Monday, June 9, 2014

MENGENALI BURUJ - RETICULUM

BURUJ RETICULUM
ALAT MENGUKUR KEDUDUKAN BINTANG (THE RETICLE)



KATEGORI:
BURUJ

SINGKATAN:
RET

DESKRIPSI:
BURUJ RETICULUM DIGAMBARKAN SEBAGAI SEBUAH ALAT MENGUKUR KEDUDUKAN BINTANG.

KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ RETICULUM TERLETAK DI -53O SELATAN DAN -67O SELATAN SERTA 3h10m DAN 4h35m. BURUJ RETICULUM BERADA  DI HEMISFERA SELATAN DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +23O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -90O SELATAN. BURUJ RETICULUM MEMPUNYAI KELUASAN 114 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 82 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ RETICULUM IALAH:
~  DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ DORADO
~  DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ HYDRUS
~  DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ HOROLOGIUM
~  DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT BURUJ HOROLOGIUM

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)



BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ RETICULUM:
~  BINTANG ZETA MERUPAKAN SEBUAH BINTANG BINARI VISUAL (VISUAL BINARY) YANG JAUH (WIDE) DARI KOMPANINYA (COMPANION) YANG BERMAGNITUD +5.5. "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA-DUA BINTANG IALAH 222O DAN "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP) ADALAH 130". KEDUA-DUA BINTANG BERWARNA KUNING.
~  BINTANG THETA MERUPAKAN SEBUAH BINTANG BINARI DENGAN KOMPANI BERMAGNITUD +8.0; P.A PADA 4O DAN SEP PADA 4.1".



BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BINTANG VARIABLE DI DALAM BURUJ RETICULUM:
~  BINTANG GAMMA DIKELASKAN DALAM KATEGORI "SEMI-REGULAR TYPE VARIABLE" DAN MAGNITUD BINTANG GAMMA BERUBAH DARI MAGNITUD +4.42 KE MAGNITUD +4.64 DALAM JANGKA MASA 25 HARI.

PEMERHATIAN:
BURUJ RETICULUM DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~  DALAM BULAN OKTOBER PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~  DALAM BULAN NOVEMBER PADA PUKUL 11 MALAM
~  DALAM BULAN DISEMBER PADA PUKUL 10 MALAM
~  DALAM BULAN JANUARI PADA PUKUL 9 MALAM
~  DALAM BULAN FEBRUARI PADA PUKUL 8 MALAM

OBJEK 'DEEP SKY':
BURUJ RETICULUM MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEP SKY' YANG MENARIK.
~  NGC1559 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG BESAR DAN BERCAHAYA DALAM KEDUDUKAN MENGHADAP (FACE-ON) BUMI. NGC1559 BERMAGNITUD +10.60 DENGAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) +12.60.



~  NGC1313 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI YANG BERMAGNITUD +8.70 DENGAN KECERAHAN +13.10.



~  NGC1543
~  NGC1574
~  IC2056

HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ RETICULUM TIDAK MENGHASILKAN SEBARANG HUJAN METEOR (METEOR SHOWER)


SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:

              CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                  atau
              KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

No comments:

Post a Comment