Monday, September 21, 2015

MENGENALI BURUJ - MONOCEROS

BURUJ MONOCEROS
KUDA BERTANDUK (THE UNICORN)


KATEGORI:
BURUJ

SINGKATAN:
MON

DESKRIPSI DAN MITOS:
(UPDATE)

KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ MONOCEROS TERLETAK DI +12O UTARA DAN -11O SELATAN SERTA 5h55m DAN 8h10m. BURUJ MONOCEROS BERADA DI GARIS KHATULISTIWA DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +75O UTARA HINGGA -90O SELATAN. BURUJ MONOCEROS MEMPUNYAI KELUASAN 482 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 35 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ MONOCEROS IALAH:
~  DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ HYDRA DAN BURUJ CANIS MINOR
~  DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ PUPPIS, BURUJ CANIS MAJOR DAN BURUJ LEPUS
~  DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ ORION
~  DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT PULA BURUJ GEMINI

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)

BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ MONOCEROS:
~  BINTANG BETA MERUPAKAN SATU BINTANG BINARI BERBILANG SISTEM (MULTIPLE SYSTEM BINARY) DENGAN KOMPANI (COMPANION) NYA BINTANG B DAN BINTANG CKOMPANI B BERMAGNITUD +5.2. "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA BINTANG ADALAH 132O DAN "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP) IALAH PADA 7.3". MANAKALA, KOMPANI C PULA BERMAGNITUD +6.1; P.A PADA 124O DENGAN SEP PADA 10". BINARI INI ADALAH BINARY TETAP (FIXED BINARY).
~  BINTANG EPSILON YANG MERUPAKAN BINTANG BINARI TETAP (FIXED BINARY) DENGAN KOMPANI BERMAGNITUD +6.5; P.A PADA 27O DAN SEP PADA 13".


BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ MONOCEROS.
~  BINTANG R MONOCEROTIS ADALAH SATU BINTANG VARIABLE YANG BERUBAH MAGNITUD DARI +10.0 HINGGA KE MAGNITUD +12.0. IA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "RW AURIGAE TYPE VARIABLE"

PEMERHATIAN:
BURUJ MONOCEROS DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~  DALAM BULAN NOVEMBER PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~  DALAM BULAN DISEMBER PADA PUKUL 11 MALAM
~  DALAM BULAN JANUARI PADA PUKUL 10 MALAM
~  DALAM BULAN FEBRUARI PADA PUKUL 9 MALAM
~  DALAM BULAN MAC PADA PUKUL 8 MALAM

OBJEK 'DEEPSKY':
BURUJ MONOCEROS MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEPSKY' YANG MENARIK.
~  NGC2237 ATAU "THE ROSSETE NEBULA" MERUPAKAN SEBUAH NEBULA DENGAN GAS TERSEBAR MELIPUTI KAWASAN YANG LUAS. NGC2237 DIKENALI JUGA DENGAN NAMA NGC2238, NGC2239 DAN NGC2246, TETAPI NGC2237 DIGUNAKAN UNTUK OBJEK 'DEEPSKY' INI. DI SAMPING ITU, NGC2237 JUGA 'MENELAN' (ENGULF) NGC2244  IAITU SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) KE DALAMNYA. NGC2237 BERMAGNITUD +5.50 DENGAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) +14.44.


~  NGC2244 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG BERADA DI 'PUSAT' NGC2237. NGC2244 BERMAGNITUD +6.20.


~  NGC2264 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG BESAR DAN CERAH YANG DIKAITKAN DENGAN "THE CONE NEBULA". NGC2264 SEBENARNYA DIKELILINGI OLEH GAS YANG DISEBAR DAN DIBEBASKAN. "THE CONE NEBULA" IALAH SEBUAH NEBULA GELAP (DARK NEBULA) YANG TERLETAK DI BAHAGIAN SELATAN NGC2264. IA BERMAGNITUD +3.90 DENGAN KECERAHAN +10.15. NGC2264 MERANGKUMI "THE CONE NEBULA", "THE CHRISTMAS TREE CLUSTER" DAN JUGA KLUSTER TERBUKA. (GAMBAR DI BAWAH - "THE CONE NEBULA" BERADA DI SEBELAH KANAN BERBENTUK 'CONE', "THE CHRISTMAS TREE" BERADA DI DI SEBELAH KIRI HINGGA KE "THE CONE NEBULA", MANAKALA NGC2264 BERADA DI 'TENGAH' "THE CHRISTMAS TREE")


~  M50 ATAU NGC2323 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG MENGANDUNGI LEBIH KURANG 100 BIJI BINTANG YANG CERAH. WALAU BEGITU, M50 KELIHATAN DALAM KLUSTER YANG AGAK RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN. IA DAPAT DILIHAT DENGAN MATA KASAR DALAM SITUASI LANGIT YANG GELAP. M50 BERMAGNITUD +5.90 DENGAN KECERAHAN +12.00.


~  NGC2346 ATAU DIKENALI JUGA SEBAGAI "THE BUTTERFLY NEBULA" MERUPAKAN SEBUAH NEBULA PLANETARI (PLANETARY NEBULA). BINTANG DI 'PUSAT' NEBULA INI MERUPAKAN SEBUAH BINARI DI MANA BINTANG KOMPANI MENGORBIT SETIAP 16 HARI. BINTANG TERSEBUT JUGA MERUPAKAN SEBUAH BINTANG VARIABLE KERANA MAGNITUD YANG BERUBAH-UBAH DI SEBABKAN DEBU-DEBU DI SEKELILINGNYA. 'KEPAK' TERBENTUK OLEH ANGIN DAN GAS DARIPADA 'HABA' YANG DIPANCARKAN OLEH BINTANG TERSEBUT. NGC2346 BERADA 2,300 TAHUN CAHAYA DARI BUMI.


~  "PLASKETT'S STAR"  MERUPAKAN SEBUAH BINARI 'SPETROSKOPIK' (SPECTROSCOPIC BINARY) YANG TERLETAK 5,245 TAHUN CAHAYA. IA MERUPAKAN SALAH SATU DARIPADA BINARI YANG 'BESAR' (MASSIVE BINARY) PERNAH DIKETAHUI DENGAN JUMLAH 'MASS' LEBIH KURANG SERATUS KALI 'MASS' MATAHARI. BINTANG INI DINAMAKAN SEMPERNA JOHN STANLEY PLASKETT, SEORANG AHLI ASTRONOMI KANADA, YANG MENEMUI BINTANG BINARI INI DALAM TAHUN 1922. BINTANG KOMPANI MENGORBIT SETIAP 14.396 HARI. "PLASKETT'S STAR" BERMAGNITUD +6.06.



HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ MONOCEROS MENGHASILKAN HUJAN METEOR (METEOR SHOWER) SEBANYAK DUA KALI DALAM MASA SATU TAHUN.
~  HUJAN METEOR DECEMBER MONOCERIDS (METEOR SHOWER) YANG DIKAITKAN DENGAN KOMET ENCKE. 'KADAR KEGUGURAN SEJAM' (ZENITH HOURLY RATE - ZHR) HANYA 8 HINGGA 10 METEOR. IA MERUPAKAN HUJAN METEOR 'KECIL' (MINOR).
~  HUJAN METEOR ALPHA MONOCERIDS (METEOR SHOWER) PULA BERLANJUTAN DARI JUN 5 HINGGA JULAI 17 SETIAP TAHUN. KEMUNCAK HUJAN METEOR INI BERLAKU PADA JUN 26 DAN IA BER'PUSAT' (RADIANT) BERHAMPIRAN DENGAN BINTANG ALNATH (BETA MONOCEROTIS). 'KADAR KEGUGURAN SEJAM' (ZHR) LEBIH BANYAK IAITU ANGGARAN 25 METEOR SEJAM.


SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN E-MAIL KE:

                       CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                              atau
                       KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

No comments:

Post a Comment