Thursday, April 30, 2015

RENUNGAN JUMAAT

"...JIKA MEREKA MELIHAT SEBAHAGIAN DARI LANGIT GUGUR, MEREKA AKAN MENGATAKAN: "ITU ADALAH AWAN YANG BERTINDIH-TINDIH". MAKA BIARKANLAH MEREKA HINGGA MEREKA MENEMUI HARI (YANG DIJANJIKAN KEPADA) MEREKA YANG PADA HARI ITU MEREKA DIBINASAKAN, (IAITU) HARI KETIKA TIDAK BERGUNA BAGI MEREKA SEDIKITPUN TIPU DAYA MEREKA DAN MEREKA TIDAK DITOLONG. DAN SESUNGGUHNYA UNTUK ORANG-ORANG YANG ZALIM ADA AZAB SELAIN DARIPADA ITU. TETAPI KEBANYAKAN MEREKA TIDAK MENGETAHUI. DAN BERSABARLAH DALAM MENUNGGU KETETAPAN TUHANMU, MAKA SESUNGGUHNYA KAMU BERADA DALAM PENGLIHATAN KAMI, DAN BERTASBIHLAH DENGAN MEMUJI TUHANMU KETIKA KAMU BANGUN BERDIRI, DAN BERTASBIHLAH KEPADA-NYA PADA BEBERAPA SAAT DI MALAM HARI DAN DI WAKTU TERBENAM BINTANG-BINTANG (DI WAKTU FAJAR) ..."

              SURAH ATH THUUR (BUKIT), JUZUK 27, AYAT 44 HINGGA 49

Monday, April 27, 2015

KOMET - SIRI 62 (KOMET ENCKE)


KOMET ENCKE
2P / ENCKE

PENEMUAN OLEH:
JOHANN FRANZ ENCKE


DITEMUI PADA:
1786

ORBIT:
MATAHARI SETIAP 3.3 TAHUN

KEMUNCULAN TERKINI:
21 NOVEMBER, 2013

KEMUNCULAN AKAN DATANG:
10 MAC 2017







SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL

CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM






MENGENALI BULAN - SIRI 92


MONS HADLEY
GUNUNG HADLEY


KATEGORI:
GUNUNG (MOUNTAIN / MONS)


LOKASI:
MONS HADLEY TERLETAK DI SUKUAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT MONS HADLEY IALAH 4.11O TIMUR SERTA 26.69O UTARA. IA BERADA DI BAHAGIAN BANJARAN MONTES APENNINUS REGION


KELUASAN:
MONS HADLEY MERUPAKAN SEBUAH GUNUNG DENGAN KETINGGIAN 4,800 METER. IA MEMPUNYAI DIAMETER SELUAS 25 KM.


ERA PEMBENTUKAN:
MONS HADLEY TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN  IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.


CIRI-CIRI:
MONS HADLEY MERUPAKAN SEBUAH PUNCAK YANG BERADA DI BANJARAN MONTES APENNINUS. IA TERLETAK DI BAHAGIAN UTARA BANJARAN YANG MENGHADAP KAWAH APENNIS. MISI KAPAL ANGKASA APOLLO 15 TELAH MENDARAT BERHAMPIRAN DENGAN DENGAN MONS HADLEY. 


PEMERHATIAN:
MONS HADLEY MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA ENAM HARI SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).


PERALATAN:
UNTUK MENCERAP MONS HADLEY, TELESKOP JENIS 'REFRACTOR' BERKUASA 50 mm DIPERLUKAN.


PENEROKAAN:
TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI MONS HUYGENS. MISI KAPAL ANGKASA APOLLO 15 TELAH MENDARAT BERHAMPIRAN DENGAN MONS HADLEY DI KAWASAN MARE IMBRIUM YANG DIPANGGIL PALUS PUTREDINUS DI HADLEY RILLE.


PENGHORMATAN:
MONS HADLEY DINAMAKAN SEMPENA JOHN HADLEY IAITU SEORANG AHLI MATHEMATIK DAN AHLI FIZIK ENGLAND. IA DILAHIRKAN DI BLOOMSBURY, LONDON PADA 16 APRIL, 1682 DAN MENINGGAL DUNIA DI EAST BARNET, HERTFORDSHIRE PADA 14 FEBRUARI, 1744. IA MERUPAKAN SEORANG PEMBUAT ALATAN ASTRONOMI DAN MENCIPTA 'QUADRANT' DENGAN PANTULAN. BELIAU MENJADI AHLI KELAB 'THE ROYAL SOCIETY OF LONDON' DALAM TAHUN 1717.



SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                     CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                            atau
                     KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

MENGENALI BURUJ - GEMINI


BURUJ GEMINI
KEMBAR (THE TWINS)


KATEGORI:
BURUJ

SINGKATAN:
GEM

DESKRIPSI:
GEMINI DIGAMBARKAN SEBAGAI SEPASANG KEMBAR ADIK-BERADIK.


KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ GEMINI TERLETAK DI +10O UTARA DAN +35O UTARA SERTA 6h00m DAN 8h10m. BURUJ GEMINI BERADA DI HEMISFERA UTARA DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +90O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -60O SELATAN. BURUJ GEMINI MEMPUNYAI KELUASAN 514 DARJAH (o) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 30 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ GEMINI IALAH:
~  DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ CANCER
~  DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ MONOCEROS  DAN BURUJ CANIS MINOR
~  DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ TAURUS  DAN BURUJ ORION
~  DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT BURUJ AURIGA  DAN BURUJ LYNX

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)


BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ GEMINI:
~  BINTANG ALPHA GEMINORUM  (JUGA DIKENALI SEBAGAI CASTOR) MEMBENTUK SATU BINARI . BINTANG BINARI INI AMAT TERKENAL SEBAGAI SISTEM BINTANG BINARI YANG PERTAMA DIAKUI PADA TAHUN 1802 (ATAU 1803) OLEH WILLIAM HERSCHEL. KEDUA-DUA BINTANG MEMPUNYAI MAGNITUD +1.9, MANAKALA, BINTANG KOMPANI (COMPANION STAR) MEMPUNYAI MAGNITUD +3.0. "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA-DUA BINTANG INI ADALAH 65O DAN "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP) ADALAH 3.9". BINTANG KOMPANI MENGORBIT BINTANG CASTOR  SETIAP 420 TAHUN
~  BINTANG DELTA GEMINORUM (WASAT) MERUPAKAN SEBUAH BINARI DENGAN MAGNITUD +3.5. MANAKALA, BINTANG KOMPANI BERMAGNITUD +8.2. IANYA BERWARNA JINGGA DAN MERUPAKAN BINTANG 'KERDIL' (DWARF STAR) YANG AGAK RUMIT UNTUK DICERAP DAN DIPISAHKAN DARI BINTANG WASAT JIKA MENGGUNAKAN TELESKOP BERKUASA RENDAH. P.A KEDUA-DUA BINTANG ADALAH PADA 225O DAN SEP IALAH PADA 5.8".
~  BINTANG ETA GEMINORUM  (TEJAT PRIOR)  PULA MERUPAKAN SEBUAH BINARI 'VISUAL' YANG MEMERLUKAN KETELITIAN UNTUK MENCERAPNYA DISEBABKAN BINTANG KOMPANI BERMAGNITUD +8.8 BERBANDING DENGAN BINTANG TEJAT PRIOR YANG BERMAGNITUD +3.3. P.A KEDUA-DUA BINTANG ADALAH PADA 266O MANAKALA, SEP PULA IALAH PADA 1.4". BINARI INI JUGA MERUPAKAN SEBUAH 'BINARI TETAP' (FIXED BINARY) KERANA TERLALU SEDIKIT PERGERAKAN DI ANTARA KEDUA-DUA BINTANG TERSEBUT.


BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ GEMINI:
~  BINTANG ZETA GEMINORUM  (DIKENALI JUGA SEBAGAI MEKBUTA)  DIKELASKAN DALAN KATEGORI "CEPHEID VARIABLE" DAN MAGNITUD BINTANG MEKBUTA  BERUBAH DARI +3.62 KE MAGNITUD +4.18 SETIAP 10.15 HARI.
~  BINTANG  ETA GEMINORUM (TEJAT PRIOR)  ADALAH SEBUAH BINTANG VARIABLE YANG DIKELASKAN DALAM KATEGORI "SEMI-REGULAR VARIABLE". IA BERUBAH MAGNITUD DARI +3.20 KE MAGNITUD +3.90 DALAM JANGKA MASA PURATA 232.9 HARI.
~  BINTANG R GEMINORUM PULA MERUPAKAN SEBUAH BINTANG VARIABLE YANG DIKELASKAN SEBAGAI "MIRA-TYPE LONG-PERIOD VARIABLE". IA BERUBAH MAGNITUD DARI +6.00 KE MAGNITUD +14.00 SETIAP 370 HARI.

PEMERHATIAN:
BURUJ GEMINI DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~  DALAM BULAN NOVEMBER PADA JAM 12 TENGAH MALAM
~  DALAM BULAN DISEMBER PADA JAM 11 MALAM
~  DALAM BULAN JANUARI PADA JAM 10 MALAM
~  DALAM BULAN FEBRUARI PADA JAM 9 MALAM
~  DALAM BULAN MARCH PADA JAM 8 MALAM


OBJEK 'DEEP SKY':
BURUJ GEMINI MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEP SKY' YANG MENARIK.
~  M35  JUGA DIKENALI SEBAGAI NGC2168
~  NGC2392  JUGA DIKENALI SEBAGAI 'THE ESKIMO NEBULA'
~  NGC2331
~  NGC2266
~  NGC2395
~  NGC2420

HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ GEMINI MENGHASILKAN HUJAN METEOR IAITU:
~  HUJAN METEOR GEMINIDS
~  HUJAN METEOR RHO GEMINIDS


SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                 CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                            atau
                 KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

Thursday, April 23, 2015

RENUNGAN JUMAAT

"... MAKA HENDAKLAH MEREKA MENDATANGKAN KALIMAH YANG SEMISAL AL QURAAN ITU JIKA MEREKA ORANG-ORANG YANG BENAR. APAKAH MEREKA DICIPTAKAN TANPA SESUATUPUN ATAUKAH MEREKA YANG MENCIPTAKAN (DIRI MEREKA SENDIRI)? ATAUKAH MEREKA YANG MENCIPTAKAN LANGIT DAN BUMI ITU?; SEBENARNYA MEREKA TIDAK MEYAKINI (APA YANG MEREKA KATAKAN). ATAUKAH DI SISI MEREKA ADA PERBENDAHARAAN TUHANMU ATAU MEREKAKAH YANG BERKUASA? ATAUKAH MEREKA MEMPUNYAI TANGGA (KE LANGIT) UNTUK MENDENGARKAN PADA TANGGA ITU (HAL-HAL YANG GHAIB)? MAKA HENDAKLAH ORANG YANG MENDENGARKAN DI ANTARA MEREKA MENDATANGKAN SUATU KETERANGAN YANG NYATA. ATAUKAH UNTUK ALLAH ANAK-ANAK PEREMPUAN DAN UNTUK KAMU ANAK-ANAK LAKI-LAKI? ATAUKAH KAMU MEMINTA UPAH KEPADA MEREKA SEHINGGA MEREKA DIBEBANI DENGAN HUTANG? APAKAH ADA PADA SISI MEREKA PENGETAHUAN TENTANG YANG GHAIB LALU MEREKA MENULISKANNYA? ATAUKAH MEREKA HENDAK MELAKUKAN TIPU DAYA? MAKA ORANG-ORANG YANG KAFIR ITU MEREKALAH YANG KENA TIPU DAYA..."


                   SURAH ATH THUUR (BUKIT), JUZUK 27, AYAT 34 HINGGA 42

Monday, April 20, 2015

KOMET - SIRI 61 (KOMET BENNETT)


KOMET BENNETT
C / 1969  Y1

PENEMUAN OLEH:
JOHN CAISTER BENNETT

DITEMUI PADA:
1969

ORBIT:
MATAHARI SETIAP 1678 TAHUN

KEMUNCULAN TERKINI:
20 MAC, 1970

KEMUNCULAN AKAN DATANG:
~ 3600'S







SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL

CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM





MENGENALI BULAN - SIRI 91



MONS HUYGENS
GUNUNG HUYGENS


KATEGORI:
GUNUNG (MOUNTAIN / MONS)


LOKASI:
MONS HUYGENS TERLETAK DI SUKUAN BARAT-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT MONS HUYGENS IALAH 2.8O BARAT SERTA 19.9O UTARA. IA BERADA DI BAHAGIAN BANJARAN MONTES APENNINUS REGION


KELUASAN:
MONS HUYGENS MERUPAKAN SEBUAH GUNUNG DENGAN KETINGGIAN 5,400 METER. IA MERUPAKAN GUNUNG YANG TERTINGGI DI PERMUKAAN BULAN. NAMUN, IA BUKANLAH TITIK TERTINGGI DI PERMUKAAN BULAN.


ERA PEMBENTUKAN:
MONS HUYGENS TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.


CIRI-CIRI:
MONS HUYGENS MERUPAKAN SEBUAH PUNCAK YANG BERADA DI BANJARAN MONTES APENNINUS. IA TERLETAK DI BAHAGIAN TENGAH BANJARAN YANG MENGHADAP MONS AMPERE DI SEBELAH BARAT. MONS HUYGENS DAN MONS AMPERE TERLETAK SEBELAH-MENYEBELAH DI BANJARAN MONTES APENNINUS.


PEMERHATIAN:
MONS HUYGENS MEMPUNYAI FORMASI YANG CUKUP MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA ENAM HARI SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).


PERALATAN:
UNTUK MENCERAP MONS HUYGENS, TELESKOP JENIS 'REFRACTOR' BERKUASA 50 mm DIPERLUKAN.


PENEROKAAN:
TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI MONS HUYGENS.

PENGHORMATAN:
MONS HUYGENS DINAMAKAN SEMPENA CHRISTIAAN HUYGENS IAITU SEORANG AHLI MATEMATIK DAN AHLI ASTRONOMI BELANDA PADA KURUN KE 17 MASIHI. IA DILAHIRKAN DI La HAYE DALAM TAHUN 1629 DAN MENINGGAL DUNIA DI La HAYE PADA TAHUN 1695. BELIAU MENEMUKAN GELANG (RING) DI PLANET ZURAH (SATURN) DAN JUGA SATELIT TITAN DALAM TAHUN 1665. IA MERUPAKAN ORANG YANG PERTAMA MELAKUKAN HIPERTESIS TENTANG KEADAAN SEMULAJADI BINTANG-BINTANG DAN JUGA MATAHARI. HUYGENS MERUPAKAN AHLI KELAB 'THE ROYAL SOCIETY' DALAM TAHUN 1663. BELIAU MELAKUKAN PELBAGAI KERJA-KERJA MENGENAI MATEMATIK DAN JUGA FIZIK.



SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:

               CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                         atau
               KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

MENGENALI BURUJ - SCORPIUS


BURUJ SCORPIUS
KALA JENGKING (THE SORPION)


KATEGORI:
BURUJ

SINGKATAN:
SCO

DESKRIPSI:
BURUJ SCORPIUS DIGAMBARKAN SEBAGAI SEEKOR KALA JENGKING.


KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ SCORPIUS TERLETAK DI -08O SELATAN DAN -46O SELATAN SERTA 15h50m DAN 18h00m. BURUJ SCORPIUS BERADA DI HEMISFERA SELATAN DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +40O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -90O SELATAN. BURUJ SCORPIUS MEMPUNYAI KELUASAN 497 DARJAH (o) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 33 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ SCORPIUS IALAH:
~  DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ SAGITTARIUS
~  DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ NORMA, BURUJ ARA  DAN BURUJ CORONA 
    AUSTRALIS
~  DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ LUPUS  DAN BURUJ LIBRA
~  DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT BURUJ OPHIUCHUS

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)


BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ SCORPIUS:
~  BINTANG ALPHA SCORPII  (JUGA DIKENALI DENGAN ANTARES) MEMBENTUK SATU BINARI 'VISUAL' DENGAN MAGNITUD BINTANG ANTARES YANG BERWARNA MERAH IALAH +1.1, MANAKALA, BINTANG KOMPANI NYA (COMPANION) YANG BERWARNA  HIJAU BERMAGNITUD +5.4. . "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA-DUA BINTANG INI ADALAH 274O DAN "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP) ADALAH 2.6".
BINTANG BETA SCORPII  (ACRAB) MERUPAKAN SEBUAH 'BINARI SUPER' (SUPER BINARY) DISEBABKAN WARNA KEDUA-DUA BINTANG YANG AMAT BERBEZA. BINTANG ACRAB BERWARNA PUTIH DENGAN MAGNITUD +2.6, MANAKALA BINTANG KOMPANINYA BERWARNA BIRU KEHIJAUAN PULA BERMAGNITUD +4.9. P.A KEDUA-DUA BINTANG ADALAH PADA 23O DENGAN SEP PULA PADA 13.7". 
~  BINTANG NU SCORPII  MERUPAKAN SEBUAH 'BINARI SISTEM BERGANDA' (MULTIPLE SYSTEM BINARY) DENGAN BINTANG KOMPANINYA BINTANG B DAN BINTANG C. BINTANG NU ADALAH BINTANG UTAMA (PRIMARY STAR)  DENGAN MAGNITUD +4.4. BINTANG B  PULA BERMAGNITUD +5.4. P.A  KEDUA-DUA BINTANG ADALAH PADA 2O DAN JARAK SEP  PADA 1.3". BINTANG C  PULA BERMAGNITUD +6.4 DENGAN P.A  PADA 337O. JARAK SEP  AMAT JAUH IAITU PADA 41". MANAKALA, BINTANG C  PULA MEMPUNYAI BINTANG KOMPANINYA TERSENDIRI IAITU BINTANG D  YANG BERMAGNITUD +8.0; P.A PADA 51O SERTA SEP  PADA 2.3".BINARI INI JUGA DIPANGGIL SEBAGAI 'DOUBLE-DOUBLE'.
~  BINTANG XI SCORPII  JUGA MERUPAKAN SATU LAGI 'BINARI SISTEM BERGANDA' (MULTIPLE SYSTEM BINARY)  DI MANA BINTANG XI  DAN BINTANG KOMPANI  MENGORBIT SETIAP 45.7 TAHUN. P.A  KEDUA-DUA BINTANG INI ADALAH PADA 308O DENGAN SEP  PADA 0.39". BINTANG KOMPANI KINI BERGERAK MENJAUHI BINTANG NU. BINTANG STRUVE 1999  SECARA GRAVITINYA DIHUBUNGKAN DENGAN BINTANG XI  DI MANA BINTANG STRUVE 1999  BERMAGNITUD +8.1 DENGAN P.A  BERADA PADA 99O DAN SEP  PADA JARAK 11.6".
~  BINTANG SIGMA SCORPII  PULA MERUPAKAN SEBUAH 'BINARY KABUR' (FAINT BINARY) DI MANA BINTANG KOMPANI NYA BERMAGNITUD +8.5 BERBANDING DENGAN BINTANG SIGMA YANG BERMAGNITUD +2.9. P.A  KEDUA-DUA BINTANG INI ADALAH PADA 273O DENGAN JARAK SEP  PADA 20".


BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ CANES VENATICI.
~  BINTANG RR SCORPII  DIKELASKAN DALAN KATEGORI "MIRA-TYPE VARIABLE" DAN MAGNITUD BINTANG RR SCORPII  BERUBAH DARI +5.00 KE MAGNITUD +12.40 SETIAP 281.45 HARI. IA MERUPAKAN BINTANG VARIABLE YANG TERCERAH DENGAN JANGKA MASA PERUBAHAN MAGNITUD YANG TERPANJANG DALAM BURUJ SCORPIUS.

PEMERHATIAN:
BURUJ ARIES DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~  DALAM BULAN APRIL PADA JAM 12 TENGAH MALAM
~  DALAM BULAN MEI PADA JAM 11 MALAM
~  DALAM BULAN JUN PADA JAM 10 MALAM
~  DALAM BULAN JULAI PADA JAM 9 MALAM
~  DALAM BULAN OGOS PADA JAM 8 MALAM


OBJEK 'DEEP SKY':
BURUJ ARIES MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEP SKY' YANG MENARIK.
~  NGC6121 (M4)
~  NGC6405 (M6)
~  NGC6475 (M7)
~  NGC6093 (M80)
~  NGC6231
~  NGC6124
~  NGC6242
~  NGC6416
~  NGC6425

HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ ARIES MENGHASILKAN HUJAN METEOR (METEOR SHOWER):
~  ALPHA SCORPIIDS
~  OMEGA SCORPIIDS


SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                 CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                         atau
                 KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM


Friday, April 17, 2015

RENUNGAN JUMAAT

'... DAN LANGIT ITU KAMI BANGUN DENGAN KEKUASAAN (KAMI) DAN SESUNGGUHNYA KAMI BENAR-BENAR BERKUASA. DAN BUMI ITU KAMI HAMPARKAN; MAKA SEBAIK-BAIK YANG MENGHAMPARKAN (ADALAH KAMI). DAN SEGALA SESUATU KAMI CIPTAKAN BERPASANG-PASANGAN SUPAYA KAMU MENGINGAT AKAN KEBESARAN ALLAH. MAKA SEGERALAH KEMBALI KEPADA (MENTAATI) ALLAH. SESUNGGUHNYA AKU SEORANG PEMBERI PERINGATAN YANG NYATA DARI ALLAH UNTUKMU. DAN JANGANLAH KAMU MENGADAKAN TUHAN YANG LAIN DI SAMPING ALLAH. SESUNGGUHNYA AKU SEORANG PEMBERI PERINGATAN YANG NYATA DARI ALLAH UNTUKMU ...'

          SURAH ADZ DZAARIYAAT (ANGIN YANG MENERBANGKAN), JUZUK 27, AYAT 47 - 51

Monday, April 13, 2015

KOMET - SIRI 60 (KOMET KOHOUTEK)


KOMET KOHOUTEK
C / 1973 E1

PENEMUAN OLEH:
LUBOS KOHOUTEK

DITEMUI PADA:
7 MAC, 1973

ORBIT:
MATAHARI SETIAP 150,000 TAHUN

KEMUNCULAN TERKINI:
28 DECEMBER, 1973

KEMUNCULAN AKAN DATANG:
~ TIDAK DIKETAHUI






SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL

CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM 






MENGENALI BULAN - SIRI 90


MONS AMPERE
GUNUNG AMPRERE


KATEGORI:
GUNUNG (MOUNTAIN / MONS)



LOKASI:
MONS AMPERE TERLETAK DI SUKUAN BARAT-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT MONS AMPERE IALAH 3.7O BARAT SERTA 19.3O UTARA. IA BERADA DI BAHAGIAN BANJARAN MONTES APENNINUS REGION. 

KELUASAN:
MONS AMPERE MERUPAKAN SEBUAH GUNUNG DENGAN KETINGGIAN 3,000 METER



ERA PEMBENTUKAN:
MONS AMPERE TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.

CIRI-CIRI:
MONS AMPERE MERUPAKAN SEBUAH PUNCAK YANG BERADA DI BANJARAN MONTES APENNINUS. IA TERLETAK DI BAHAGIAN TENGAH BANJARAN YANG MENGHADAP MONS HUYGENS DI SEBELAH TIMUR. MONS AMPERE DAN MONS HUYGENS TERLETAK SEBELAH-MENYEBELAH DI BANJARAN MONTES APENNINUS.



PEMERHATIAN:
MONS AMPERE MEMPUNYAI FORMASI YANG CUKUP MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA ENAM HARI SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).

PERALATAN:
UNTUK MENCERAP MONS AMPERE, TELESKOP JENIS 'REFRACTOR' BERKUASA 50 mm DIPERLUKAN.


PENEROKAAN:
TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI MONS AMPERE.

PENGHORMATAN:
MONS AMPERE DINAMAKAN SEMPENA ANDRE MARIE AMPERE IAITU SEORANG AHLI FIZIK PERANCHIS PADA KURUN KE 19 MASIHI. IA DILAHIRKAN DI LYON DALAM TAHUN 1775 DAN MENINGGAL DUNIA DI MARSEILLE PADA TAHUN 1836. BELIAU MERUPAKAN SALAH SEORANG AHLI AKADEMI SAINS PERANCHIS PADA TAHUN 1814. BELIAU JUGA ADALAH PENGARANG BUKU BERJUDUL "THE THEORY OF THE ELECTROMAGNETISM" DALAM TAHUN 1820. SELAIN ITU, IA JUGA ADALAH PENCIPTA ELEKTRODINAMIK. SETERUSNYA, BELIAU TELAH MENCIPTA 'GALVANOMETER' DAN JUGA 'TELEGRAF ELEKTRIK'.



SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:

               CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                         atau
               KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM