NGC6231
BURUJ: SCORPIUS
KELAS: KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER)
LOKASI: 16h 54m 11s / -14o 49' 22"
JARAK: 5,600 TAHUN CAHAYA
MAGNITUD: +2.6
SAIZ: 13'.8 x 13'.8
NGC6231 ADALAH SEBUAH KLUSTER TERBUKA YANG BERADA DI DALAM BURUJ SCORPIUS. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI CALDWELL 76. KEDUDUKAN NGC6231 IALAH SETENGAH DARJAH (1/2o) KE UTARA BINTANG ZETA1 SCORPII. IA MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARIPADA JALUR / ALUR BINTANG-BINTANG YANG MASIH 'MUDA' (YOUNG STARS) BERWARNA BIRU DI DALAM BURUJ SCORPIUS YANG DIKENALI SEBAGAI 'SCORPIUS OB1 ASSOCIATION'.
NGC6231 DAN 'ASSOCIATION' BERADA DI KEJIRANAN 'SAGITTARIUS ARM' DI DALAM GALAKSI BIMA SAKTI. ZETA1 SCORPII, DENGAN MAGNITUD +4.71, ADALAH BINTANG YANG PALING CERAH DALAM KLUSTER; SERTA IA JUGA BINTANG YANG PALING BERSINAR YANG DIKETAHUI DI DALAM GALAKSI INI.
NGC6231 JUGA TERDIRI DARIPADA TIGA BINTANG 'WOLF-RAYET' IAITU HD 151932, HD 152270, DAN HD 152408. KLUSTER INI MEMBENTUK 'KEPALA' KEPADA 'KOMET' (FALSE COMET). MANAKALA, 'EKOR' PULA TERBENTUK DARIPADA DUA KLUSTER, IAITU 'COLLINDER 316' DAN 'TRUMPLER 24'. 'TRUMPLER 24' DIKELILINGI OLEH IC4628, 'PRAWN NEBULA, IAITU SEBUAH NEBULA 'PANCARAN' (EMISSION NEBULA). IA MENJADIKAN 'EKOR' KOMET KELIHATAN MENGEMBANG DAN MEMANJANG KELUAR.
KADANG-KADANG NGC6231 JUGA DIKENALI SEBAGAI 'THE NORTHERN JEWEL BOX', KERANA IA SEAKAN-AKAN KELIHATAN SEPERTI NGC4755 - 'THE JEWEL BOX CLUSTER' YANG BERADA DI LANGIT HEMISFERA SELATAN. DIANGGARKAN TERDAPAT ANTARA 5,700 HINGGA 7,500 BIJI BINTANG 'MUDA' DI DALAM KLUSTER NGC6231 YANG TERHASIL DARIPADA 'AWAN' GAS DAN DEBU.
NGC6231 TELAH DITEMUKAN OLEH GIOVANNI BATISTA HODIERNA SEBELUM 1654. BELIAU ADALAH SEORANG AHLI MATEMATIK ITALI. SELAIN DARI HODIERNA, NGC6231 JUGA DICERAP OLEH BEBERAPA AHLI ASTRONOMI YANG LAIN SEPERTI EDMOND HALLEY (1678), JEAN-PHILIPPE DE CHESEAUX (1745--46), DAN ABBE LACAILLE (1751-52).
No comments:
Post a Comment