Monday, April 27, 2015

MENGENALI BURUJ - GEMINI


BURUJ GEMINI
KEMBAR (THE TWINS)


KATEGORI:
BURUJ

SINGKATAN:
GEM

DESKRIPSI:
GEMINI DIGAMBARKAN SEBAGAI SEPASANG KEMBAR ADIK-BERADIK.


KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ GEMINI TERLETAK DI +10O UTARA DAN +35O UTARA SERTA 6h00m DAN 8h10m. BURUJ GEMINI BERADA DI HEMISFERA UTARA DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +90O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -60O SELATAN. BURUJ GEMINI MEMPUNYAI KELUASAN 514 DARJAH (o) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 30 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ GEMINI IALAH:
~  DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ CANCER
~  DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ MONOCEROS  DAN BURUJ CANIS MINOR
~  DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ TAURUS  DAN BURUJ ORION
~  DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT BURUJ AURIGA  DAN BURUJ LYNX

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)


BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ GEMINI:
~  BINTANG ALPHA GEMINORUM  (JUGA DIKENALI SEBAGAI CASTOR) MEMBENTUK SATU BINARI . BINTANG BINARI INI AMAT TERKENAL SEBAGAI SISTEM BINTANG BINARI YANG PERTAMA DIAKUI PADA TAHUN 1802 (ATAU 1803) OLEH WILLIAM HERSCHEL. KEDUA-DUA BINTANG MEMPUNYAI MAGNITUD +1.9, MANAKALA, BINTANG KOMPANI (COMPANION STAR) MEMPUNYAI MAGNITUD +3.0. "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA-DUA BINTANG INI ADALAH 65O DAN "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP) ADALAH 3.9". BINTANG KOMPANI MENGORBIT BINTANG CASTOR  SETIAP 420 TAHUN
~  BINTANG DELTA GEMINORUM (WASAT) MERUPAKAN SEBUAH BINARI DENGAN MAGNITUD +3.5. MANAKALA, BINTANG KOMPANI BERMAGNITUD +8.2. IANYA BERWARNA JINGGA DAN MERUPAKAN BINTANG 'KERDIL' (DWARF STAR) YANG AGAK RUMIT UNTUK DICERAP DAN DIPISAHKAN DARI BINTANG WASAT JIKA MENGGUNAKAN TELESKOP BERKUASA RENDAH. P.A KEDUA-DUA BINTANG ADALAH PADA 225O DAN SEP IALAH PADA 5.8".
~  BINTANG ETA GEMINORUM  (TEJAT PRIOR)  PULA MERUPAKAN SEBUAH BINARI 'VISUAL' YANG MEMERLUKAN KETELITIAN UNTUK MENCERAPNYA DISEBABKAN BINTANG KOMPANI BERMAGNITUD +8.8 BERBANDING DENGAN BINTANG TEJAT PRIOR YANG BERMAGNITUD +3.3. P.A KEDUA-DUA BINTANG ADALAH PADA 266O MANAKALA, SEP PULA IALAH PADA 1.4". BINARI INI JUGA MERUPAKAN SEBUAH 'BINARI TETAP' (FIXED BINARY) KERANA TERLALU SEDIKIT PERGERAKAN DI ANTARA KEDUA-DUA BINTANG TERSEBUT.


BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ GEMINI:
~  BINTANG ZETA GEMINORUM  (DIKENALI JUGA SEBAGAI MEKBUTA)  DIKELASKAN DALAN KATEGORI "CEPHEID VARIABLE" DAN MAGNITUD BINTANG MEKBUTA  BERUBAH DARI +3.62 KE MAGNITUD +4.18 SETIAP 10.15 HARI.
~  BINTANG  ETA GEMINORUM (TEJAT PRIOR)  ADALAH SEBUAH BINTANG VARIABLE YANG DIKELASKAN DALAM KATEGORI "SEMI-REGULAR VARIABLE". IA BERUBAH MAGNITUD DARI +3.20 KE MAGNITUD +3.90 DALAM JANGKA MASA PURATA 232.9 HARI.
~  BINTANG R GEMINORUM PULA MERUPAKAN SEBUAH BINTANG VARIABLE YANG DIKELASKAN SEBAGAI "MIRA-TYPE LONG-PERIOD VARIABLE". IA BERUBAH MAGNITUD DARI +6.00 KE MAGNITUD +14.00 SETIAP 370 HARI.

PEMERHATIAN:
BURUJ GEMINI DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~  DALAM BULAN NOVEMBER PADA JAM 12 TENGAH MALAM
~  DALAM BULAN DISEMBER PADA JAM 11 MALAM
~  DALAM BULAN JANUARI PADA JAM 10 MALAM
~  DALAM BULAN FEBRUARI PADA JAM 9 MALAM
~  DALAM BULAN MARCH PADA JAM 8 MALAM


OBJEK 'DEEP SKY':
BURUJ GEMINI MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEP SKY' YANG MENARIK.
~  M35  JUGA DIKENALI SEBAGAI NGC2168
~  NGC2392  JUGA DIKENALI SEBAGAI 'THE ESKIMO NEBULA'
~  NGC2331
~  NGC2266
~  NGC2395
~  NGC2420

HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ GEMINI MENGHASILKAN HUJAN METEOR IAITU:
~  HUJAN METEOR GEMINIDS
~  HUJAN METEOR RHO GEMINIDS


SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                 CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                            atau
                 KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

No comments:

Post a Comment