Tuesday, September 1, 2015

MENGENALI BURUJ - CAPRICORNUS


BURUJ CAPRICORNUS
KAMBING LAUT (THE SEA GOAT)


KATEGORI:
BURUJ

SINGKATAN:
CAP

DESKRIPSI:
(UPDATE)

KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ CAPRICORNUS TERLETAK DI -8O SELATAN DAN -28O SELATAN SERTA 20h10m DAN 21h58m. BURUJ CAPRICORNUS BERADA DI HEMISFERA SELATAN DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +60O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -90O SELATAN. BURUJ CAPRICORNUS MEMPUNYAI KELUASAN 414 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 40 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ CAPRICORNUS IALAH:
~  DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ AQUARIUS
~  DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ SAGITTARIUS
~  DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ MICROSCOPIUM DAN BURUJ PISCIS AUSTRINUS
~  DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT BURUJ AQUARIUS DAN BURUJ AQUILA

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)

BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ CAPRICORNUS:
~  BINTANG ALPHA2 DAN BINTANG ALPHA1 MEMBENTUK SATU BINARI OPTIKAL (OPTICAL BINARY) YANG BERWARNA KUNING DAN JINGGA. ALPHA2 MERUPAKAN BINTANG UTAMA (PRIMARY) MANAKALA ALPHA1 ADALAH KOMPANI (COMPANION) BERMAGNITUD +4.20. 'SUDUT KEDUDUKAN' (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA-DUA BINTANG INI ADALAH 291O DAN 'JARAK DIPISAHKAN' (SEPARATION - SEP) ADALAH 378".
~  BINTANG BETA YANG MERUPAKAN BINTANG BINARI YANG LEBAR (WIDE) DENGAN KOMPANI YANG BERWARNA BIRU BERMAGNITUD +6.00 PADA P.A 267O DAN SEP PADA 205".
~  BINTANG TAU MERUPAKAN SEBUAH BINTANG BINARI 'VISUAL' (VISUAL BINARY) DENGAN BINTANG KOMPANI BERMAGNITUD +5.50 DENGAN P.A PADA 107O DAN SEP PADA 0.4".


BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ CAPRICORNUS.
~  BINTANG DELTA DIKELASKAN DALAM KATEGORI "ECLIPSING BINARY (EB) TYPE VARIABLE". MAGNITUD BINTANG DELTA BERUBAH DARI  MAGNITUD +2.81 KE MAGNITUD +3.05 DALAM JANGKA MASA 24 JAM 32 MINIT DAN 47.2 SAAT.

PEMERHATIAN:
BURUJ CAPRICORNUS DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~  DALAM BULAN JUN PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~  DALAM BULAN JULAI PADA PUKUL 11 MALAM
~  DALAM BULAN OGOS PADA PUKUL 10 MALAM
~  DALAM BULAN SEPTEMBER PADA PUKUL 9 MALAM
~  DALAM BULAN OKTOBER PADA PUKUL 8 MALAM

OBJEK 'DEEP SKY':
BURUJ CAPRICORNUS MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEP SKY' YANG MENARIK.
~  M30 ATAU NGC7099 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) YANG BERADA 40,000 TAHUN CAHAYA DARI BUMI. BINTANG BANYAK TERTUMPU DI BAHAGIAN 'TERAS' (CORE) DAN RANGKAIAN RANTAI-RANTAI BINTANG-BINTANG DARI 'TERAS' KELUAR. M30 BERMAGNITUD +7.50 DENGAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) +11.00.


~  NGC6903 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERBENTUK BUJUR (ELLIPTICAL GALAXY). IA BERMAGNITUD +11.90 DENGAN KECERAHAN +13.80.

~  NGC6907 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG MEMPUNYAI 2 'LENGAN' BERPUTAR (SPIRAL ARMS) DALAM BENTUK 'S'. 'LENGAN' DI BAHAGIAN UTARA KELIHATAN BERTINDIHAN DENGAN SEBUAH GALAKSI KECIL IAITU NGC6908. NGC6907 BERMAGNITUD +11.20 DENGAN KECERAHAN +13,40.


HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ CAPRICORNUS MENGHASILKAN HUJAN METEOR (METEOR SHOWER) SEBANYAK LIMA KALI DALAM SETAHUN.
~  HUJAN METEOR ALPHA CAPRICORNIDS
~  HUJAN METEOR CHI CAPRICORNIDS
~  HUJAN METEOR SIGMA CAPRICORNIDS
~  HUJAN METEOR TAU CAPRICORNIDS
~  HUJAN METEOR CAPRICORNIDEN-SAGITTARIIDS

SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                          CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                             atau
                          KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

No comments:

Post a Comment