEP SKY' YANG MENARIK.
~ M41 (NGC2287)
~ NGC2359 (THE THOR'S HELMET)
~ NGC2354
~ NGC2367
~ NGC2362
~ NGC2808
~ NGC2207 DAN IC2163
HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ CANIS MAJOR TIDAK MENGHASILKAN HUJAN METEOR.
SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
Subscribe to:
Posts (Atom)