Monday, April 12, 2021

MENGENALI BULAN

 


CRATER GASSENDI  (KAWAH GASSENDI)

LOKASI:  KAWAH GASSENDI BERADA DI SUKUAN BARAT-DAYA KUADRAN BULAN. IA TERLETAK DI BAHAGIAN UTARA MARE HUMORUM IAITU PADA KOORDINAT 17.55o SELATAN ; 39.96o BARAT.

ERA:  KAWAH GASSENDI TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3,850 JUTA TAHUN HINGGA 3,200 JUTA TAHUN DAHULU.

KAWAH GASSENDI ADALAH MERUPAKAN SEBUAH KAWAH YANG BESAR DAN TERBENTUK DARIPADA KESAN HENTAMAN OBJEK-OBJEK KE ATAS BULAN RIBUAN JUTA TAHUN DAHULU. PEMBENTUKANNYA TERJADI APABILA LIMPAHAN LAVA SEMASA PROSES PEMBENTUKAN MARE HUMORUM TELAH MENYEBABKAN 'BINGKAI' (RIM) DAN 'PUNCAK GANDA' (PEAKS) DIGASSENDI A TENGAH KAWAH MASIH BERKEADAAN MENINGGI DARI KAWASAN DI PERMUKAAN KAWAH. DI KAWASAN LUAR 'BINGKAI' KAWAH, IANYA TELAH ROSAK DAN TERHAKIS. WALAUPUN BEGITU, KAWAH GASSENDI MASIH LAGI KELIHATAN 'BULAT' BENTUKNYA. SEBUAH KAWAH KECIL, GASSENDI A, MENONJOL DI BAHAGIAN UTARA KAWAH GASSENDI. PASANGAN KAWAH INI, SEAKAN-AKAN KELIHATAN SEPERTI SEBENTUK 'CINCIN PERMATA'. PERMUKAAN 'LANTAI' KAWAH MEMPUNYAI BANYAK TOMPOK-TOMPOK YANG KASAR. TERDAPAT 'SISTEM TERUSAN' (RILLES) YANG BERSIMPANG-SIUR DI 'LANTAI' KAWAH, TERUTAMANYA RIMAE GASSENDI (TERUSAN GASSENDI).

PEMERHATIAN:  KAWAH GASSENDI ADALAH SUATU LANSKAP YANG SUNGGUH MENARIK UNTUK DICERAP.

PERALATAN:  UNTUK MENCERAP KAWAH GASSENDI, SEKURANG-KURANGNYA, REFRECTOR BERKUASA 50 mm DIPERLUKAN.

PENGHORMATAN:  KAWAH GASSENDI DINAMAKAN SEMPENA NAMA AHLI ASTRONOMI, AHLI FALSAFAH SERTA AHLI MATEMATIK PERANCHIS IAITU PIRRE GASSENDI. BELIAU DILAHIRKAN PADA 22hb JANUARI 1592 DI CHAMPTERCIER, PROVENCE, PERANCHIS DAN MENINGGAL DUNIA PADA 24hb OKTOBER, 1655 DI PARIS, PERANCHIS PADA USIA 63 TAHUN.


                                                        camp.astronomy@gmail.com


No comments:

Post a Comment