BANJARAN SPITZBERGEN
KATEGORI:
BANJARAN GUNUNG (MOUNTAIN RANGE / MONTES)
LOKASI:
MONTES SPITZBERGEN TERLETAK DI SUKUAN BARAT-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT MONTES SPITZBERGEN IALAH 5.40O BARAT SERTA 34.0O UTARA. IA BERADA DI UTARA KAWASAN KAWAH ARCHIMEDES DI BAHAGIAN UTARA MARE IMBRIUM.
KELUASAN:
MONTES SPITZBERGEN MEMPUNYAI BANJARAN GUNUNG SEPANJANG 60 KM. KELEBARAN MONTES SPITZBERGEN SEKURANG-KURANGNYA 25 KM.
ERA PEMBENTUKAN:
MONTES SPITZBERGEN TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.
CIRI-CIRI:
MONTES SPITZBERGEN MERUPAKAN SEBUAH BANJARAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN RANGKAIAN GUNUNG-GUNUNG DI BAHAGIAN UTARA. TERDAPAT 4 PUNCAK UTAMA YANG BERKETINGGIAN 1,060 METER, 1220 METER, 1410 METER, DAN 1270 METER. KEBANYAKAN PUNCAK-PUNCAK BANJARAN INI BERBENTUK 'TAJAM'.
PEMERHATIAN:
MONTES SPITZBERGEN MEMPUNYAI FORMASI YANG AGAK MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA HARI KEENAM SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).
PERALATAN:
UNTUK MENCERAP MONTES SPITZBERGEN, TELESKOP JENIS 'REFRACTOR' BERKUASA 100 mm DIPERLUKAN.
PENEROKAAN:
TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI MONTES SPITZBERGEN.
SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment