Tuesday, June 17, 2014

MENGENALI BURUJ - TELESCOPIUM

BURUJ TELESCOPIUM
TELESKOP (THE TELESCOPE)



KATEGORI:
BURUJ

SINGKATAN:
TEL

DESKRIPSI:
BURUJ TELESCOPIUM DIGAMBARKAN SEBAGAI SEBUAH TELESKOP.

KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ TELESCOPIUM TERLETAK DI -45O SELATAN DAN -57O SELATAN SERTA 18h10m DAN 20h30m. BURUJ TELESCOPIUM BERADA DI HEMISFERA SELATAN DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +40O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -90O SELATAN. BURUJ TELESCOPIUM MEMPUNYAI KELUASAN 252 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 57 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ TELESCOPIUM ADALAH:
~  DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ MICROSCOPIUM DAN BURUJ INDUS
~  DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ PAVO
~  DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ ARA
~  DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT BURUJ SAGITTARIUS DAN BURUJ CORONA AUSTRALIS

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)



BINTANG BINARI:
TIADA BINTANG BINARI (BINARY STAR) DI DALAM BURUJ TELESCOPIUM.

BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ TELESCOPIUM:
~  BINTANG R TELESCOPII ADALAH SEBUAH BINTANG VARIABLE YANG BERUBAH MAGNITUD DARI +7.80 HINGGA KE MAGNITUD +14.00 DALAM JANGKA MASA 462 HARI. IA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "MIRA-TYPE VARIABLE".

PEMERHATIAN:
BURUJ TELESCOPIU DAPAT DILIHAT DALAM BULAN-BULAN BERIKUT:
~  DALAM BULAN MEI PADA JAM 12 TENGAH MALAM
~  DALAM BULAN JUN PADA JAM 11 MALAM
~  DALAM BULAN JULAI PADA JAM 10 MALAM
~  DALAM BULAN OGOS PADA JAM 9 MALAM
~  DALAM BULAN SEPTEMBER PADA JAM 8 MALAM

OBJEK 'DEEPSKY':
BURUJ TELESCOPIUM MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEPSKY' YANG MENARIK:
~  NGC6584
~  NGC6758
~  NGC6851
~  NGC6861
~  NGC6868
~  NGC6893
~  NGC6909
~  IC4889
~  IC4797

HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ TELESCOPIUM TIDAK MENGHASILKAN SEBARANG HUJAN METEOR (METEOR SHOWER)


SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:

             CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                atau
             KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM


No comments:

Post a Comment