Tuesday, June 24, 2014

BILA KITA MULA BERPUASA?

SALAM KEPADA SEMUA.

KITA AKAN MENENGOK ANAK BULAN PADA HARI JUMAAT BERSAMAAN DENGAN 27hb JUN 2014 UNTUK MENENTUKAN PERMULAAN PUASA. BILA KITA AKAN BERPUASA BAGI BULAN RAMADHAN 1435 HIJRAH?

MENGIKUT DATA TERBIT DAN TENGGELAM BULAN DAN MATAHARI, PADA 27hb JUN TERSEBUT, BULAN DAN MATAHARI BERADA PADA POSISI "IJTIMAK" IAITU KEDUDUKAN BUMI, BULAN DAN MATAHARI ADALAH SELARI; YANG AKAN BERLAKU PADA PUKUL 1609 BERSAMAAN PUKUL 4:09 PETANG (WAKTU MALAYSIA). 

PAKAR-PAKAR DAN AHLI FALAK DAN JUGA ULAMA-ULAMA AKAN MELIHAT DAN MENCERAP ANAK BULAN PADA PUKUL 7:30 PETANG. MENGIKUT PENGIRAAN, ANAK BULAN PADA WAKTU TERSEBUT BERUMUR 3 JAM 21 MINIT. ADALAH AGAK SUKAR BAGI KITA MELIHAT ANAK BULAN YANG BERUMUR KURANG DARIPADA 8 JAM.

SECARA TEORINYA, ANAK BULAN TIDAK AKAN KELIHATAN PADA PETANG TERSEBUT MEMANDANGKAN TERLALU MUDA (LEBIH 3 JAM USIA) BULAN. MAKA, KITA AKAN BERPUASA PADA HARI AHAD BERSAMAAN 29hb JUN 2014.

KAMI DI ASTRONOMIKEM MENGUCAPKAN "SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA BAGI TAHUN HIJRAH 1435 DENGAN IKHLAS DAN BANYAK-BANYAKKAN AMALAN DI SIANG HARI DAN GANDA-GANDAKAN IBADAH DI MALAM HARI. SELAMAT BERPUASA DAN MENDAPAT KEBERKATAN "MALAM LAILATUL".

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA.

No comments:

Post a Comment