"KAMI TIDAK MENURUNKAN AL-QURAN INI KEPADAMU AGAR KAMU MENJADI SUSAH; TETAPI SEBAGAI PERINGATAN BAGI ORANG YANG TAKUT (KEPADA ALLAH), IAITU DITURUNKAN DARI ALLAH YANG MENCIPTAKAN BUMI DAN LANGIT YANG TINGGI. (IAITU) TUHAN YANG MAHA PEMURAH, YANG BERSEMAYAM DI ATAS 'ARSY. KEPUNYAAN-NYA-LAH SEMUA YANG ADA DI LANGIT, SEMUA YANG DI BUMI, SEMUA YANG DI ANTARA KEDUANYA DAN SEMUA YANG DI BAWAH TANAH..."
SURAH THAAHAA, JUZUK 16, AYAT 2 HINGGA AYAT 6
KITA JAGA ALLAH, ALLAH JAGA KITA. SEDARKAH KITA BAHAWA KITA SEMUA DI KELILINGI OLEH MANUSIA YANG MENGHISAP ROKOK. BERTUAHLAH ORANG YANG TIDAK MENGALAMI SITUASI BEGINI. KITA YANG TIDAK MENGHISAP ROKOK, MENANGGUNG RISIKO YANG LEBIH DAHSYAT DARIPADA PEROKOK ITU SENDIRI. ISLAM TELAH MENGHARAMKAN MENGHISAP ROKOK, BEGITU JUGA DADAH. BANYAK KESAN-KESAN BURUK DARIPADA PERBUATAN MENGHISAP ROKOK. SEBAGAI PEROKOK, MEREKA TIDAK MEMPERDULIKAN ORANG DI SEKELILING MEREKA. SELAGI MEREKA DAPAT MENGHISAP ROKOK, ITU YANG PENTING BAGI MEREKA. ORANG LAIN TANGGUNGLAH RISIKO DARIPADA PERBUATAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB PEROKOK TERSEBUT. HARAM TELAH DIFATWAKAN. MALANGNYA, HARAM ITU TIDAK MENYEDARKAN MEREKA. KITA JAGA ALLAH, ALLAH AKAN JAGA KITA.
No comments:
Post a Comment