Monday, September 28, 2015

MENGENALI BULAN - SIRI 114

LACUS AUTUMN
TASIK AUTUMN
(LAKE OF AUTUMN)




KATEGORI: 
TASIK (LAKE)


LOKASI:
LACUS AUTUMNI TERLETAK DI SUKUAN BARAT-DAYA PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT LACUS AUTUMNI IALAH 82.0o BARAT SERTA 14.0o SELATAN. IA BERADA DI BAHAGIAN PINGGIRAN BARAT BULAN.


KELUASAN:
LACUS AUTUMNI MEMPUNYAI KELUASAN BERDIAMETER 183 km.


ERA PEMBENTUKAN:
PEMBENTUKAN LACUS AUTUMNI TIDAK DAPAT DIPASTIKAN.


CIRI-CIRI:
LACUS AUTUMNI MERUPAKAN SEBUAH TASIK DENGAN KEADAAN LANTAI YANG RATA DAN BERWARNA KEHITAMAN. IA BERADA DI ANTARA MONTES CORDILLERA DENGAN MONTES ROOK.


PEMERHATIAN:
LACUS AUTUMNI MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA BULAN PENUH (FULL MOON) HINGGA HARI KE ENAM SELEPAS SUKU YERAKHIR (LAST QUARTER).


PERALATAN:
UNTUK MENCERAP LACUS AUTUMNI, REFRACTOR BERKUASA 50 mm DIPERLUKAN.


PENEROKAAN:
TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI LACUS AUTUMNI.



SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE EMAIL:

                CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                        atau
                KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

No comments:

Post a Comment