Monday, September 28, 2015

OBJEK DI LANGIT - SIRI 84

MESSIER 80
M80 (NGC6093)


BURUJ:
SCORPIUS

KELAS:
GLOBULAR KLUSTER

LOKASI:
16h 17m 02.41s
-22o 58' 33.9"

JARAK:
32.6 JUTA TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:
+7.87

INFO:
M80 TELAH DITEMUI OLEH CHARLES MESSIER PADA 4hb JANUARI, 1781. IA MENGANDUNGI BEBERAPA RATUS RIBU BINTANG. IA TERDIRI KEBANYAKAN DARIPADA BINTANG YANG BERWARNA BIRU, DI MANA BINTANG-BINTANG INI KELIHATAN LEBIH 'MUDA' DARIPADA UMUR KLUSTER INI YANG SEBENARNYA.





CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM






MENGENALI BULAN - SIRI 114

LACUS AUTUMN
TASIK AUTUMN
(LAKE OF AUTUMN)




KATEGORI: 
TASIK (LAKE)


LOKASI:
LACUS AUTUMNI TERLETAK DI SUKUAN BARAT-DAYA PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT LACUS AUTUMNI IALAH 82.0o BARAT SERTA 14.0o SELATAN. IA BERADA DI BAHAGIAN PINGGIRAN BARAT BULAN.


KELUASAN:
LACUS AUTUMNI MEMPUNYAI KELUASAN BERDIAMETER 183 km.


ERA PEMBENTUKAN:
PEMBENTUKAN LACUS AUTUMNI TIDAK DAPAT DIPASTIKAN.


CIRI-CIRI:
LACUS AUTUMNI MERUPAKAN SEBUAH TASIK DENGAN KEADAAN LANTAI YANG RATA DAN BERWARNA KEHITAMAN. IA BERADA DI ANTARA MONTES CORDILLERA DENGAN MONTES ROOK.


PEMERHATIAN:
LACUS AUTUMNI MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA BULAN PENUH (FULL MOON) HINGGA HARI KE ENAM SELEPAS SUKU YERAKHIR (LAST QUARTER).


PERALATAN:
UNTUK MENCERAP LACUS AUTUMNI, REFRACTOR BERKUASA 50 mm DIPERLUKAN.


PENEROKAAN:
TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI LACUS AUTUMNI.



SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE EMAIL:

                CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                        atau
                KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

MENGENALI BURUJ - AQUILA


BURUJ AQUILA
BURUNG HELANG (THE EAGLE)


KATEGORI:
BURUJ

SINGKATAN:
AQL

DESKRIPSI DAN MITOS:
(UPDATE)

KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ AQUILA TERLETAK DI +18O UTARA DAN -12O SELATAN SERTA 20h40m DAN 18h40m. BURUJ AQUILA BERADA DI HEMISFERA UTARA DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +90O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -75O SELATAN. BURUJ AQUILA MEMPUNYAI KELUASAN 652 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 22 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ AQUILA IALAH:
~  DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ DELPHINUS DAN BURUJ AQUARIUS
~  DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ SAGITTARIUS DAN BURUJ CAPRICORNUS
~  DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ HERCULES, BURUJ OPHIUCHUS, BURUJ SCUTUM DAN BURUJ SERPENS CAUDA
~  DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT PULA BURUJ SAGITTA

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)

BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ AQUILA:
~  BINTANG BETA MERUPAKAN SATU BINTANG BINARI TETAP (FIXED BINARY) DENGAN BINTANG KERDIL MERAH (RED DWARF) YANG MENJADI KOMPANI (COMPANION) NYA YANG BERMAGNITUD +11.60. "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA BINTANG INI ADALAH 5O DAN "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP) ADALAH 13".
~  BINTANG ZETA YANG MERUPAKAN BINTANG BINARI DENGAN KOMPANI SEBUAH BINTANG KERDIL (DWARF) YANG KABUR (FAINT) DAN BERMAGNITUD +12.0; P.A PADA 53O DAN SEP PADA 6.5".
~  BINTANG PI MEMPUNYAI BINTANG KOMPANI YANG BERMAGNITUD +7.0; PADA P.A 111O DAN SEP PADA 1.4".
~  BINTANG CHI PULA MERUPAKAN SEBUAH BINTANG BINARI YANG UNIK. KEDUA-DUA BINTANG INI SEMAKIN MENGHAMPIRI SATU SAMA LAIN. BERMAGNITUD +6.8; P.A PADA 77O SERTA SEP YANG SEMAKIN MENGECIL DAN MAKIN HAMPIR IAITU PADA 0.5".


BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ AQUILA.
~  BINTANG ETA DIKELASKAN DALAM KATEGORI "CEPHEID TYPE VARIABLE" DAN MAGNITUD BINTANG ETA BERUBAH DARI +3.48 KE +4.39 SETIAP 7 HARI, 4 JAM, 14 MINIT DAN 21.8 SAAT (7.18 HARI).
~  BINTANG SIGMA PULA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "ECLIPSING BINARY" ATAU "EB TYPE VARIABLE". MAGNITUD BINTANG SIGMA BERUBAH DARI +5.14 KE +5.34 DALAM MASA 1.95 HARI.
~  BINTANG R AQUILAE ADALAH SATU BINTANG VARIABLE YANG BERUBAH MAGNITUD DARI +5.5 HINGGA KE +12.0 DALAM JANGKA MASA 284.2 HARI. IA DIKELASKAN SEBAGAI "MIRA TYPE VARIABLE"

PEMERHATIAN:
BURUJ AQUILA DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~  DALAM BULAN MEI PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~  DALAM BULAN JUN PADA PUKUL 11 MALAM
~  DALAM BULAN JULAI PADA PUKUL 10 MALAM
~  DALAM BULAN OGOS PADA PUKUL 9 MALAM
~  DALAM BULAN SEPTEMBER PADA PUKUL 8 MALAM

OBJEK 'DEEPSKY':
BURUJ AQUILA MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEPSKY' YANG MENARIK.
~  NGC6709 MERUPAKAN KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG BERSELERAK DAN MENGANDUNGI LEBIH KURANG 40 BIJI BINTANG. IA TERLETAK 2,500 TAHUN CAHAYA DARI BUMI DAN BERMAGNITUD +6.70 DENGAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) +12.01.


~  NGC6751 MERUPAKAN SEBUAH PLANETARI NEBULA (PLANETARY NEBULA) YANG SANGAT MENARIK. NGC6751 MEMPUNYAI WARNA-WARNA YANG CANTIK HASIL DARIPADA GAS YANG DIBEBASKAN OLEH BINTANG YANG JANGKA HAYATNYA HAMPIR 'TAMAT'. IA BERMAGNITUD +11.50 DENGAN KECERAHAN +9.20.


~  NGC6760 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) DENGAN MAGNITUD +9.10 SERTA KECERAHAN +10.74.


~  NGC6755 PULA MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER). IA BERMAGNITUD +7.50 DENGAN KECERAHAN +13.12.


~  NGC6738 JUGA SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER). IA BERMAGNITUD +8.30 DENGAN KECERAHAN +13.92.


~  NGC6741 ATAU DIKENALI JUGA SEBAGAI "PHANTOM STREAK NEBULA" ADALAH SEBUAH PLANETARI NEBULA (PLANETARY NEBULA). IA JUGA SANGAT MENARIK DAN CANTIK.


~  B142 DAN B143 MERUPAKAN NEBULA 'GELAP' (DARK NEBULA) YANG TERJADI APABILA GUMPALAN GAS YANG DIBEBASKAN BERWARNA 'GELAP' DAN MENUTUP BINTANG-BINTANG DI BELAKANG NEBULA TERSEBUT. B142 DAN B143 BERADA 2,000 TAHUN CAHAYA DAI BUMI. (OBJEK 'DEEPSKY' BERTANDA "B" IALAH OBJEK YANG DIKATALOGKAN OLEH EDWARD EMERSON BARNARD DAN DIKAITKAN DENGAN 'BARNARD')


HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ AQUILA MENGHASILKAN HUJAN METEOR (METEOR SHOWER) SEBANYAK DUA KALI SETAHUN.
~  HUJAN METEOR JUN AQUILIDS (METEOR SHOWER) BERLAKU DARI JUN13 HINGGA JUN 19. KEMUNCAK HUJAN METEOR INI BERLAKU PADA JUN17 DENGAN 'KADAR KEGUGURAN SEJAM' (ZENTH HOURLY RATE - ZHR) METEOR HANYA 4 METEOR. 'PUSAT' (RADIANT) HUJAN METEOR INI IALAH RAD= 293.9O DAN DECL= -8.4O. IA DIKAITKAN DENGAN KOMET 1618II. HUJAN METEOR JUNE AQUILIDS HANYALAH HUJAN METEOR 'MINOR'.
~  HUJAN METEOR EPSILON AQUILIDS (METEOR SHOWER) BERLANGSUNG ANTARA MEI 4 HINGGA MEI 27 DENGAN KEMUNCAK HUJAN METEOR BERLAKU PADA MEI 17. ZHR BOLEH DIKATAKAN AGAK TINGGI IAITU 17 METEOR SEJAM. 'RADIANT' HUJAN METEOR INI IALAH PADA RAD= 276O SERTA DECL= +13O. IA DIKAITKAN DENGAN ORBIT ASTEROID KELAS 'ATEN' APABILA BUMI MEMASUKI ORBIT TERSEBUT.


SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN E-MAIL:

                    CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                        atau
                    KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

Friday, September 25, 2015

RENUNGAN JUMAAT

"...BERTASBIH KEPADA ALLAH APA YANG DI LANGIT DAN APA YANG DI BUMI; HANYA ALLAH-LAH YANG MEMPUNYAI SEMUA KERAJAAN DAN SEMUA PUJI-PUJIAN; DAN DIA MAHA KUASA ATAS SEGALA SESUATU.DIA-LAH YANG MENCIPTAKAN KAMU MAKA DI ANTARA KAMU ADA YANG KAFIR DAN DI ANTARAMU ADA YANG BERIMAN. DAN ALLAH MAHA MELIHAT APA YANG KAMU KERJAKAN. DIA MENCIPTAKAN LANGIT DAN BUMI DENGAN (TUJUAN) YANG BENAR, DIA MEMBENTUK RUPAMU DAN DIBAGUSKAN-NYA RUPAMU ITU, DAN HANYA KEPADA-NYA-LAH KEMBALI(MU)..."

        SURAH AT AGHAABUN (HARI DINAMPAKAN KESALAHAN-KESALAHAN), JUZUK 28, AYAT 1 HINGGA 3

Monday, September 21, 2015

OBJEK DI LANGIT - SIRI 83

MESSIER 79
M79 (NGC1904)



BURUJ:
LEPUS

KELAS:
GLOBULAR KLUSTER

LOKASI:
05h 24m 10.59s
-24o 31' 27.3"

JARAK:
41 JUTA TAHUN CAHAYA

SAIZ:
8.7' X 8.7' (arcminute)

MAGNITUD:
+8.7

INFO:
M79 TELAH DITEMUI OLEH PIERRE MECHAIN PADA TAHUN 1780 DAN TELAH DIMASUKAN KE DALAM CHARLES MESSIER KATALOG PADA TAHUN 1780. M79 KELIHATAN SEPERTI SEBUAH KOMET YANG KABUR DAN BERWARNA KEKUNINGAN UMPAMA SEBIJI BOLA CAHAYA. IA MENGANDUNGI 'TERAS' YANG CERAH DAN DIANGGARKAN TERDAPAT SEBANYAK 150,000 BINTANG MEMBENTUK M79.






CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM




MENGENALI BULAN - SIRI 113

LACUS AESTATIS
TASIK AESTATIS (LAKE AESTATIS)
(LAKE OF SUMMER)



KATEGORI: 
TASIK (LAKE)


LOKASI:
LACUS AESTATIS TERLETAK DI SUKUAN BARAT-DAYA PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT LACUS AESTATIS ADALAH 69.0o BARAT SERTA 15.0o SELATAN. IA BERADA DI BAHAGIAN PINGGIRAN BARAT BULAN.


KELUASAN:
LACUS AESTATIS MEMPUNYAI KELUASAN BERDIAMETER 90 km.


ERA PEMBENTUKAN:
LACUS AESTATIS TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.


CIRI-CIRI:
LACUS AESTATIS ADALAH SEBUAH TASIK YANG TERDIRI DARIPADA DUA LAPISAN FORMASI YANG TERHASIL DENGAN BERBENTUK SEAKAN KAWAH (CRATER). IA MEMPUNYAI CERUNAN YANG AGAK CURAM DAN BEBERAPA TEBING YANG TINGGI. TERBENTUK DARIPADA DUA KAWASAN KECIL YANG BERWARNA KEHITAMAN DENGAN KELUASAN MENGHAMPIRI 1000 km2.


PEMERHATIAN:
LACUS AESTATIS MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KE ENAM SELEPAS SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA HARI KE LIMA SELEPAS SUKU TERAKHIR (LAST QUARTER).


PERALATAN:
UNTUK MENCERAP LACUS AESTATIS, REFRACTOR BERKUASA 50 mm DIPERLUKAN.


PENEROKAAN:
TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI LACUS AESTATIS.



SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE EMAIL:

                CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                        atau
                KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

MENGENALI BURUJ - MONOCEROS

BURUJ MONOCEROS
KUDA BERTANDUK (THE UNICORN)


KATEGORI:
BURUJ

SINGKATAN:
MON

DESKRIPSI DAN MITOS:
(UPDATE)

KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ MONOCEROS TERLETAK DI +12O UTARA DAN -11O SELATAN SERTA 5h55m DAN 8h10m. BURUJ MONOCEROS BERADA DI GARIS KHATULISTIWA DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +75O UTARA HINGGA -90O SELATAN. BURUJ MONOCEROS MEMPUNYAI KELUASAN 482 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 35 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ MONOCEROS IALAH:
~  DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ HYDRA DAN BURUJ CANIS MINOR
~  DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ PUPPIS, BURUJ CANIS MAJOR DAN BURUJ LEPUS
~  DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ ORION
~  DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT PULA BURUJ GEMINI

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)

BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ MONOCEROS:
~  BINTANG BETA MERUPAKAN SATU BINTANG BINARI BERBILANG SISTEM (MULTIPLE SYSTEM BINARY) DENGAN KOMPANI (COMPANION) NYA BINTANG B DAN BINTANG CKOMPANI B BERMAGNITUD +5.2. "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA BINTANG ADALAH 132O DAN "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP) IALAH PADA 7.3". MANAKALA, KOMPANI C PULA BERMAGNITUD +6.1; P.A PADA 124O DENGAN SEP PADA 10". BINARI INI ADALAH BINARY TETAP (FIXED BINARY).
~  BINTANG EPSILON YANG MERUPAKAN BINTANG BINARI TETAP (FIXED BINARY) DENGAN KOMPANI BERMAGNITUD +6.5; P.A PADA 27O DAN SEP PADA 13".


BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ MONOCEROS.
~  BINTANG R MONOCEROTIS ADALAH SATU BINTANG VARIABLE YANG BERUBAH MAGNITUD DARI +10.0 HINGGA KE MAGNITUD +12.0. IA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "RW AURIGAE TYPE VARIABLE"

PEMERHATIAN:
BURUJ MONOCEROS DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~  DALAM BULAN NOVEMBER PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~  DALAM BULAN DISEMBER PADA PUKUL 11 MALAM
~  DALAM BULAN JANUARI PADA PUKUL 10 MALAM
~  DALAM BULAN FEBRUARI PADA PUKUL 9 MALAM
~  DALAM BULAN MAC PADA PUKUL 8 MALAM

OBJEK 'DEEPSKY':
BURUJ MONOCEROS MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEPSKY' YANG MENARIK.
~  NGC2237 ATAU "THE ROSSETE NEBULA" MERUPAKAN SEBUAH NEBULA DENGAN GAS TERSEBAR MELIPUTI KAWASAN YANG LUAS. NGC2237 DIKENALI JUGA DENGAN NAMA NGC2238, NGC2239 DAN NGC2246, TETAPI NGC2237 DIGUNAKAN UNTUK OBJEK 'DEEPSKY' INI. DI SAMPING ITU, NGC2237 JUGA 'MENELAN' (ENGULF) NGC2244  IAITU SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) KE DALAMNYA. NGC2237 BERMAGNITUD +5.50 DENGAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) +14.44.


~  NGC2244 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG BERADA DI 'PUSAT' NGC2237. NGC2244 BERMAGNITUD +6.20.


~  NGC2264 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG BESAR DAN CERAH YANG DIKAITKAN DENGAN "THE CONE NEBULA". NGC2264 SEBENARNYA DIKELILINGI OLEH GAS YANG DISEBAR DAN DIBEBASKAN. "THE CONE NEBULA" IALAH SEBUAH NEBULA GELAP (DARK NEBULA) YANG TERLETAK DI BAHAGIAN SELATAN NGC2264. IA BERMAGNITUD +3.90 DENGAN KECERAHAN +10.15. NGC2264 MERANGKUMI "THE CONE NEBULA", "THE CHRISTMAS TREE CLUSTER" DAN JUGA KLUSTER TERBUKA. (GAMBAR DI BAWAH - "THE CONE NEBULA" BERADA DI SEBELAH KANAN BERBENTUK 'CONE', "THE CHRISTMAS TREE" BERADA DI DI SEBELAH KIRI HINGGA KE "THE CONE NEBULA", MANAKALA NGC2264 BERADA DI 'TENGAH' "THE CHRISTMAS TREE")


~  M50 ATAU NGC2323 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG MENGANDUNGI LEBIH KURANG 100 BIJI BINTANG YANG CERAH. WALAU BEGITU, M50 KELIHATAN DALAM KLUSTER YANG AGAK RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN. IA DAPAT DILIHAT DENGAN MATA KASAR DALAM SITUASI LANGIT YANG GELAP. M50 BERMAGNITUD +5.90 DENGAN KECERAHAN +12.00.


~  NGC2346 ATAU DIKENALI JUGA SEBAGAI "THE BUTTERFLY NEBULA" MERUPAKAN SEBUAH NEBULA PLANETARI (PLANETARY NEBULA). BINTANG DI 'PUSAT' NEBULA INI MERUPAKAN SEBUAH BINARI DI MANA BINTANG KOMPANI MENGORBIT SETIAP 16 HARI. BINTANG TERSEBUT JUGA MERUPAKAN SEBUAH BINTANG VARIABLE KERANA MAGNITUD YANG BERUBAH-UBAH DI SEBABKAN DEBU-DEBU DI SEKELILINGNYA. 'KEPAK' TERBENTUK OLEH ANGIN DAN GAS DARIPADA 'HABA' YANG DIPANCARKAN OLEH BINTANG TERSEBUT. NGC2346 BERADA 2,300 TAHUN CAHAYA DARI BUMI.


~  "PLASKETT'S STAR"  MERUPAKAN SEBUAH BINARI 'SPETROSKOPIK' (SPECTROSCOPIC BINARY) YANG TERLETAK 5,245 TAHUN CAHAYA. IA MERUPAKAN SALAH SATU DARIPADA BINARI YANG 'BESAR' (MASSIVE BINARY) PERNAH DIKETAHUI DENGAN JUMLAH 'MASS' LEBIH KURANG SERATUS KALI 'MASS' MATAHARI. BINTANG INI DINAMAKAN SEMPERNA JOHN STANLEY PLASKETT, SEORANG AHLI ASTRONOMI KANADA, YANG MENEMUI BINTANG BINARI INI DALAM TAHUN 1922. BINTANG KOMPANI MENGORBIT SETIAP 14.396 HARI. "PLASKETT'S STAR" BERMAGNITUD +6.06.



HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ MONOCEROS MENGHASILKAN HUJAN METEOR (METEOR SHOWER) SEBANYAK DUA KALI DALAM MASA SATU TAHUN.
~  HUJAN METEOR DECEMBER MONOCERIDS (METEOR SHOWER) YANG DIKAITKAN DENGAN KOMET ENCKE. 'KADAR KEGUGURAN SEJAM' (ZENITH HOURLY RATE - ZHR) HANYA 8 HINGGA 10 METEOR. IA MERUPAKAN HUJAN METEOR 'KECIL' (MINOR).
~  HUJAN METEOR ALPHA MONOCERIDS (METEOR SHOWER) PULA BERLANJUTAN DARI JUN 5 HINGGA JULAI 17 SETIAP TAHUN. KEMUNCAK HUJAN METEOR INI BERLAKU PADA JUN 26 DAN IA BER'PUSAT' (RADIANT) BERHAMPIRAN DENGAN BINTANG ALNATH (BETA MONOCEROTIS). 'KADAR KEGUGURAN SEJAM' (ZHR) LEBIH BANYAK IAITU ANGGARAN 25 METEOR SEJAM.


SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN E-MAIL KE:

                       CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                              atau
                       KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM