Monday, March 30, 2015

MENGENALI BULAN - SIRI 88

MONTES AGRICOLA
BANJARAN AGRICOLA


KATEGORI:
BANJARAN (MOUNTAIN RANGE / MONTES)


LOKASI:
MONTES AGRICOLA TERLETAK DI SUKUAN BARAT-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT MONTES AGRICOLA IALAH 54.0O BARAT SERTA 29.0O UTARA. IA BERADA DI KAWASAN KAWAH ARISTARCHUS REGION.

KELUASAN:
MONTES AGRICOLA MEMPUNYAI BANJARAN SEPANANG 161 KM.


ERA PEMBENTUKAN:
MONTES AGRICOLA TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.

CIRI-CIRI:
MONTES AGRICOLA MERUPAKAN SEBUAH BANJARAN YANG MENJAJAR DARI BARAT-DAYA KE TIMUR-LAUT DAN IANYA AGAK PANJANG SERTA BERBENTUK BERCABANG-CABANG DI HUJUNG BAHAGIAN UTARA. TERDAPAT JURANG SELUAS 20 KM DI BAHAGIAN SELATAN MONTES AGRICOLA.


PEMERHATIAN:
MONTES AGRICOLA MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. IA DA[PAT DICERAP PADA HARI KE EMPAT SELEPAS SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA HARI KE TIGA SELEPAS SUKU TERAKHIR (LAST QUARTER).

PERALATAN:
UNTUK MENCERAP MONTES AGRICOLA, TELESKOP JENIS 'REFRACTOR' BERKUASA 100 mm DIPERLUKAN.


PENEROKAAN:
TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI MONTES AGRICOLA.

PENGHORMATAN:
MONTES AGRICOLA DINAMAKAN SEMPENA GEORG BEUER ATAU GEORGIUS AGRICOLA YANG MERUPAKAN SEORANG AHLI KIMIA DAN SEORANG DOKTOR PADA KURUN KE 16 DAN BERASAL DARI JERMAN. BELIAU DILAHIRKAN DI GLAUCHAU, JERMAN PADA 1494 DAN MENINGGAL DUNIA DI CHEMNITZ PADA 1555. AGRICOLA ADALAH SEORANG PENGARANG ENSKOLOPEDIA MENGENAI PERLOMBONGAN DAN GEOGRAFI. 




SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:

              CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                     atau
              KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

No comments:

Post a Comment