NGC 6751
BURUJ: AQUILA
KELAS: NEBULA PLANETARI (PLANETARY NEBULA)
LOKASI: 19h 05m 55s / -05o 59' 32.9"
MAGNITUD: +11.90
JARAK: 6,500 TAHUN CAHAYA
NGC6751 ADALAH SEBUAH NEBULA PLANETARI (PLANETARY NEBULA) YANG SUNGGUH MENARIK. IA BERADA DI DALAM BURUJ AQUILA. NGC6751 TELAH DITEMUKAN OLEH ALBERT MARTH PADA 20hb JULAI, 1863.
SELAIN NGC6751, IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'THE GLOWING EYE NEBULA' ATAU 'DANDELION PUFFBALL NEBULA' DISEBABKAN OLEH BENTUK DAN FIZIKAL YANG DIMILIKINYA. IA DIANGGARKAN MEMPUNYAI DIAMETER SEJAUH 0.8 TAHUN CAHAYA.
BINTANG YANG BERADA DI 'TERAS' NGC6751 ITU MEMPUNYAI SUHU PERMUKAAN LEBIH KURANG 140,000 K (KELVIN). NGC6751 TERBENTUK APABILA SATU BINTANG TERUNGKAI DAN MENYEBARKAN LAPISAN LUARAN (OUTER LAYER) YANG MENGANDUNGI GAS-GAS SEMENJAK BERIBU TAHUN DAHULU. IA MENGHASILKAN WARNA-WARNA YANG MENARIK DAN CANTIK DARI GAS-GAS YANG DIBEBASKAN OLEH BINTANG YANG JANGKA HAYATNYA HAMPIR TAMAT.
SEPERTI KESELURUHAN NEBULA PLANETARI, IA TERBENTUK APABILA BINTANG YANG TELAH MENGHAMPIRI PENGAKHIRAN 'JANGKA-HAYAT' MENGHAMBURKAN KANDUNGAN GAS-GAS YANG TERDAPAT DI BAHAGIAN LAPISAN 'LUARAN' (OUTER LAYERS) BEBERAPA RIBUAN TAHUN DAHULU.
NGC6751 MEMPUNYAI STRUKTUR 'BIPOLAR' YANG AGAK 'RUMIT' (COMPLEX). IANYA KELIHATAN 'CERAH' DENGAN 'GELEMBUNG' DI BAHAGIAN 'DALAMAN' SERTA JUGA TERDAPAT DUA 'LINGKARAN CAHAYA' (HALOS) YANG KEKABURAN. 'LINGKARAN CAHAYA' YANG TERDAPAT DI BAHAGIAN 'LUAR', DENGAN JEJARI (RADIUS) SEPANJANG 50" (ARCSECOND), ADALAH SUNGGUH KABUR DAN JUGA 'TERPECAH-PECAH'. MANAKALA, 'LINGKARAN CAHAYA' YANG BERADA DI BAHAGIAN 'DALAM' DENGAN JEJARI (RADIUS) SEPANJANG 27" (ARCSECOND) PULA KELIHATAN SEPERTI 'BOLA' ATAU 'SFERA'.
NGC 6751 TERLETAK 1o KE SELATAN BINTANG LAMBDA AQUILAE (λ).
No comments:
Post a Comment