NGC6240 (IC4625)
BURUJ : OPHIUCHUS
KELAS : GALAKSI
LOKASI : RA -16h 52m 58s / DEC +02O 24' 03"
JARAK : 400 JUTA TAHUN CAHAYA
MAGNITUD : +12.80
SAIZ : 2.1' X 2.1'
INFO : NGC6240 JUGA DIKENALI SEBAGAI IC4625 ATAU "THE STARFISH GALAXY" DI MANA IA MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI YANG TERBENTUK DARI BEKAS-BEKAS SISA ATAU REJA DARI PENGGABUNGAN ANTARA TIGA BUAH GALAKSI YANG KECIL. HASIL DARI PERLANGGARAN TIGA GALAKSI TERSEBUT TELAH MENGHASILKAN SEBUAH GALAKSI YANG BESAR DENGAN DUA NUKLEUS YANG BERLAINAN YANG KELIHATAN DENGAN JELAS DAN NYATA. SELAIN ITU, TERHASIL JUGA PERUBAHAN STRUKTUR PADA PEMBENTUKAN GALAKSI TERMASUK PENAMBAHAN-PENAMBAHAN (EXTENSIONS) YANG KELIHATAN AGAK SAMAR DAN KABUR SERTA GELUNG-GELUNG DAN LENGKOK-LENGKOK. PROSES PENGGABUNGAN ANTARA GALAKSI-GALAKSI TERSEBUT MENGAMBIL MASA YANG LAMA IAITU SUATU PROSES YANG PERLAHAN MEMAKAN MASA BERBILION TAHUN DI MANA DUA GALAKSI DI BAWAH DAYA TARIKAN GRAVITI YANG TIDAK TERKAWAL, MENARIK-NARIK KE ARAH SATU SAMA LAIN SEBELUM AKHIRNYA BERGABUNG MENJADI SATU GALAKSI.
No comments:
Post a Comment