Thursday, June 5, 2014

RENUNGAN JUMAAT

"... DAN KAMU AKAN MELIHAT MATAHARI KETIKA TERBIT, CONDONG DARI GUA MEREKA KE SEBELAH KANAN, DAN BILA MATAHARI ITU TERBENAM MENJAUHI MEREKA KE SEBELAH KIRI SEDANG MEREKA BERADA DALAM TEMPAT YANG LUAS DALAM GUA ITU. ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARI TANDA-TANDA (KEBESARAN) ALLAH. BARANGSIAPA YANG DIBERI PETUNJUK OLEH ALLAH, MAKA DIALAH YANG MENDAPAT PETUNJUK; DAN BARANGSIAPA YANG DISESATKAN-NYA, MAKA KAMU TAK AKAN MENDAPATKAN SEORANG PEMIMPINPUN YANG DAPAT MEMBERI PETUNJUK KEPADANYA..."

                      SURAH AL KAHFI (GUA), JUZUK 15, AYAT 17


KITA JAGA ALLAH, ALLAH JAGA KITA. BAGAIMANA DENGAN CARA PEMANDUAN KITA SEMASA KITA BERADA DI ATAS JALAN RAYA? ADAKAH IANYA MENYENANGKAN PENGGUNA JALAN RAYA YANG LAIN? ATAU IANYA MENYAKITKAN HATI PENGGUNA JALAN RAYA YANG LAIN? CARA PEMANDUAN KITA MENGGAMBARKAN ADAKAH KITA INI ORANG SYURGA ATAU AHLI NERAKA. KALAU KITA ORANG YANG BERIMAN, TIDAK MUNGKIN CARA PEMANDUAN KITA BAGAI "SETAN TERLEPAS DARI RANTAI". ORANG BERIMAN AKAN BERTIMBANG RASA KEPADA PENGGUNA JALAN RAYA YANG LAIN; TIDAK SAHAJA KEPADA KENDERAAN SEPERTI KERETA DAN LORI, MALAH KEPADA MOTOSIKAL DAN PEJALAN KAKI. SIFAT ORANG BERIMAN DAN BERTAKWA MENDIDIK KITA MENJADI INSAN YANG PENYABAR DAN MENYAYANG WALAUPUN BERADA DI ATAS JALAN RAYA. JADI KEMANA KITA? AHLI SYURGA ATAU AHLI NERAKA? ADAKAH AHLI SYURGA AKAN MELAKUKAN AKSI YANG MERBAHAYAKAN KEPADA PENGGUNA JALAN RAYA YANG LAIN SEPERTI BERLUMBA, MEREMPIT ATAU MEMANDU DENGAN MELULU? KITA JAGA ALLAH, ALLAH AKAN JAGA KITA.

No comments:

Post a Comment