MONS HADLEY
GUNUNG HADLEY
KATEGORI:
GUNUNG (MOUNTAIN / MONS)
LOKASI:
MONS HADLEY TERLETAK DI SUKUAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT MONS HADLEY IALAH 4.11O TIMUR SERTA 26.69O UTARA. IA BERADA DI BAHAGIAN BANJARAN MONTES APENNINUS REGION.
KELUASAN:
MONS HADLEY MERUPAKAN SEBUAH GUNUNG DENGAN KETINGGIAN 4,800 METER. IA MEMPUNYAI DIAMETER SELUAS 25 KM.
ERA PEMBENTUKAN:
MONS HADLEY TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.
CIRI-CIRI:
MONS HADLEY MERUPAKAN SEBUAH PUNCAK YANG BERADA DI BANJARAN MONTES APENNINUS. IA TERLETAK DI BAHAGIAN UTARA BANJARAN YANG MENGHADAP KAWAH APENNIS. MISI KAPAL ANGKASA APOLLO 15 TELAH MENDARAT BERHAMPIRAN DENGAN DENGAN MONS HADLEY.
PEMERHATIAN:
MONS HADLEY MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA ENAM HARI SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).
PERALATAN:
UNTUK MENCERAP MONS HADLEY, TELESKOP JENIS 'REFRACTOR' BERKUASA 50 mm DIPERLUKAN.
PENEROKAAN:
TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI MONS HUYGENS. MISI KAPAL ANGKASA APOLLO 15 TELAH MENDARAT BERHAMPIRAN DENGAN MONS HADLEY DI KAWASAN MARE IMBRIUM YANG DIPANGGIL PALUS PUTREDINUS DI HADLEY RILLE.
PENGHORMATAN:
MONS HADLEY DINAMAKAN SEMPENA JOHN HADLEY IAITU SEORANG AHLI MATHEMATIK DAN AHLI FIZIK ENGLAND. IA DILAHIRKAN DI BLOOMSBURY, LONDON PADA 16 APRIL, 1682 DAN MENINGGAL DUNIA DI EAST BARNET, HERTFORDSHIRE PADA 14 FEBRUARI, 1744. IA MERUPAKAN SEORANG PEMBUAT ALATAN ASTRONOMI DAN MENCIPTA 'QUADRANT' DENGAN PANTULAN. BELIAU MENJADI AHLI KELAB 'THE ROYAL SOCIETY OF LONDON' DALAM TAHUN 1717.
SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment