BURUJ PEGASUS
KUDA BERKEPAK (WINGED HORSE)
KATEGORI:
BURUJ
SINGKATAN:
PEG
DESKRIPSI DAN MITOS:
(UPDATE)
KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ PEGASUS TERLETAK DI +2O UTARA DAN +36O UTARA SERTA 21h10m DAN 0h10m. BURUJ PEGASUS BERADA DI HEMISFERA UTARA DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +90O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -60O SELATAN. BURUJ PEGASUS MEMPUNYAI KELUASAN 1121 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 7 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ PEGASUS IALAH:
~ DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ ANDROMEDA DAN BURUJ PISCES
~ DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ PISCES DAN BURUJ AQUARIUS
~ DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ VULPECULA, BURUJ DELPHINUS DAN BURUJ EQUULEUS
~ DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT BURUJ ANDROMEDA, BURUJ LACERTA DAN BURUJ CYGNUS
BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)
BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ PEGASUS IALAH:
~ BINTANG KAPPA MERUPAKAN SATU BINARI YANG 'HAMPIR' (CLOSE) DENGAN KOMPANI (COMPANION) NYA YANG MENGORBIT SETIAP 11.52 TAHUN. KOMPANI BERMAGNITUD +5.3. "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA BINTANG INI IALAH 132O DAN "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP) ADALAH 0.2".
BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BINTANG VARIABLE DI DALAM BURUJ PEGASUS.
~ BINTANG EPSILON DIKELASKAN DALAM KATEGORI "IRREGULAR (Lb) TYPE VARIABLE" DAN MAGNITUD BINTANG EPSILON BERUBAH DARI MAGNITUD +0.70 KE MAGNITUD +3.50. KEBIASAANNYA IA KEKAL PADA MAGNITUD +2.40.
PEMERHATIAN:
BURUJ PEGASUS DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~ DALAM BULAN JULAI PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~ DALAM BULAN OGOS PADA PUKUL 11 MALAM
~ DALAM BULAN SEPTEMBER PADA PUKUL 10 MALAM
~ DALAM BULAN OKTOBER PADA PUKUL 9 MALAM
~ DALAM BULAN NOVEMBER PADA PUKUL 8 MALAM
OBJEK 'DEEPSKY':
BURUJ PEGASUS MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEPSKY' YANG MENARIK.
~ M15 ATAU NGC7078 MERUPAKAN SALAH SATU KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) YANG MENARIK DI LANGIT. M15 SANGAT CERAH DAN PADAT. M15 BERMAGNITUD +6.40 DENGAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) +11.00.
~ NGC7331 IALAH SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) MENYERUPAI GALAKSI BIMA SAKTI (MILKY WAY). NGC7331 BERMAGNITUD +9.50 DENGAN KECERAHAN +13.30. IA BERADA BERHAMPIRAN DENGAN "STEPHAN'S QUINTET".
~ NGC7479 JUGA SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY). NGC7479 BERMAGNITUD +10.90 DENGAN KECERAHAN +13.40.
~ "STEPHAN'S QUINTET" MERUPAKAN HIMPUNAN KLUSTER GALAKSI (GALAXY CLUSTER) YANG BERADA BERHAMPIRAN DENGAN NGC7331. IA TERDIRI DARIPADA 5 BUAH GALAKSI YANG MENARIK DAN CANTIK. EMPAT DARIPADA LIMA GALAKSI TERSEBUT MEMBENTUK KUMPULAN GALAKSI 'PADAT' (COMPACT GALAXY GROUP) YANG PERTAMA DITEMUI DALAM TAHUN 1877 OLEH EDOUARD STEPHAN. "STEPHAN'S QUINTET" TERDIRI DARIPADA GALAKSI NGC7317 (JARAK: 347 JUTA TAHUN CAHAYA DENGAN MAGNITUD +14.57); NGC7318A (JARAK: 349 JUTA TAHUN CAHAYA DENGAN MAGNITUD +14.30); NGC7318B (JARAK: 304 JUTA TAHUN CAHAYA DENGAN MAGNITUD +13.90); NGC7319 (JARAK: 359 JUTA TAHUN CAHAYA DENGAN MAGNITUD +14.10) DAN NGC7320 (JARAK: 45 JUTA TAHUN CAHAYA DENGAN MAGNITUD +16.70). GALAKSI NGC7318A DAN NGC7318B BERLANGGAR DAN MENGHASILKAN GELOMBANG ANTARA GALAKTIK YANG BESAR (HUGE INTERGALATIC SHOCK WAVE) DAN MEMBENTUK GAS BERWARNA HIJAU BERSINAR. (GREEN GLOW).
HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ PEGASUS MENGHASILKAN HUJAN METEOR (METEOR SHOWER) SEKALI SETAHUN.
~ HUJAN METEOR JULY PEGASIDS (METEOR SHOWER) BERLAKU ANTARA JULAI 7 HINGGA JULAI 13 SETIAP TAHUN. KEMUNCAK HUJAN METEOR INI BERLAKU PADA JULAI 9 DENGAN 'KADAR KEGUGURAN SEJAM' (ZENITH HOURLY RATE - ZHR) HANYA 3 METEOR. 'PUSAT' (RADIANT) HUJAN METEOR INI IALAH 5O KE BARAT BINTANG ALPHA PEGASI. HUJAN METEOR JULY PEGASIDS DIPERCAYAI BERPUNCA DARIPADA KOMET C/1979Y1 (BRADFIELD). IA MERUPAKAN HUJAN METEOR YANG LEMAH DAN 'MINOR"
SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment