VALLIS SNELLIUS
LEMBAH SNELLIUS
KATEGORI:
LEMBAH (VALLEY / VALLIS)
LOKASI:
VALLIS SNELLIUS TERLETAK DI SUKUAN TENGGARA PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT VALLIS SNELLIUS IALAH 59.0O TIMUR SERTA 31.0O SELATAN. IA BERADA DI PINGGIR BAHAGIAN SELATAN MARE FECUNDITATIS.
KELUASAN:
VALLIS SNELLIUS MERUPAKAN SEBUAH LEMBAH DENGAN KEPANJANGAN 515 KM.
ERA PEMBENTUKAN:
VALLIS SNELLIUS TERBENTUK PADA ERA NECTARIAN IAITU LEBIH KURANG -3.92 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.85 BILION TAHUN DAHULU.
CIRI-CIRI:
VALLIS SNELLIUS MERUPAKAN SEBUAH LEMBAH YANG MEMANJANG DAN TERLETAK DI BAHAGIAN BARAT-LAUT SERTA BAHAGIAN TENGGARA TEBING KAWAH SNELLIUS. IA MERUPAKAN LEMBAH YANG TERPANJANG YANG TERDAPAT DI PERMUKAAN BULAN. IA TERDIRI DARIPADA JAJARAN KAWAH-KAWAH DAN IA TERHASIL KESAN IMPAK DARIPADA PEMBENTUKAN MARE NECTARIS
PEMERHATIAN:
VALLIS SNELIUS MEMPUNYAI FORMASI YANG AGAK MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KETIGA SELEPAS BULAN BAHARU (NEW MOON) HINGGA DUA HARI SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).
PERALATAN:
UNTUK MENCERAP VALLIS SNELLIUS, TELESKOP JENIS 'REFRACTOR' BERKUASA 50 mm DIPERLUKAN.
PENEROKAAN:
TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI VALLIS SNELLIUS.
SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment