BURUJ SCORPIUS
KALA JENGKING (THE SORPION)
BURUJ
SINGKATAN:
SCO
DESKRIPSI:
BURUJ SCORPIUS DIGAMBARKAN SEBAGAI SEEKOR KALA JENGKING.
BURUJ SCORPIUS TERLETAK DI -08O SELATAN DAN -46O SELATAN SERTA 15h50m DAN 18h00m. BURUJ SCORPIUS BERADA DI HEMISFERA SELATAN DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +40O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -90O SELATAN. BURUJ SCORPIUS MEMPUNYAI KELUASAN 497 DARJAH (o) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 33 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ SCORPIUS IALAH:
~ DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ SAGITTARIUS
~ DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ NORMA, BURUJ ARA DAN BURUJ CORONA
AUSTRALIS
~ DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ LUPUS DAN BURUJ LIBRA
~ DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT BURUJ OPHIUCHUS
BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ SCORPIUS:
~ BINTANG ALPHA SCORPII (JUGA DIKENALI DENGAN ANTARES) MEMBENTUK SATU BINARI 'VISUAL' DENGAN MAGNITUD BINTANG ANTARES YANG BERWARNA MERAH IALAH +1.1, MANAKALA, BINTANG KOMPANI NYA (COMPANION) YANG BERWARNA HIJAU BERMAGNITUD +5.4. . "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA-DUA BINTANG INI ADALAH 274O DAN "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP) ADALAH 2.6".
~ BINTANG BETA SCORPII (ACRAB) MERUPAKAN SEBUAH 'BINARI SUPER' (SUPER BINARY) DISEBABKAN WARNA KEDUA-DUA BINTANG YANG AMAT BERBEZA. BINTANG ACRAB BERWARNA PUTIH DENGAN MAGNITUD +2.6, MANAKALA BINTANG KOMPANINYA BERWARNA BIRU KEHIJAUAN PULA BERMAGNITUD +4.9. P.A KEDUA-DUA BINTANG ADALAH PADA 23O DENGAN SEP PULA PADA 13.7".
~ BINTANG NU SCORPII MERUPAKAN SEBUAH 'BINARI SISTEM BERGANDA' (MULTIPLE SYSTEM BINARY) DENGAN BINTANG KOMPANINYA BINTANG B DAN BINTANG C. BINTANG NU ADALAH BINTANG UTAMA (PRIMARY STAR) DENGAN MAGNITUD +4.4. BINTANG B PULA BERMAGNITUD +5.4. P.A KEDUA-DUA BINTANG ADALAH PADA 2O DAN JARAK SEP PADA 1.3". BINTANG C PULA BERMAGNITUD +6.4 DENGAN P.A PADA 337O. JARAK SEP AMAT JAUH IAITU PADA 41". MANAKALA, BINTANG C PULA MEMPUNYAI BINTANG KOMPANINYA TERSENDIRI IAITU BINTANG D YANG BERMAGNITUD +8.0; P.A PADA 51O SERTA SEP PADA 2.3".BINARI INI JUGA DIPANGGIL SEBAGAI 'DOUBLE-DOUBLE'.
~ BINTANG XI SCORPII JUGA MERUPAKAN SATU LAGI 'BINARI SISTEM BERGANDA' (MULTIPLE SYSTEM BINARY) DI MANA BINTANG XI DAN BINTANG KOMPANI MENGORBIT SETIAP 45.7 TAHUN. P.A KEDUA-DUA BINTANG INI ADALAH PADA 308O DENGAN SEP PADA 0.39". BINTANG KOMPANI KINI BERGERAK MENJAUHI BINTANG NU. BINTANG STRUVE 1999 SECARA GRAVITINYA DIHUBUNGKAN DENGAN BINTANG XI DI MANA BINTANG STRUVE 1999 BERMAGNITUD +8.1 DENGAN P.A BERADA PADA 99O DAN SEP PADA JARAK 11.6".
~ BINTANG SIGMA SCORPII PULA MERUPAKAN SEBUAH 'BINARY KABUR' (FAINT BINARY) DI MANA BINTANG KOMPANI NYA BERMAGNITUD +8.5 BERBANDING DENGAN BINTANG SIGMA YANG BERMAGNITUD +2.9. P.A KEDUA-DUA BINTANG INI ADALAH PADA 273O DENGAN JARAK SEP PADA 20".
BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ CANES VENATICI.
~ BINTANG RR SCORPII DIKELASKAN DALAN KATEGORI "MIRA-TYPE VARIABLE" DAN MAGNITUD BINTANG RR SCORPII BERUBAH DARI +5.00 KE MAGNITUD +12.40 SETIAP 281.45 HARI. IA MERUPAKAN BINTANG VARIABLE YANG TERCERAH DENGAN JANGKA MASA PERUBAHAN MAGNITUD YANG TERPANJANG DALAM BURUJ SCORPIUS.
PEMERHATIAN:
BURUJ ARIES DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~ DALAM BULAN APRIL PADA JAM 12 TENGAH MALAM
~ DALAM BULAN MEI PADA JAM 11 MALAM
~ DALAM BULAN JUN PADA JAM 10 MALAM
~ DALAM BULAN JULAI PADA JAM 9 MALAM
~ DALAM BULAN OGOS PADA JAM 8 MALAM
BURUJ ARIES MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEP SKY' YANG MENARIK.
~ NGC6121 (M4)
~ NGC6405 (M6)
~ NGC6475 (M7)
~ NGC6093 (M80)
~ NGC6231
~ NGC6124
~ NGC6242
~ NGC6416
~ NGC6425
~ NGC6425
HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ ARIES MENGHASILKAN HUJAN METEOR (METEOR SHOWER):
~ ALPHA SCORPIIDS
~ OMEGA SCORPIIDS
SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment