Saturday, June 28, 2014

RENUNGAN JUMAAT

"DAN APAKAH ORANG-ORANG YANG KAFIR TIDAK MENGETAHUI BAHAWASANYA LANGIT DAN BUMI ITU KEDUANYA DAHULU ADALAH SUATU YANG PADU, KEMUDIAN KAMI PISAHKAN ANTARA KEDUANYA. DAN DARIPADA AIR KAMI JADIKAN SEGALA SESUATU YANG HIDUP. MAKA MENGAPAKAH MEREKA TIADA JUGA BERIMAN? DAN TELAH KAMI JADIKAN DI BUMI INI GUNUNG-GUNUNG YANG KUKUH SUPAYA BUMI ITU (TIDAK) GONCANG BERSAMA MEREKA, DAN TELAH KAMI JADIKAN (PULA) DI BUMI ITU JALAN-JALAN YANG LUAS, AGAR MEREKA MENDAPAT PETUNJUK. DAN KAMI MENJADIKAN LANGIT ITU SEBAGAI ATAP YANG TERPELIHARA, SEDANG MEREKA BERPALING DARI SEGALA TANDA-TANDA (KEKUASAAN ALLAH) YANG TERDAPAT PADANYA. DAN DIALAH YANG TELAH MENCIPTAKAN MALAM DAN SIANG, MATAHARI DAN BULAN. MASING-MASING DARI KEDUANYA ITU BEREDAR DI DALAM GARIS EDARNYA..."

         SURAH AL ANBIYAA' (NABI-NABI), JUZUK 17, AYAT 30 HINGGA 33



KITA JAGA ALLAH, ALLAH JAGA KITA. BULAN RAMADHAN TIBA LAGI BAGI TAHUN 1435 HIJRAH. KITA AKAN MENYAMBUT KEDATANGAN BULAN RAMADHAN ALMUBARAK DENGAN HATI YANG GEMBIRA. PARA-PARA SAHABAT DAN UMAT ISLAM PADA ZAMAN NABI AKAN MERASA BEGITU TERUJA DENGAN KEDATANGAN BULAN RAMADHAN INI. INILAH BULAN YANG MESTI KITA GUNAKAN SEPENUHNYA DALAM MENJALANKAN IBADAH SEPANJANG BULAN YANG MULIA. SETIAP AMALAN YANG KITA LAKUKAN AKAN DIGANDAKAN PAHALANYA. SATU IBADAH SUNAT PADA BULAN-BULAN YANG LAIN, PAHALANYA ADALAH PAHALA SUNAT. TIDAK DALAM BULAN RAMADHAN INI. SATU AMALAN SUNAT, PAHALANYA BERSAMAAN PAHALA AMALAN WAJIB. MANAKALA, AMALAN WAJIB PULA, PAHALANYA DIGANDAKAN 70 KALI. KITA BOLEH BERIBADAT SEPANJANG HARI DAN SEPANJANG MALAM. MARILAH KITA MENGERJAKAN AMALAN DI BULAN YANG MULIA INI DENGAN IKHLAS DAN NIAT YANG SUCI. KITA JAGA ALLAH, ALLAH AKAN JAGA KITA.

Tuesday, June 24, 2014

BILA KITA MULA BERPUASA?

SALAM KEPADA SEMUA.

KITA AKAN MENENGOK ANAK BULAN PADA HARI JUMAAT BERSAMAAN DENGAN 27hb JUN 2014 UNTUK MENENTUKAN PERMULAAN PUASA. BILA KITA AKAN BERPUASA BAGI BULAN RAMADHAN 1435 HIJRAH?

MENGIKUT DATA TERBIT DAN TENGGELAM BULAN DAN MATAHARI, PADA 27hb JUN TERSEBUT, BULAN DAN MATAHARI BERADA PADA POSISI "IJTIMAK" IAITU KEDUDUKAN BUMI, BULAN DAN MATAHARI ADALAH SELARI; YANG AKAN BERLAKU PADA PUKUL 1609 BERSAMAAN PUKUL 4:09 PETANG (WAKTU MALAYSIA). 

PAKAR-PAKAR DAN AHLI FALAK DAN JUGA ULAMA-ULAMA AKAN MELIHAT DAN MENCERAP ANAK BULAN PADA PUKUL 7:30 PETANG. MENGIKUT PENGIRAAN, ANAK BULAN PADA WAKTU TERSEBUT BERUMUR 3 JAM 21 MINIT. ADALAH AGAK SUKAR BAGI KITA MELIHAT ANAK BULAN YANG BERUMUR KURANG DARIPADA 8 JAM.

SECARA TEORINYA, ANAK BULAN TIDAK AKAN KELIHATAN PADA PETANG TERSEBUT MEMANDANGKAN TERLALU MUDA (LEBIH 3 JAM USIA) BULAN. MAKA, KITA AKAN BERPUASA PADA HARI AHAD BERSAMAAN 29hb JUN 2014.

KAMI DI ASTRONOMIKEM MENGUCAPKAN "SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA BAGI TAHUN HIJRAH 1435 DENGAN IKHLAS DAN BANYAK-BANYAKKAN AMALAN DI SIANG HARI DAN GANDA-GANDAKAN IBADAH DI MALAM HARI. SELAMAT BERPUASA DAN MENDAPAT KEBERKATAN "MALAM LAILATUL".

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA.

KOMET HALLEY - SIRI 20

SEJARAH KEMUNCULAN KOMET HALLEY

1145 MASIHI

BERIKUT ADALAH MAKLUMAT KEDUDUKAN KOMET HALLEY.

TARIKH  -  KEDUDUKAN (RA DAN DEC)   - MAGNITUD

APR 15   -  00h40m       +13.1O                   - +3.2
APR 30   -  01h06m       +19.8O                   - +1.2
MEI 10   -  03h59m       +35.5O                   -  -0.6
MEI 15   -  07h29m       +30.8O                   -  -0.3
MEI 20   -  09h16m       +18.2O                   - +0.8
MEI 30   -  10h20m       +07.2O                   - +2.7
JUN 15   -  10h51m       +01.5O                   - +4.7
JUN 30   -  11h05m       +01.1O                   - +5.9


CAMP.ASTRONOMY@GMAIL          atau         KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM


MENGENALI BULAN - SIRI 50

SINUS IRIDUM
TELUK IRIDUM 



KATEGORI:
TELUK (BAY / SINUS)


LOKASI:
SINUS IRIDUM TERLETAK DI SUKUAN BARAT-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT SINUS IRIDUM ADALAH 32.0O BARAT DAN 45.0O UTARA. IA BERADA DI BARAT-LAUT MARE IMBRIUM.

KELUASAN:
SINUS IRIDUM MEMPUNYAI KELUASAN DIAMETER 236 KM.


ERA PEMBENTUKAN:
SINUS IRIDUM TERBENTUK PADA ERA UPPER-IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3.8 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.

CIRI-CIRI:
(UPDATE)


PEMERHATIAN:
SINUS IRIDUM MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DILIHAT PADA HARI KE TIGA SELEPAS SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA HARI KE DUA SELEPAS SUKU TERAKHIR (LAST QUARTER).

PERALATAN:
UNTUK MENCERAP SINUS IRIDUM, TEROPONG BERKUASA 10x DIPERLUKAN.


PENEROKAAN:
TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI SINUS IRIDUM.


SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                   atau
                KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

MENGENALI BURUJ - CANES VENATICI

BURUJ CANES VENATICI
ANJING PEMBURU (THE HUNTING DOG)



KATEGORI:
BURUJ

SINGKATAN:
CVn

DESKRIPSI:
CANES VENATICI DIGAMBARKAN SEBAGAI SEEKOR ANJING PEMBURU.

KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ CANES VENATICI TERLETAK DI +28O UTARA DAN +52O UTARA SERTA 12h05m DAN 14h05m. BURUJ CANES VENATICI BERADA DI HEMISFERA UTARA DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +90O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -40O SELATAN. BURUJ CANES VENATICI MEMPUNYAI KELUASAN 465 DARJAH (o) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 38 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ CANES VENATICI IALAH:
~  DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ BOOTES
~  DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ COMA BERENICES
~  DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ URSA MAJOR
~  DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT BURUJ URSA MAJOR

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)



BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ CANES VENATICI:
~  BINTANG ALPHA2 DAN BINTANG ALPHA1 MEMBENTUK SATU BINARI TETAP (FIXED BINARY) DENGAN BINTANG ALPHA2 MENJADI BINTANG UTAMA (PRIMARY). KEDUA-DUA BINTANG MEMPUNYAI WARNA BIRU KEPUTIHAN. BINTANG ALPHA1 BERMAGNIUD +11.60. "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA-DUA BINTANG INI ADALAH 5O DAN "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP) ADALAH 13".



BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ CANES VENATICI.
~  BINTANG ALPHA2 DIKELASKAN DALAN KATEGORI "ALPHA-CVn-TYPE VARIABLE" DAN MAGNITUD BINTANG ALPHA2 BERUBAH DARI +2.84 KE MAGNITUD +2.98 SETIAP 5.5 HARI.
~  BINTANG Y CVn ADALAH SEBUAH BINTANG VARIABLE YANG DIKELASKAN DALAM KATEGORI "BINTANG SRb". IA TERKENAL SEBAGAI BINTANG YANG MELALUI BEBERAPA PERINGKAT TEMPOH PEREDARAN (PERIODIC CYCLES). IA BERUBAH MAGNITUD DARI +7.40 KE MAGNITUD +10.00 DALAM JANGKA MASA 251.8 HARI.

PEMERHATIAN:
BURUJ CANES VENATICI DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~  DALAM BULAN FEBRUARI PADA JAM 12 TENGAH MALAM
~  DALAM BULAN MAC PADA JAM 11 MALAM
~  DALAM BULAN APRIL PADA JAM 10 MALAM
~  DALAM BULAN MEI PADA JAM 9 MALAM
~  DALAM BULAN JUN PADA JAM 8 MALAM

OBJEK 'DEEP SKY':
BURUJ CANES VENATICI MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEP SKY' YANG MENARIK.



~  MESSIER 3 (M3) ATAU NGC5272 ADALAH SEBUAH KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) YANG DIANGGAP PALING MENARIK BERADA 45,000 TAHUN CAHAYA. IA BERMAGNITUD +6.40 DENGAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) +11.00.



~  M51 ATAU NGC5194 YANG DIKENALI SEBAGAI "THE WHIRLPOOL" GALAKSI MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG PALING MENARIK DI BURUJ CANES VENATICI. IA BERMAGNITUD +8.40 DENGAN KECERAHAN +12.00. M51 DIJUMPAI OLEH LORD ROSS PADA TAHUN 1845. IA BERADA 14 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI.



~  M63 ATAU NGC5055 YANG DIKENALI SEBAGAI "THE SUNFLOWER" GALAKSI YANG MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY). IA MEMPUNYAI 'PUSAT' (CORE) YANG PADAT DAN CERAH. IA MEMPUNYAI BEBERAPA 'LENGAN' BERPUTAR (SPIRAL ARMS). M63 BERMAGNITUD +8.10 DENGAN KECERAHAN +13.20.



~  M94 ATAU NGC4736 JUGA SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG KADANG-KADANG DIANDAIKAN SEBAGAI MENYERUPAI 'KOMET' (COMET-LIKE). PUTARAN PUSAT YANG PADAT DAN CERAH. IA BERMAGNITUD +8.10 DENGAN KECERAHAN +13.10.



~  M106 ATAU NGC4258 JUGA SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY). IA BERMAGNITUD +8.40 DENGAN KECERAHAN +13.60.



~  NGC4244 JUGA MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG BERMAGNITUD +10.40 DENGAN KECERAHAN +14.00.



~  NGC4485 DAN NGC4490 MERUPAKAN GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXIES). KEDUA-DUA GALAKSI INI BERADA DALAM KAWASAN YANG BERHAMPIRAN ANTARA SATU DENGAN LAIN. NGC4485 ADALAH LEBIH PADAT DAN JUGA DIKENALI SEBAGAI "THE COCOON" GALAKSI. MANAKALA, NGC4490 PULA LEBIH BESAR SAIZNYA DAN LEBIH CERAH DARI NGC4485. NGC4485 BERMAGNITUD +11.90 DENGAN KECERAHAN +13.20. MANAKALA, NGC4490 PULA BERMAGNITUD +9.80 DENGAN KECERAHAN +12.90.



~  NGC4531 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG BESAR DAN CERAH. IA BERADA DI KAWASAN YANG TERPINGGIR DAN AGAK 'KOSONG' TANPA OBJEK 'DEEP SKY' YANG LAIN. NGC4531 BERMAGNITUD +9.20 DENGAN KECERAHAN +13.10.

HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ CANES VENATICI MENGHASILKAN HUJAN METEOR SEKALI DALAM SETAHUN:
~  HUJAN METEOR CANES VENATICIDS (METEOR SHOWER) YANG BERLAKU ANTARA JANUARI 13 HINGGA JANUARI 30. KEMUNCAK (PEAK) HUJAN METEOR INI BERLAKU PADA JANUARI 24 / 25. HUJAN METEOR INI TELAH DITEMUI OLEH AHLI ASTRONOMI CZECH BERNAMA ZDENEK SEKANINA. 'RADIAN' HUJAN METEOR INI IALAH RA = 113.4O DENGAN DEC = +124O. IA DIKAITKAN DENGAN ORBIT S1976.

SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL;

                CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                      atau
                KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

Friday, June 20, 2014

RENUNGAN JUMAAT

"KAMI TIADA MENCIPTAKAN LANGIT DAN BUMI DAN APA YANG ADA ANTARA KEDUANYA MELAINKAN DENGAN (TUJUAN) YANG BENAR DAN DALAM WAKTU YANG DITENTUKAN. DAN ORANG-ORANG YANG KAFIR BERPALING DARI APA YANG DIPERINGATKAN KEPADA MEREKA. KATAKANLAH: "TERANGKANLAH KEPADAKU TENTANG APA YANG KAMU SEMBAH SELAIN ALLAH; PERLIHATKAN KEPADA-KU APAKAH YANG MEREKA CIPTAKAN DARI BUMI INI ATAU ADAKAH MEREKA BERSERIKAT (DENGAN ALLAH) DALAM (PENCIPTAAN) LANGIT? BAWALAH KEPADA-KU KITAB YANG SEBELUM (AL-QURAN) INI ATAU PENINGGALAN DARI PENGETAHUAN (ORANG-ORANG DAHULU), JIKA KAMU ADALAH ORANG-ORANG YANG BENAR". DAN SIAPAKAH YANG LEBIH SESAT DARIPADA ORANG YANG MENYEMBAH SEMBAHAN-SEMBAHAN SELAIN ALLAH YANG TIADA DAPAT MEMPERKENANKAN (DOA) NYA SAMPAI HARI KIAMAT DAN MEREKA LALAI DARI (MEMPERHATIKAN) DOA MEREKA?..."

         SURAH AL AHQAAF (BUKIT-BUKIT PASIR); JUZUK 26; AYAT 3 - 5

Tuesday, June 17, 2014

KOMET HALLEY - SIRI 19

SEJARAH KEMUNCULAN KOMET HALLEY

1066 MASIHI

BERIKUT ADALAH MAKLUMAT KEDUDUKAN KOMET HALLEY.

TARIKH  -  KEDUDUKAN (R.A DAN DEC)    -  MAGNITUD
MAC 11  -  23h36m        +04.3O                   - +4.1
MAC 31  -  23h17m        +04.3O                   - +2.1
APR  10  -  23h25m        +05.8O                   - +0.7
APR  20  -  00h54m        +16.2O                   -  -1.2
APR  22  -  02h26m        +23.4O                   -  -1.9
APR  24  -  05h24m        +26.8O                   -  -2.1
APR  26  -  07h46m        +19.3O                   -  -1.3
APR  30  -  09h21m        +09.5O                   - +0.4
MEI  10  -  10h09m        +03.6O                   - +2.7
MEI  30  -  10h33m        +00.7O                   - +5.1


CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM        atau        KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

MENGENALI BULAN - SIRI 49

LACUS MORTIS
TASIK MORTIS (LAKE OF DEATH)




KATEGORI:
TASIK (LAKE / LACUS)


LOKASI:
LACUS MORTIS TERLETAK DI SUKUAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT LACUS MORTIS IALAH 27.0O TIMUR DAN 45.0O UTARA. IA BERADA DI BAHAGIAN TIMUR-LAUT MARE SERENITATIS.

KELUASAN:
LACUS MORTIS MEMPUNYAI KELUASAN DIAMETER 151 KM DENGAN KELUASAN 21,000 KM PERSEGI (2).


ERA PEMBENTUKAN:
LACUS MORTIS TERBENTUK PADA ERA PRE-IMBRIAN IAITU ANTARA -4.55 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.85 BILION TAHUN DAHULU.

CIRI-CIRI:
(UPDATE)


PEMERHATIAN:
LACUS MORTIS MEMPUNYAI FORMASI YANG AGAK MENARIK. IA DAPAT DILIHAT PADA HARI KE LIMA SELEPAS BULAN BAHARU (NEW MOON) HINGGA HARI KE EMPAT SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).

PERALATAN:
UNTUK MENCERAP LACUS MORTIS, TEROPONG BERKUASA 10x DIPERLUKAN.


PENEROKAAN:
TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI LACUS MORTIS.


SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:

          CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                              atau
           KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

MENGENALI BURUJ - TELESCOPIUM

BURUJ TELESCOPIUM
TELESKOP (THE TELESCOPE)



KATEGORI:
BURUJ

SINGKATAN:
TEL

DESKRIPSI:
BURUJ TELESCOPIUM DIGAMBARKAN SEBAGAI SEBUAH TELESKOP.

KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ TELESCOPIUM TERLETAK DI -45O SELATAN DAN -57O SELATAN SERTA 18h10m DAN 20h30m. BURUJ TELESCOPIUM BERADA DI HEMISFERA SELATAN DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +40O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -90O SELATAN. BURUJ TELESCOPIUM MEMPUNYAI KELUASAN 252 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 57 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ TELESCOPIUM ADALAH:
~  DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ MICROSCOPIUM DAN BURUJ INDUS
~  DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ PAVO
~  DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ ARA
~  DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT BURUJ SAGITTARIUS DAN BURUJ CORONA AUSTRALIS

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)



BINTANG BINARI:
TIADA BINTANG BINARI (BINARY STAR) DI DALAM BURUJ TELESCOPIUM.

BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ TELESCOPIUM:
~  BINTANG R TELESCOPII ADALAH SEBUAH BINTANG VARIABLE YANG BERUBAH MAGNITUD DARI +7.80 HINGGA KE MAGNITUD +14.00 DALAM JANGKA MASA 462 HARI. IA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "MIRA-TYPE VARIABLE".

PEMERHATIAN:
BURUJ TELESCOPIU DAPAT DILIHAT DALAM BULAN-BULAN BERIKUT:
~  DALAM BULAN MEI PADA JAM 12 TENGAH MALAM
~  DALAM BULAN JUN PADA JAM 11 MALAM
~  DALAM BULAN JULAI PADA JAM 10 MALAM
~  DALAM BULAN OGOS PADA JAM 9 MALAM
~  DALAM BULAN SEPTEMBER PADA JAM 8 MALAM

OBJEK 'DEEPSKY':
BURUJ TELESCOPIUM MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEPSKY' YANG MENARIK:
~  NGC6584
~  NGC6758
~  NGC6851
~  NGC6861
~  NGC6868
~  NGC6893
~  NGC6909
~  IC4889
~  IC4797

HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ TELESCOPIUM TIDAK MENGHASILKAN SEBARANG HUJAN METEOR (METEOR SHOWER)


SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:

             CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                atau
             KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM


Friday, June 13, 2014

RENUNGAN JUMAAT

"KAMI TIDAK MENURUNKAN AL-QURAN INI KEPADAMU AGAR KAMU MENJADI SUSAH; TETAPI SEBAGAI PERINGATAN BAGI ORANG YANG TAKUT (KEPADA ALLAH), IAITU DITURUNKAN DARI ALLAH YANG MENCIPTAKAN BUMI DAN LANGIT YANG TINGGI. (IAITU) TUHAN YANG MAHA PEMURAH, YANG BERSEMAYAM DI ATAS 'ARSY. KEPUNYAAN-NYA-LAH SEMUA YANG ADA DI LANGIT, SEMUA YANG DI BUMI, SEMUA YANG DI ANTARA KEDUANYA DAN SEMUA YANG DI BAWAH TANAH..."

              SURAH THAAHAA, JUZUK 16, AYAT 2 HINGGA AYAT 6


KITA JAGA ALLAH, ALLAH JAGA KITA. SEDARKAH KITA BAHAWA KITA SEMUA DI KELILINGI OLEH MANUSIA YANG MENGHISAP ROKOK. BERTUAHLAH ORANG YANG TIDAK MENGALAMI SITUASI BEGINI. KITA YANG TIDAK MENGHISAP ROKOK, MENANGGUNG RISIKO YANG LEBIH DAHSYAT DARIPADA PEROKOK ITU SENDIRI. ISLAM TELAH MENGHARAMKAN MENGHISAP ROKOK, BEGITU JUGA DADAH. BANYAK KESAN-KESAN BURUK DARIPADA PERBUATAN MENGHISAP ROKOK. SEBAGAI PEROKOK, MEREKA TIDAK MEMPERDULIKAN ORANG DI SEKELILING MEREKA. SELAGI MEREKA DAPAT MENGHISAP ROKOK, ITU YANG PENTING BAGI MEREKA. ORANG LAIN TANGGUNGLAH RISIKO DARIPADA PERBUATAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB PEROKOK TERSEBUT. HARAM TELAH DIFATWAKAN. MALANGNYA, HARAM ITU TIDAK MENYEDARKAN MEREKA. KITA JAGA ALLAH, ALLAH AKAN JAGA KITA.

Monday, June 9, 2014

KOMET HALLEY - SIRI 18

SEJARAH KEMUNCULAN KOMET HALLEY

989 MASIHI

BERIKUT ADALAH MAKLUMAT KEDUDUKAN KOMET HALLEY.

TARIKH -  KEDUDUKAN (RA DAN DEC) - MAGNITUD
OGO 02  -  05h58m          +30.8o                   - +4.9
OGO 12  -  07h30m          +37.5o                   - +3.0
OGO 17  -  09h25m          +38.4o                   - +2.0
OGO 22  -  11h53m          +27.6o                   - +1.5
SEP  01   -  14h07m          +02.5o                   - +2.1
SEP  11   -  14h36m           -06.8o                   - +2.8
SEP  21   -  14h40m           -10.9o                   - +2.8
OKT 01   -  14h39m           -13.4o                   - +3.5



CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM   
        

KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

MENGENALI BULAN - SIRI 48

LACUS TEMPORIS
TASIK TEMPORIS (LAKE OF TIME)




KATEGORI:
TASIK (LAKE / LACUS)


LOKASI:
LACUS TEMPORIS TERLETAK DI SUKUAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT LACUS TEMPORIS ADALAH 57.0O TIMUR DAN 46.0O UTARA. IA BERADA DI BAHAGIAN TENGGARA KAWAH ATLAS.

KELUASAN:
LACUS TEMPORIS MEMPUNYAI KELUASAN DIAMETER 157 KM.


ERA PEMBENTUKAN:
LACUS TEMPORIS TERBENTUK PADA ERA PRE-IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -4.55 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.85 BILION TAHUN DAHULU.

CIRI-CIRI:
(UP-DATE)


PEMERHATIAN:
LACUS TEMPORIS MEMPUNYAI FORMASI YANG AGAK MENARIK. IA DAPAT DILIHAT PADA HARI KE TIGA SELEPAS BULAN BAHARU (NEW MOON) HINGGA HARI KE DUA SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).       

PERALATAN:
UNTUK MENCERAP LACUS TEMPORIS, TEROPONG BERKUASA 10x DIPERLUKAN.


PENEROKAAN:
TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI LACUS TEMPORIS.


SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                   CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                          atau
                   KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

MENGENALI BURUJ - RETICULUM

BURUJ RETICULUM
ALAT MENGUKUR KEDUDUKAN BINTANG (THE RETICLE)



KATEGORI:
BURUJ

SINGKATAN:
RET

DESKRIPSI:
BURUJ RETICULUM DIGAMBARKAN SEBAGAI SEBUAH ALAT MENGUKUR KEDUDUKAN BINTANG.

KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ RETICULUM TERLETAK DI -53O SELATAN DAN -67O SELATAN SERTA 3h10m DAN 4h35m. BURUJ RETICULUM BERADA  DI HEMISFERA SELATAN DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +23O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -90O SELATAN. BURUJ RETICULUM MEMPUNYAI KELUASAN 114 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 82 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ RETICULUM IALAH:
~  DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ DORADO
~  DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ HYDRUS
~  DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ HOROLOGIUM
~  DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT BURUJ HOROLOGIUM

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)



BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ RETICULUM:
~  BINTANG ZETA MERUPAKAN SEBUAH BINTANG BINARI VISUAL (VISUAL BINARY) YANG JAUH (WIDE) DARI KOMPANINYA (COMPANION) YANG BERMAGNITUD +5.5. "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA-DUA BINTANG IALAH 222O DAN "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP) ADALAH 130". KEDUA-DUA BINTANG BERWARNA KUNING.
~  BINTANG THETA MERUPAKAN SEBUAH BINTANG BINARI DENGAN KOMPANI BERMAGNITUD +8.0; P.A PADA 4O DAN SEP PADA 4.1".



BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BINTANG VARIABLE DI DALAM BURUJ RETICULUM:
~  BINTANG GAMMA DIKELASKAN DALAM KATEGORI "SEMI-REGULAR TYPE VARIABLE" DAN MAGNITUD BINTANG GAMMA BERUBAH DARI MAGNITUD +4.42 KE MAGNITUD +4.64 DALAM JANGKA MASA 25 HARI.

PEMERHATIAN:
BURUJ RETICULUM DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~  DALAM BULAN OKTOBER PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~  DALAM BULAN NOVEMBER PADA PUKUL 11 MALAM
~  DALAM BULAN DISEMBER PADA PUKUL 10 MALAM
~  DALAM BULAN JANUARI PADA PUKUL 9 MALAM
~  DALAM BULAN FEBRUARI PADA PUKUL 8 MALAM

OBJEK 'DEEP SKY':
BURUJ RETICULUM MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEP SKY' YANG MENARIK.
~  NGC1559 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG BESAR DAN BERCAHAYA DALAM KEDUDUKAN MENGHADAP (FACE-ON) BUMI. NGC1559 BERMAGNITUD +10.60 DENGAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) +12.60.



~  NGC1313 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI YANG BERMAGNITUD +8.70 DENGAN KECERAHAN +13.10.



~  NGC1543
~  NGC1574
~  IC2056

HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ RETICULUM TIDAK MENGHASILKAN SEBARANG HUJAN METEOR (METEOR SHOWER)


SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:

              CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                  atau
              KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

Thursday, June 5, 2014

RENUNGAN JUMAAT

"... DAN KAMU AKAN MELIHAT MATAHARI KETIKA TERBIT, CONDONG DARI GUA MEREKA KE SEBELAH KANAN, DAN BILA MATAHARI ITU TERBENAM MENJAUHI MEREKA KE SEBELAH KIRI SEDANG MEREKA BERADA DALAM TEMPAT YANG LUAS DALAM GUA ITU. ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARI TANDA-TANDA (KEBESARAN) ALLAH. BARANGSIAPA YANG DIBERI PETUNJUK OLEH ALLAH, MAKA DIALAH YANG MENDAPAT PETUNJUK; DAN BARANGSIAPA YANG DISESATKAN-NYA, MAKA KAMU TAK AKAN MENDAPATKAN SEORANG PEMIMPINPUN YANG DAPAT MEMBERI PETUNJUK KEPADANYA..."

                      SURAH AL KAHFI (GUA), JUZUK 15, AYAT 17


KITA JAGA ALLAH, ALLAH JAGA KITA. BAGAIMANA DENGAN CARA PEMANDUAN KITA SEMASA KITA BERADA DI ATAS JALAN RAYA? ADAKAH IANYA MENYENANGKAN PENGGUNA JALAN RAYA YANG LAIN? ATAU IANYA MENYAKITKAN HATI PENGGUNA JALAN RAYA YANG LAIN? CARA PEMANDUAN KITA MENGGAMBARKAN ADAKAH KITA INI ORANG SYURGA ATAU AHLI NERAKA. KALAU KITA ORANG YANG BERIMAN, TIDAK MUNGKIN CARA PEMANDUAN KITA BAGAI "SETAN TERLEPAS DARI RANTAI". ORANG BERIMAN AKAN BERTIMBANG RASA KEPADA PENGGUNA JALAN RAYA YANG LAIN; TIDAK SAHAJA KEPADA KENDERAAN SEPERTI KERETA DAN LORI, MALAH KEPADA MOTOSIKAL DAN PEJALAN KAKI. SIFAT ORANG BERIMAN DAN BERTAKWA MENDIDIK KITA MENJADI INSAN YANG PENYABAR DAN MENYAYANG WALAUPUN BERADA DI ATAS JALAN RAYA. JADI KEMANA KITA? AHLI SYURGA ATAU AHLI NERAKA? ADAKAH AHLI SYURGA AKAN MELAKUKAN AKSI YANG MERBAHAYAKAN KEPADA PENGGUNA JALAN RAYA YANG LAIN SEPERTI BERLUMBA, MEREMPIT ATAU MEMANDU DENGAN MELULU? KITA JAGA ALLAH, ALLAH AKAN JAGA KITA.

Tuesday, June 3, 2014

KOMET HALLEY - SIRI 17

SEJARAH KEMUNCULAN KOMET HALLEY

912 MASIHI

BERIKUT ADALAH MAKLUMAT KEDUDUKAN KOMET HALLEY.

TARIKH -  KEDUDUKAN (RA & DEC)  - MAGNITUD
JUN 29  -  04h44m      +31.8O             - +3.8
JUL  09  -  06h26m      +40.0O             - +2.0
JUL  14  -  08h28m      +39.9O             - +1.4
JUL  19  -  10h34m      +29.3O             - +1.4
JUL  29  -  12h21m      +08.2O             - +2.1
OGO 08 -  12h49m       -00.5O             - +2.5
OGO 18 -  12h59m       -04.8O             - +3.6


CAMP.ASTRONOMY@GMAIL         atau          KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

MENGENALI BULAN - SIRI 47

LACUS LENITATIS
TASIK LENITATIS (LAKE OF TENDERNESS)



KATEGORI:
TASIK (LAKE / LACUS)

LOKASI:
LACUS LENITATIS TERLETAK DI SUKUAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT LACUS LENITATIS ADALAH 14.0O UTARA DAN 12.0O TIMUR. IA BERADA DI BAHAGIAN BARAT-DAYA MARE SERENITATIS.


KELUASAN:
LACUS LENITATIS BERKELUASAN DIAMETER 80 KM.

ERA PEMBENTUKAN:
LACUS LENITATIS TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.

CIRI-CIRI:
(UPDATE)


PEMERHATIAN:
LACUS LENITATIS MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DICERAP 6 HARI SELEPAS BULAN BAHARU (NEW MOON) HINGGA HARI KE LIMA SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).

PERALATAN:
UNTUK MENCERAP LACUS LENITATIS, TELESKOP JENIS 'REFRACTOR' BERKUASA 50 mm DIPERLUKAN.


PENEROKAAN:
TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI LACUS LENITATIS.


SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                  CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                   atau
                   KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM


"EVERYONE IS A MOON, AND HAS A DARK SIDE WHICH HE NEVER SHOWS TO ANYBODY" ~MARK TWAIN.

MENGENALI BURUJ - SCUTUM

BURUJ SCUTUM
PERISAI (THE SHEILD)

KATEGORI:
BURUJ

SINGKATAN:
SCT

DESKRIPSI:
BURUJ SCUTUM DIGAMBARKAN SEBAGAI SEBUAH PERISAI.

KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ SCUTUM TERLETAK DI -4O SELATAN DAN -16O SELATAN SERTA 18h22m DAN 18h59m. BURUJ SCUTUM BERADA DI HEMISFERA SELATAN DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +80O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -90O SELATAN. BURUJ SCUTUM MEMPUNYAI KELUASAN 109 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 84 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ SCUTUM IALAH:
~  DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ AQUILA DAN BURUJ SAGITTARIUS
~  DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ SAGITTARIUS
~  DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ SERPENS CAUDA
~  DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT BURUJ SERPENS CAUDA DAN BURUJ AQUILA

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:

BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ SCUTUM:
~  BINTANG DELTA
~  BINTANG EPSILON

BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ SCUTUM.
~  BINTANG DELTA
~  BINTANG R SCUTI

PEMERHATIAN:
BURUJ SCUTUM DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~  DALAM BULAN MEI PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~  DALAM BULAN JUN PADA PUKUL 11 MALAM
~  DALAM BULAN JULAI PADA PUKUL 10 MALAM
~  DALAM BULAN OGOS PADA PUKUL 9 MALAM
~  DALAM BULAN SEPTEMBER PADA PUKUL 8 MALAM

OBJEK 'DEEPSKY':
BURUJ SCUTUM MEMPUNYAI BEBERAPA 'DEEP SKY' OBJEK YANG MENARIK.
~  M11 ATAU NGC6705
~  M26 ATAU NGC6694
~  NGC6625
~  NGC6649
~  NGC6664
~  NGC6712
~  IC1259

HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ SCUTUM MENGHASILKAN HUJAN METEOR SEBANYAK SEKALI DALAM MASA SATU TAHUN.
~  HUJAN METEOR JUNE SCUTIDS

SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:

               CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                   atau
               KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM