Tuesday, June 3, 2014

MENGENALI BURUJ - SCUTUM

BURUJ SCUTUM
PERISAI (THE SHEILD)

KATEGORI:
BURUJ

SINGKATAN:
SCT

DESKRIPSI:
BURUJ SCUTUM DIGAMBARKAN SEBAGAI SEBUAH PERISAI.

KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ SCUTUM TERLETAK DI -4O SELATAN DAN -16O SELATAN SERTA 18h22m DAN 18h59m. BURUJ SCUTUM BERADA DI HEMISFERA SELATAN DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +80O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -90O SELATAN. BURUJ SCUTUM MEMPUNYAI KELUASAN 109 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 84 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ SCUTUM IALAH:
~  DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ AQUILA DAN BURUJ SAGITTARIUS
~  DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ SAGITTARIUS
~  DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ SERPENS CAUDA
~  DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT BURUJ SERPENS CAUDA DAN BURUJ AQUILA

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:

BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ SCUTUM:
~  BINTANG DELTA
~  BINTANG EPSILON

BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ SCUTUM.
~  BINTANG DELTA
~  BINTANG R SCUTI

PEMERHATIAN:
BURUJ SCUTUM DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~  DALAM BULAN MEI PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~  DALAM BULAN JUN PADA PUKUL 11 MALAM
~  DALAM BULAN JULAI PADA PUKUL 10 MALAM
~  DALAM BULAN OGOS PADA PUKUL 9 MALAM
~  DALAM BULAN SEPTEMBER PADA PUKUL 8 MALAM

OBJEK 'DEEPSKY':
BURUJ SCUTUM MEMPUNYAI BEBERAPA 'DEEP SKY' OBJEK YANG MENARIK.
~  M11 ATAU NGC6705
~  M26 ATAU NGC6694
~  NGC6625
~  NGC6649
~  NGC6664
~  NGC6712
~  IC1259

HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ SCUTUM MENGHASILKAN HUJAN METEOR SEBANYAK SEKALI DALAM MASA SATU TAHUN.
~  HUJAN METEOR JUNE SCUTIDS

SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:

               CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                   atau
               KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

No comments:

Post a Comment