MONTES RIPHAEUS
BANJARAN RIPHAEUS
KATEGORI:
BANJARAN (MOUNTAIN RANGE / MONTES)
LOKASI:
MONTES RIPHAEUS TERLETAK DI SUKUAN BARAT-DAYA PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT MONTES RIPHAEUS ADALAH 28.0O BARAT SERTA 7.0O SELATAN. IA BERADA DI TENGGARA OCEANUS PROCELLARUM.
KELUASAN:
MONTES RIPHAEUS ADALAH SEBUAH BANJARAN GUNUNG YANG MEMPUNYAI KEPANJANGAN 155 KM.
ERA PEMBENTUKAN:
MONTES RIPHAEUS TERBENTUK PADA ERA PRE-IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -4.55 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.85 BILION TAHUN DAHULU.
CIRI-CIRI:
MONTES RIPHAEUS MERUPAKAN SEBUAH RANGKAIAN BANJARAN YANG MEMANJANG DARI UTARA KE SELATAN. IA TERBENTUK DARIPADA GUNUNG-GUNUNG YANG TERPISAH DAN TERPENCIL SERTA SELARI DALAM JAJARANNYA. BAHAGIAN UTARA BANJARAN MONTES RIPHAEUS JUGA DIPANGGIL DENGAN MONTES URAL. KAWASAN LAPANG DAN RATA SERTA GUNUNG-GUNUNG DI BAHAGIAN UTARA BERHAMPIRAN DENGAN MARE COGNITUM.
PEMERHATIAN:
MONTES RIPHAEUS MEMPUNYAI FORMASI YANG AGAK MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA HARI KE ENAM SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).
PERALATAN:
UNTUK MENCERAP MONTES RIPHAEUS, TELESKOP JENIS 'REFRACTOR' BERKUASA 50 mm DIPERLUKAN.
PENEROKAAN:
TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI MONTES RIPHAEUS.
SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment