Monday, April 13, 2015

MENGENALI BURUJ - ARIES


BURUJ ARIES
KAMBING GUNUNG (THE RAM)


KATEGORI:
BURUJ

SINGKATAN:
ARI

DESKRIPSI:
ARIES DIGAMBARKAN SEBAGAI SEEKOR KAMBING GUNUNG.


KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ ARIES TERLETAK DI +10O UTARA DAN +31O UTARA SERTA 1h50m DAN 3h22m. BURUJ ARIES BERADA DI HEMISFERA UTARA DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +90O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -60O SELATAN. BURUJ ARIES MEMPUNYAI KELUASAN 441 DARJAH (o) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 39 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ ARIES IALAH:
~  DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ TAURUS
~  DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ CETUS
~  DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ PISCES
~  DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT BURUJ TRIANGULUM DAN BURUJ PERSEUS

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)


BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ ARIES:
~  BINTANG GAMMA ARIETIS MEMBENTUK SATU BINARI DENGAN MAGNITUD YANG SAMA DENGAN BINTANG KOMPANINYA (COMPANION) IAITU 4.8. "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA-DUA BINTANG INI ADALAH 360O DAN "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP) ADALAH 7.8".
~ BINTANG LAMBDA ARIETIS MERUPAKAN SEBUAH 'BINARI LEBAR' (WIDE BINARY). BINTANG KOMPANINYA BERMAGNITUD +7.7 BERBANDING BINTANG LAMBDA YANG BERMAGNITUD +4.9. P.A KEDUA-DUA BINTANG ADALAH 46O DENGAN SEP PULA PADA 37.4". JARAK YANG LUAS INI KEDUA-DUA BINTANG INI MENYEBABKAN IANYA SEBUAH BINARI YANG LEBAR (WIDE BINARY).
~  BINTANG EPSILON ARIETIS MERUPAKAN SEBUAH 'BINARI HAMPIR' (CLOSE BINARY) DENGAN BINTANG KOMPANINYA DENGAN JARAK SEP PADA 1.4". BINARI INI JUGA MEMPUNYAI MAGNITUD YANG HAMPIR SAMA IAITU BINTANG EPSILON BERMAGNITUD +5.2, MANAKALA BINTANG KOMPANI BERMAGNITUD +5.5. P.A KEDUA-DUA BINTANG PULA BERADA PADA 203O.


BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ CANES VENATICI.
~  BINTANG GAMMA2 ARIETIS DIKELASKAN DALAN KATEGORI "ALPHA-CV TYPE VARIABLE" DAN MAGNITUD BINTANG GAMMA2 BERUBAH DARI +4.62 KE MAGNITUD +4.66 SETIAP 2.6 HARI.
~  BINTANG SX  ARIETIS (56 ARI) ADALAH SEBUAH BINTANG VARIABLE YANG DIKELASKAN DALAM KATEGORI "ROTATING VARIABLE" (VARIABLE BERPUTAR) YANG HAMPIR SAMA DENGANKELAS "ALPHA CV VARIABLE" . IA BERUBAH MAGNITUD DARI +5.67 KE MAGNITUD +5.81 DALAM JANGKA MASA 17 JAM 28 MINIT.

PEMERHATIAN:
BURUJ ARIES DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~  DALAM BULAN SEPTEMBER PADA JAM 12 TENGAH MALAM
~  DALAM BULAN OKTOBER PADA JAM 11 MALAM
~  DALAM BULAN NOVEMBER PADA JAM 10 MALAM
~  DALAM BULAN DISEMBER PADA JAM 9 MALAM
~  DALAM BULAN JANUARI PADA JAM 8 MALAM

OBJEK 'DEEP SKY':
BURUJ ARIES MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEP SKY' YANG MENARIK.
~  NGC678
~  NGC697
~  NGC680
~  NGC691
~  NGC821
~  NGC877
~  NGC972
~  NGC1152

HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ ARIES MENGHASILKAN HUJAN METEOR (METEOR SHOWER):
~  DELTA ARIETIDS
~  EPSILON ARIETIDS


SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                 CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                         atau
                 KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

No comments:

Post a Comment