Tuesday, September 1, 2015

MENGENALI BULAN - SIRI 110

MONS MORO
GUNUNG MORO



KATEGORI: 
GUNUNG (MOUNTAIN)


LOKASI:
MONS MORO TERLETAK DI SUKUAN TENGGARA PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT MONS MORO ADALAH 19.844o BARAT SERTA 11.839o SELATAN. IA BERADA DI BAHAGIAN BARAT-DAYA KAWASAN 'OCEANUS PROCELLARUM REGION'  YANG BERSEBELAHAN DENGAN MARE COGNITUM. IA BERKEDUDUKAN DI BAHAGIAN TENGGARA KAWAH BONPLAND.


KELUASAN:
MONS MORO MEMPUNYAI KETINGGIAN 3,000 METER.


ERA PEMBENTUKAN:
MONS MORO TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN  IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.


CIRI-CIRI:
MONS MORO MERUPAKAN SEBUAH GUNUNG YANG TERPENCIL SERTA MEMANJANG DARI ARAH UTARA KE SELATAN DENGAN UNJURAN 3,000 METER.


PEMERHATIAN:
MONS MORO MEMPUNYAI FORMASI YANG AGAK MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KE DUA SELEPAS SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA SEHARI SELEPAS SUKU TERAKHIR (LAST QUARTER).


PERALATAN:
UNTUK MENCERAP MONS MORO, REFRACTOR  BERKUASA 200 mm DIPERLUKAN.


PENEROKAAN:
TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI MONS MORO.

PENGHORMATAN:
MONS MORO DINAMAKAN SEMPENA ANTONIO L. MORO  IAITU SE ORANG NATURALIST BERBANGSA ITALI PADA KURUN KE 18. BELIAU DILAHIRKAN PADA TAHUN 1687 DAN MENINGGAL DUNIA PADA TAHUN 1764.



SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE EMAIL:

                CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                        atau
                KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

No comments:

Post a Comment