Tuesday, March 17, 2015

MENGENALI BULAN - SIRI 86

MONTES PYRENAEUS
BANJARAN PYRENAEUS


KATEGORI:
BANJARAN GUNUNG (MOUNTAIN RANGE / MONTES)

LOKASI:
MONTES PYRENAEUS TERLETAK DI SUKUAN TENGGARA PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT MONTES PYRENAEUS IALAH 41.2O TIMUR SERTA 15.6O SELATAN. IA BERADA DI BAHAGIAN TIMUR MARE FECUNDITATIS.

KELUASAN:
MONTES PYRENAEUS MEMPUNYAI PANJANG 164 KM YANG BERMULA DARI UTARA KE SELATAN.

ERA PEMBENTUKAN:
MONTES PYRENAEUS TERBENTUK PADA ERA NECTARIAN IAITU LEBIH KURANG -3.92 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.85 BILION TAHUN DAHULU.

CIRI-CIRI:
MONTES PYRENAEUS MEMPUNYAI TANDA-TANDA YANG SEDIKIT DENGAN BANJARAN MENGHALA KE SELATAN KAWAH GUTENBERG. IA MEMISAHKAN MARE FECUNDITATIS DARIPADA MARE NECTARIS.

PEMERHATIAN:
MONTES PYRENAEUS MEMPUNYAI FORMASI YANG CUKUP MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KETIGA SELEPAS SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA HARI KEDUA SELEPAS SUKU TERAKHIR (LAST QUARTER).

PERALATAN:
UNTUK MENCERAP MONTES PYRENAEUS, TELESKOP JENIS 'REFRACTOR' BERKUASA 50 mm DIPERLUKAN.

PENEROKAAN:
TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI MONTES PYRENAEUS.

PENGHORMATAN:
MONTES PYRENAEUS DINAMAKAN SEMPENA NAMA BANJARAN GUNUNG PYRENEES YANG TERLETAK DI SEMPADAN ANTARA NEGARA PERANCHIS DAN NEGARA SEPANYOL.


SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:

            CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                    atau
            KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

No comments:

Post a Comment