Tuesday, March 10, 2015

MENGENALI BULAN -SIRI 85


MONTES TAURUS
BANJARAN TAURUS

KATEGORI:
BANJARAN GUNUNG (MOUNTAIN RANGE / MONTES)

LOKASI:
MONTES TAURUS TERLETAK DI SUKUAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT MONTES TAURUS IALAH 36.0O TIMUR SERTA 26.0O UTARA. IA BERADA DI BAHAGIAN TIMUR MARE SERENITATIS.

KELUASAN:
MONTES TAURUS MERUPAKAN BANJARAN GUNUNG SEPANJANG 170 KM.

ERA PEMBENTUKAN:
MONTES TAURUS TERBENTUK PADA ERA PRE-IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -4.55 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.85 BILION TAHUN DAHULU.

CIRI-CIRI:
MONTES TAURUS MERUPAKAN SEBUAH BANJARAN GUNUNG YANG TERLETAK DI KAWASAN YANG KASAR DAN MENYEKSAKAN (TORMENTED) YANG DAPAT DIGAMBARKAN SEBAGAI KAWASAN KAWAH-KAWAH PURBA YANG MENGALAMI KEMUSNAHAN BERADA DI UTARA KAWAH ROMER.

PEMERHATIAN:
MONTES TAURUS MEMPUNYAI FORMASI YANG CUKUP MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KE LIMA SELEPAS BULAN BAHARU (NEW MOON) HINGGA HARI KE EMPAT SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).

PERALATAN:
UNTUK MENCERAP MONTES TAURUS, TEROPONG BERKUASA 10X DIPERLUKAN.

PENEROKAAN:
TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI MONTES TAURUS.

PENGHORMATAN:
MONTES TAURUS DINAMAKAN SEMPENA GUNUNG TAURUS YANG TERLETAK DI SELATAN  NEGARA TURKI.


SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:

            CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                    atau
            KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

No comments:

Post a Comment